Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Manchester ke London Day 11



Sebelum meneruskan perjalanan ke London, kami singgah di Old Trafford kerana Nelly mahu membeli barangan di megastore stadium Manchester United. Sebelum itu, boleh baca entri sebelum ini di SINI

Masya Allah, cuacanya teramat amat sejuk. Menggigil jari jemari dibuatnya. Muka pun terasa kebas semacam dek kesejukan. Mungkin sebab masa itu, masih terlalu awal pagi. 


Kami berpatah ke rumah kawan Juita kerana Juita mahu mengambil barang beliau. Alang alang dah dekat dengan restoran Al Jazeera, kami singgah beli nasi arab yang dibuka pukul 11.00 pagi. Kami hanya menunggu di dalam kereta sementara anak anak keluar menunggu kedai di buka. 

Kami sampai di London dalam pukul 5.00 petang. Apartment kami berada di Oxford Street di belakang Butik Longchamp dan boleh dilihat Liberty dari tingkap apartment kami. 

Memang kami sengaja memilih untuk tinggal di apartment 3 bilik di Oxford Street untuk memudahkan anak anak shopping dan balik ke apartment untuk menghantar barang dan keluar lagi. Tak perlu nak membondong bondong membimbit bag shopping.

Selepas check in, Hubby dan Juita keluar untuk memulangkan kereta. Kami memanaskan nasi arab yang dibeli dari Al Jazeera dan terus makan dulu.


Kami kemudian bersiap siap untuk keluar ke Oxford Street. Destinasi pertama adalah untuk membuat ujian RTK covid 19. Ketika itu, adalah disyaratkan untuk kami membuat ujian Covid 2 hari sebelum balik ke Malaysia. Untuk kami 5 orang, jumlah kos ialah £175. 

Selepas selepas urusan test RTK, kami ke Selfridges. Hahaha menjamu mata jer sambil melayan layan anak anak bershopping barang barang make up dan lain lain yang dipesan oleh customer masing masing. Juita dan Nelly menjadi Personal Shopper sejak beberapa tahun yang lalu secara sambilan. 


Setakat ini dahulu dan jangan lupa nantikan entri akan datang.


Catat Ulasan for "Manchester ke London Day 11"