Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apam Nasi Mudah Dan Sedap



As salam semua. Sebelum kita meneruskan catatan dan resipi hari ini, sudi kiranya untuk anda klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di blog. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Setiap manusia sama sahaja di sisi Allah tanpa mengira pangkat, keturunan dan kekayaan. Yang membezakan adalah taqwa seseorang. Setiap yang hidup pasti akan diuji. Ujian didatangkan dalam pelbagai bentuk. Ujian kesusahan dan kesenangan. 

Yang paling susah pastinya ujian kesenangan. Bila merasa kita lebih hebat dan lebih mulia dari orang lain. Sesungguhnya segala tindak tanduk dan perbuatan kita di dunia semua akan dicatat oleh malaikat di sisi kita. 

Semuanya akan dihitung dengan seadil adilnya. Kita merasa tak ada yang tahu kejahatan yang kita lakukan di dunia ini. Tidak ada rasa diri diperhatikan, tiada rasa adanya malaikat mencatat. Jadi khianat dan penipuan dilakukan tanpa ada rasa takut. 


Saya buat kuih apam nasi ini hanya separuh adunan sahaja. Itu pun puas makan. Dapat 13 biji apam yang bersaiz agak besar. 

Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya memang suka makan kuih kuih apam ni. Lebih lebih lagi apam yang dimakan dengan kelapa parut muda. Tapi memang susah lah nak dapat kelapa parut muda di sini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Apam Nasi Mudah Dan Sedap

Bahan bahan:
1 cawan nasi - kisar dengan 1 ½ cawan air
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¼ cawan + 2 sudu besar gula
¼ pek yis Mauripan - 11 gram

Cara cara:
Kisar nasi dengan air dan gula sehingga hancur. Satukan dengan semua bahan lain. Kacau rata dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tiada ketulan.

Perap selama 1 jam. Kemudian kacau rata dan asingkan sebanyak 2 senduk ke dalam 3 mangkuk. Masukkan pewarna yang disukai. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.


Sapu sedikit minyak pada acuan dan tuang dalam 3 sudu besar atau 3/4 penuh adunan. Kukus dalam periuk mengukus yang air telah mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Biarkan seketika dan keluarkan dari acuan. Hidang bersama garam yang digaul dengan sedikit garam.


Nota:
Jika mahu kukus dalam satu loyang besar, kukus selama 45 minit atau sehingga masak.




Catat Ulasan for "Apam Nasi Mudah Dan Sedap"