Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Paling Mudah dan Sedap



Alhamdulillah esok kita akan mulai berpuasa dalam bulan Ramadhan.  Tapi sebelum itu jangan lupa klik iklan yang keluar di blog sebagai sokongan kepada blog saya. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. 

Masuk jer Maghrib petang ini, bermakna kita telah melangkah ke bulan Ramadhan. Bulan yang mana semua amal ibadah digandakan. Solat, mengaji, zikir, sedekah akan dgandakan pahalanya. Semua doa juga dimustajabkan terutama waktu sebelum berbuka. 

Amatlah rugi mereka yang sibuk dengan duniawi, yang sibuk dan tidak endahkan dengan perintah dan janji pemberi rezeki. Malam malam sepatutnya dihabiskan dengan solat terawih, tapi sebaliknya dihabiskan dengan berbuka puasa di luar. Balik rumah, tidak pula melakukan solat terawih sendirian. Banyak mensia siakan malam malam Ramadhan dengan aktiviti lara. Tidak menjaga mata dan telinga dari perkara perkara maksiat dengan menonton televisyen dsb. 

Bagi mereka yang telah berusia, inilah  sepatutnya masa untuk menggandakan pahala kerana kita tidak tahu kalau ianya adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Bagi makan isteri dan anak anak walaupun tanggungjawab yang wajib dibuat tapi juga akan diberikan pahala orang berpuasa kerana memberi makan orang yang berpuasa. OK setakat ini dahulu. 


Nasi goreng mudah seperti ini adalah kegemaran saya terutama di waktu bersahur. Walaupun mudah memang sangat sedap dan kena dengan selera saya. Memang tak lalu makan nasi putih dengan lauk pauk.

Saya kalau memasak di bulan Ramadhan, hanya masakan mudah mudah sahaja. Sekadar untuk mengisi perut sahaja. Tak perlu bermewah mewah walaupun memang banyak makanan kerana pemberian orang dsb. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Nasi Goreng Mudah dan Sedap
Oleh: Azie KItchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi
1 sudu besar ikan bilis - tumbuk kasar
2 tangkai kacang panjang
1 biji telur
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Garam
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan ikan bilis sehingga bawang sedikit keperangan. 

Masukkan kacang panjang dan kacau sekejap terus ketepikan. Pecahkan telur. Biarkan telur separuh masak, baru dikacau.

Masukkan nasi dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga nasi melompat lompat atas api besar. Tutup api. 

Jika suka, tabur bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidangkan. 


1 ulasan for "Nasi Goreng Paling Mudah dan Sedap "