Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Tepung Beras Yang Sedap


Jangan ambil mudah bab hutang walaupun hutang dengan isteri dan anak anak. Jangan memikirkan orang akan menghalalkan hutang bila kita telah mati. Jangan begitu. Selagi kita hidup, kena berusaha sendiri dulu untuk membayar hutang. Jangan mengharapkan anak anak atau pewaris untuk membayar hutang kita.

Ada kisah sebenar orang yang kaya raya mati dengan meninggalkan harta yang banyak bertimbun tapi tiada anak anak atau pewaris yang berusaha untuk membayar hutang si mati pada ramai orang kampung. Tanah berekar ekar yang ditinggalkan semua diwarisi oleh waris. 

Maksudnya kalau waris ingin membayar hutang, pasti sahaja boleh dijual sedikit tanah tersebut untuk melangsai hutang si mati. Tapi ianya tidak terjadi begitu. Jadi kita yang masih hidup, ambil pengajaran dari kisah kisah sekeliling kita sebagai persediaan bila kita telah tiada lagi. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.  


Serius sedap apam ini, memang saya suka apam yang kosong kosong macam ni. Kalau nak tengok resipi apam beras yang menggunakan nasi, boleh klik entri sebelum ini di SINI dan di SINI

Saya suka apam beras ni, lagi lagi kalau warnanya putih sahaja. Makan pulak dengan kelapa parut muda yang segar tu. Terasa cukup berlemak dengan rasa masin masin. Wallaa best giler. 

Saya buat hanya separuh adunan kerana biasanya bila buat kuih muih tradisional ni, selalunya tak habis. Tapi kali ini, habis dan tak sempat nak makan mengulang pula. Hahahaha bagus macam ni, tak membazir. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Apam Tepung Beras
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 22- 24 biji

Bahan A:
6.5 gram yis mauripan - 3 gram
30 gram air suam - 15 gra
½ sudu besar gula - ¼ sudu besar

Bahan B:
200 gram santan - 100 ml santan kota
130 gram gula - 65 gram
½ sudu kecil garam - ¼ sudu kecil

Bahan C;
370 gram tepung beras - 185 gram
300ml/gram air - 150 gram

Cara cara:
Satukan air suam, gula dan instant yis dan kacau sehingga larut. Tutup dan Ketepikan kembang dan berbuih.


Masak santan dengan gula dan garam. Masak sehingga gula larut. Tak perlu mendidih. Tutup api. Ketepikan.

Tuang yis ke dalam tepung beras dan gaul rata. Tuang air dan dikacau rata.

Tuang santan ke dalam tepung sedikit sedikit sehingga rata. Tutup dan ketepikan selama 1- 1 ½ jam ikut.


Kacau rata untuk hilangkan buih dan adunan kembali pada asal. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Lenser nipis minyak pada acuan. Tuang adunan sehingga ¾ penuh acuan.


Kukus selama 15-20 minit terpulang pada saiz acuan. Kacau dulu adunan setiap kali sebelum tuang ke dalam acuan untuk hilangkan buih. Nota: saya kukus selama 20 minit.

Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. Jika suka, boleh kukus kelapa parut sebentar untuk tahan lama.



Nota:
Boleh sejukbekukan apam yang berlebihan. Sebelum dihidangkan, kukus sebentar.

Untuk separuh adunan, saya dapat 12 biji apam beras.


Catat Ulasan for "Apam Tepung Beras Yang Sedap"