Sabtu, 10 Oktober 2020

Apam Beras Gerenti Jadi

 


Sekarang ini agak heboh diperkatakan dan menjadi viral berikutan kisah penahanan reman beberapa individu yang dikaitkan dengan Macau Scam. Scammer ini sangat berleluasa. Target mereka adalah orang yang mudah panik. Mereka katakan orang seperti ini adalah orang yang bodoh. 

Ada satu kisah di youtube di mana orang yang menerima panggilan berpura pura untuk join sama sebagai scammer. Lantas scammer yang menipu pada hari sabtu juga dapat sasaran sehingga RM200 ribu. Katanya walaupun mahkamah tutup pada hari sabtu tapi ramai orang bodoh sehingga dia berjaya menipu sebanyak itu.

Bukan sahaja scammer seperti ini tapi scammer yang menipu dengan cara email, atau personal message meminta mangsa menukar password dsb. Saya sendiri pernah terkena berbelas tahun dahulu. Saya menerima email memberitahu akaun saya akan ditutup dalam masa 24 jam. Bagi mengelakkannya saya perlu memberikan maklumat seperti username, password dsb. Saya ketika itu sebenarnya macam mamai sebab terjaga dari tidur dan baca mesej itu. 

Bila bangun keesokannya, saya dapat banyak mesej yang seolah saya menghantar email kepada semua contact meminta pertolongan dan bantuan kewangan. Kononnya saya telah menghadiri seminar di luar negara dan telah kehilangan semua dokumen penting. 

Saya sangat takut ketika itu dan terus membuat laporan pada hotmail dan juga membuat laporan polis. Lama juga masa untuk saya mendapat semula akaun hotmail. Itu pun setelah mereka meminta maklumat untuk mengesahkan saya adalah pemilik sebenar akaun berkenaan termasuk email yang pernah saya hantar. 

Setelah berjaya, saya dapati alamat email telah ditukar pada alamat gagak hitam di Nigeria rasanya. Jadi kalau ada mesej atau email yang mencurigakan, jangan layan. Apa yang saya buat ialah, saya klik reply to all dan dari situ, saya akan nampak alamat email scammer tersebut. 

Mana mungkin email dari hotmail tapi ada alamat penghantaran menggunakan akaun gmail. Jadi terus klik untuk masuk ke junk atau delete. Ok cukup setakat ini dahulu, semoga kita semua dilindungi dari scammer dunia dan akhirat. Insya Allah.

Masa balik Kelantan dengan Hubby penghujung September baru ini, kami singgah bersarapan di kedai makan berhadapan dengan pintu masuk ke lapangan terbang Pengkalan Chepa. Semasa di situ, nampak ada peraih yang datang menjual kuih muih yang dibeli di Kota Bharu dan dijual pula pada kedai kedai makan. 


Hubby meminta saya membeli apam beras dan beberapa kuih muih lain untuk dibawa balik. Lebih lebih lagi Ammar akan mengambil kami di Subang Airport.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Video juga terdapat di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
 

Apam Beras Gerenti Jadi
Menghasilkan: 25 biji 

Bahan A: 
1 cawan nasi 
½ cawan air

Bahan B:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
6 gm yis kering

Bahan C:
Kelapa parut muda
Garam

Cara cara: 
Kisar bahan A sehingga halus. Satukan semua bahan B di dalam mangkuk yang besar. 

Tuang bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati. Perap selama 1 jam sehingga kembang. 



Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Lenser sedikit minyak pada acuan kecil menggunakan tisu dapur. 

Tuang adunan dalam Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Balut tudung pengukus dengan kain. 



Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.

Nota:
Saya sediakan separuh adunan sahaja. Jika buat 1 adunan penuh, boleh guna 1 paket yis mauripan 11 gram. 

2 ulasan

  1. Nampak sedap
    Lama dah tak makan apam beras

    BalasPadam
  2. Assalam, Kak Azie..
    Masa sy sekolah2 dulu, kakak yg setahun tua dari sy (baru tingkatan 3 kot masa tu), suka betul buat apam beras ni. Tapi, salah stau bahan yg menyedapkan apam tu ialah eno, srkg ni tak tahulah dia ingat lagi tak resepi tu, hihi.

    Cakap pasal scammer, sy pur pernah hampir jadi mangsa. Mujurlah sbelum sy menelefon 'peguam penipu' kononnya nak selesaikan kes sy tu, sy call adik beradik sy dulu. Lepas tu baru sy tersedar sy ditipu, kalau tak agaknya lesap gaji sebulan, menangis tak berlagu.

    BalasPadam

Add your comment