Mee Hoon Goreng Datin Setia Nursinah
Saya seperti ramai orang lain yang begitu tertunggu tunggu apa kesudahannya penantian gabungan parti mana yang akan membentuk kerajaan dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri yang ke 10. Sementara DYMM Yang Dipertuan Agong membuat keputusan, kita sama sama relax dan bertenang.
Kata Pengerusi Pakatan Harapan, kerajaan yang sedang dirundingkan dengan Barisan Nasional bukan kerajaan PH atau DAP tapi kerajaan perpaduan. Aduhai... Kalau nak tubuh kerajaan perpaduan, gabung lah dengan Perikatan Nasional yang menjadi pilihan majoriti rakyat juga. Bukan dengan BN yang ditolak rakyat dengan hanya kemenangan 30 kerusi sahaja.
Alhamdulillah kerana akhirnya BN membuat keputusan untuk kekal sebagai pembankang, bukan menjadi king maker. Itu yang terbaik buat BN, lebih bermaruah dan ianya juga memberi kesempatan untuk mereka rejuvenate parti bagi sokongan anak anak muda. Cara nya ialah mengubah culture.
Kakak ipar share peti undi di kampung saya, hanya slauran 1 yang terdiri dari orang tua dan warga emas sahaja yang ada undi BN. Manakala saluran lain, zero undi untuk BN. Risau ke tak risau, para pemimpin BN?
Kadang kadang kesian dengan orang politik ni. Banyak dosa kerana selalu lidah bercabang. Hari ni kata tak mungkin akan bergabung. Esok ambil gambar tersengih sengih minum sama sama. Itu sebab apa apa pun, jangan cakap sembarangan. Akan jadi kita seorang munafik bila cakap lain, buat lain.
Ada pulak yang tulis parti kalah bergabung dengan parti kalah untuk membentuk kerajaan. Sebenarnya tiada istilah parti yang menang dan kalah dalam sistem di Malaysia. Yang ada adalah gabungan parti yang mendapat majoriti atau tidak. Ternyata semua gabungan parti, tiada yang mendapat kemenangan majoriti.
Jadi mana ada istilah parti yang menang dan kalah walaupun parti tersebut mendapat lebih kerusi dari gabungan parti lain, tetap tidak boleh dipanggil parti menang. Itu pada pendapat saya.
Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin sebutkan peratusan keluar mengundi terutama di kalangan orang Melayu sangat menyedihkan. Peratusan yang rendah. Berbeza dengan orang Cina dan India yang menpunyai kesedaran tinggi akan tanggungjawab untuk memilih kerajaan. OK lah sekarang kita masuk pula bab resipi.
Jika semalam saya kongsikan resipi mee goreng seafood yang merupakan mee goreng kegemaran keluarga saya di SINI, hari ini saya nak kongsikan resipi mee hoon goreng yang menjadi kegemaran di rumah besan kami.
Setiap kali ke rumah mereka, pasti Datin Setia Nursinah akan menyediakan mee hoon goreng. Sangat sedap dimakan sambil cicah dengan sambal kicap yang pedas giler tu.
Boleh guna daging tapi hari ini saya tak guna daging kerana tak ada supply. Sekarang ini saya suka mee atau mee hoon atau nasi goreng yang menggunakan daging. Rasanya sedap semacam.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket mee hoon
1 mangkuk daging - hiris nipis
5-6 ekor udang
5-6 biji fish ball - belah 2
1 ½ - 2 sudu besar cili kering kisar
1 ikat daun kucai
1 mangkuk taugeh
½ cawan minyak masak
Bahan sos:
2-3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Bahan tumbuk/hiris:
4-5 biji bawang mera
5 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan daging dan tumis sehingga daging empuk. Tak perlu masuk air kerana daging akan keluarkan air.
Setelah daging empuk, masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing. Masukkan udang dan fish ball.
Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis dan kicap masin. Masukkan sedikit air.
Masukkan mee hoon dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau rata. Tutup api dan masukkan taugeh. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal Kicap
Cili padi - hiris nipis
Kicap manis
Kicap masin
Sos tiram
Satukan semua bahan dan kacau rata. Sedia untuk digunakan.
Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Datin Setia Nursinah"
Add your comment