Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Telur Itik Dengan Pucuk Ubi Terpaling Sedap



Assalamualaikum, dah follow blog saya? Haa jangan lupa juga klik iklan yang keluar tau. Terima kasih banyak banyak. Semalam saya terdengar perkongsian seorang ustaz berkenaan amalan terbaik semasa waktu sahur. Biasa kita dengar kan yang amalan ketika ini sangat afdal. 

Saya juga membaca buku Qiamullail sebagai terapi oleh Dato Dr Ustazah Norhafizah di mana Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga akhir malam. Allah berfirman: Siapakah yang berdoa kepadaku, maka aku akan mengabulkannya, Siapa yang meminta kepadaku, maka aku akan memberikannya. Siapa yang memohon ampun kepadaku maka akan Aku ampuni. (HR. Bukhari-Muslim).

Sepertiga akhir malam dikira kira dari pukul 2.30 pagi sehingga masuk waktu Subuh. Memang biasanya orang akan melakukan  qiamullail seperti solat Tahajjud, solat hajat, solat witir, mengaji, berzikir dan mengaji. 

Tapi sementara kita di dalam bulan Ramadhan, kita bangun bersahur, jadi yang dikongsikan ialah supaya diperbanyakkan beristighfar ketika waktu sahur tersebut. Beristighfar sehingga masuk waktu Subuh. Rugi kalau kalau kita menghabiskan masa tanpa berzikir atau terus menyambung tidur. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Haa jangan ada yang mengata saya masuk bakul angkat sendiri pulak tau. Sebab saya nak beritahu yang masak lemak saya hari ini sangat sedaaaap. Sedap giler tau. Saya ni memang suka sangat dengan masak lemak telur itik. Lagi lagi ada aroma kunyit hidup, memang terangkat lah.

Untuk menambah warna dan juga sebagai lauk 2 dalam satu, kami petik pucuk ubi belakang dapur. Bila kita petik sendiri, pastinya pucuk muda yang lembut. Sedaaap tau. Nanti nak buat lagi lah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Masak Lemak Telur Itik Nogori
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
4-6 biji telur itik
2 batang serai - ketuk
Santan - cair dan 300 ml santan pekat
1 keping asam keping
Belimbing buluh - jika suka
2 helai daun kunyit - hiris
Garam

Bahan tumbuk:
3 inci kunyit hidup
Segenggam cili padi kampung

Cara cara
Masuk bahan tumbuk dan serai ke dalam kuali dengan sedikit air supaya cili masak dan hilang bau.

Setelah air cili kering, masukkan santan cair dan asam keping dulu. Masak sehingga mendidih, baru masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan pecah terus dalam kuali. Nota: Pecah telur ke dalam mangkuk dulu takut ada telur busuk. Kacau perlahan dengan berhati hati.


Setelah telur hampir masak, masukkan santan pekat. Selalu kacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan pucuk ubi dan daun kunyit. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. 


Nota: petua supaya jangan masuk garam sebelum telur masak.

1 ulasan for "Masak Lemak Telur Itik Dengan Pucuk Ubi Terpaling Sedap"