Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Percik Versi Mudah Di London



Assalamualaikum, kita bertemu lagi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang masih setia membaca blog saya walaupun telah ada pelbagai media social lain seperti Instagram, facebook, youtube, Thread dll. Semoga kita semua mendapat manafaat dari blog ini. 

Menyebut pasal Thread, saya kadang ada juga masuk Thread tapi itulah kebanyakan posting dan komen di sana lebih kepada keji mengeji, menghina dan mengecam pihak yang tidak disukai. Takut membacanya kerana bahasa dan doa doa yang diberi sangat tidak menggambarkan akhlak seorang yang beragama Islam. 

Sebagai contoh mendoakan business orang supaya terus lingkup. Hmm kenapa doa seperti itu, sedangkan mereka juga perlu cari rezeki untuk kehidupan tak kira lah apa pun salah yang telah dilakukan. Lagi lagi kalau "salah" yang dibuat tu, bukan pada kita pun. Belum lagi kes menggelarkan nama orang dengan panggilan buruk, atau fizikal orang yang dihina. Itu sekadar nasihat saya lah.

Yang saya nak komen hari ini ialah tentang satu posting berkenaan kenapa cucu cucu lebih rapat dengan nenek dan atok sebelah ibu. Menarik juga tu. Tetapi pada saya ianya tidak semuanya betul, walaupun ada kebenarannya.

Sebagai contoh, anak anak abang saya sangat rapat dengan saya dan mak saudara lain sebelah bapa. Mereka rapat dengan sepupu sebelah bapa, iaitu sebelah kami. Kami selalu berkumpul di rumah abang setiap kali raya. Kami adik beradik perempuan rapat dengan kakak ipar kami. Jauh sekali nak bergaduh atau kata mengata. Malahan kadang lebih rapat dengan kakak ipar dari abang sendiri dalam sesuatu hal. 

Kedua dalam kes saya sendiri, saya menpunyai cucu dari anak lelaki saya. Cucu cucu saya seperti Medina, Haider dan Marissa juga rapat dengan kami. Anak anak saya yang lain juga suka membeli baju atau permainan untuk mereka sama seperti Ammar dan Aliya. Tidak ada istilah pilih kasih. Saya sayang sama semua cucu cucu saya. Begitu juga dengan menantu saya, Mia. Saya sayang dan tidak pernah membezakan anak menantu. 

Tapi tidak dinafikan ada yang membezakan. Itu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Cuma nasihat saya di zaman di mana ibu mertua sekarang dah educated, jangan lah cari pasal dengan menantu perempuan. Jangaan. Manalah tahu bila dah tua dan tidak sihat, anda nak menumpang kasih anak lelaki kan susah kalau tak ngam dengan menantu perempuan dan cucu cucu.

Lagi satu jangan dok berprasangka konon, menantu perempuan dok menghabiskan duit anak kita. Kalau pun anak lelaki nak habiskan duit untuk keluarga dia, biarkan sahaja lah. Itu keluarga dia dan dah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian pada keluarga dia. Jangan kerana perangai kolok mak mertua, anak lelaki menanggung dosa kerana kegagalan menunaikan tanggungjawab yang Allah perintahkan. 

Zaman anak anak perempuan bekerja dan bergaji besar sekarang, kaji dulu sebelum berkata kata dan berprasangka buruk. Banyak kes yang isteri bergaji lebih besar dari suami, lagi lagi isteri dari golongan professional seperti doktor, lawyer, arkitek dsb. Cukup cukuplah mengatakan konon si isteri menghabiskan duit anak lelaki kita. 

Bukan sahaja mertua, zaman dulu ada kes ipar ipar perempuan pun suka cari pasal. Bermulut longkang, suka mengumpat dan melaga laga. Lagi lagi yang tak educated dan tak bekerja. Semua yang dibuat oleh kakak ipar atau adik ipar tak kena di mata. Tak reti memasak pun jadi umpatan. Ada kes sampai bercerai berai. Tapi zaman sekarang, kes melibatkan ipar perempuan ni, rasa nya dah tak ada kot. 

Kita yang dah tua ni, elok jer mendoakan agar anak menantu kita dan keluarganya sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Ia lebih baik dari berfikir yang buruk buruk. Tak perlu menghabiskan masa mengumpat menantu sendiri. Lebih baik isi masa dengan berzikir dan berselawat. Itu sahaja nasihat saya. Kepada yang nak terasa, sila terasa kerana ini memang berlaku. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.




Saya memang suka masakan percik ori dari Kelantan. Membuatnya sangat mudah dan bahan simple. Namun jika tak kena cara, tak menjadi dengan sedap dan tak terasa seperti percik ori Kelantan. Kuah percik Kelantan mesti ada rasa manis sedikit, gula yang banyak membantu untuk kuah menjadi berkilat dan caramelised. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Nak lagi sedap, dibakar atas dapur arang tapi memang susah lah nak jumpa time ni. Semua dah diringkaskan kerana keadaan rumah di bandar tak sama dengan rumah di kampung. Lagi lagi bila memasak di London, saya menggunakan apa apa bahan yang tersedia sahaja. Bahan memasak di sini walaupun sama tapi rasa nya tak sama. Contoh bawang. Susah nak cari bawang merah seperti tempat kita. Begitu juga santan kotak.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Ayam Percik Kelantan Versi Mudah

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

Ayam

Garam

Halia - tumbuk halus


Lumur dan perap pada ayam. Kelar ayam supaya dapat meresap bahan perapan. Kemudian goreng ayam sekadar masak. Atau goreng menggunakan air fryer. 



Nota: jangan goreng garing. Jika suka, boleh juga direbus atau kukus ayam terlebih dahulu dan bakar atas kuali tanpa minyak (benar benar panas) sehingga ada kesan seperti dibakar.



Kuah Percik


Bahan tumbuk halus:

2-3 biji bawang merah 

Bawang Holland - sedikit

1 batang serai - ketuk - saya tak letak

2-3 sudu besar gula - kena ada rasa manis

¾ sudu kecil garam

1-2 keping asam keping

1 kotak santan + 1 kotak air - guna santan ori lagi sedap

½ sudu kecil cili kisar - jika suka kuah warna kemerahan

1 sudu besar tepung beras - bancuh dengan sedikit air


Cara cara:

Satukan santan, serai dan bahan tumbuk. Jika suka, kuah warna kemerahan, masukkan sedikit cili kisar. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau.


Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga hampir mendidih. Masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air.


Masak sehingga kuahnya berkilat. Sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ayam yang dibakar atau digoreng.




Catat Ulasan for "Ayam Percik Versi Mudah Di London"