Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part Akhir


Assalam semua. Hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan hari akhir ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu baru baru ini. Boleh rujuk catatan sebelum ini di SINI

Pagi pagi bertolak balik. Pergi cari sarapan nasi berlauk di kubang kerian. Kemudian ke pasar besar, cari ubi kayu, kulat atau cendawan dan juga ulam jeneris. 

Kalau ke pasar sini, saya jarang sekali masuk di kawasan tengah yang memang cantik untuk bergambar termasuk mengambilnya dari sudut atas. Pendek kata antara tempat kegemaran photographer untuk mengabadikan keunikannya. 


Oleh kerana dari hari datang lagi tak jumpa dengan kuih bahulu yang dibakar panas panas, saya balik ikut Jerrih dengan harapan ada gerai bahulu. 

Akhirnya jumpa satu kedai yang menjual bahulu panas. Walaupun tak menggunakan dapur arang, tapi boleh lah kerana bahulunya dibakar panas panas. 

Saya dapat makan bahulu yang dibakar menggunakan tempurung kelapa hanya di Kuala Terengganu. Memang sedap sangat kerana dah lama tak makan bahulu yang beraroma dengan bau asap asap sabut kelapa. Nostalgia gitu. Tempatnya di sebelah stesyen minyak Shell di Marang. 


Sampai kami terus mencari keropok zaki yang telah ditempah oleh sahabat saya cik gu Hasnah. Kelebihan keropok zaki kerana ia memproses sendiri ikan untuk digunakan dalam keropok mereka. Jadi kebersihan memang dijamin walaupun supply memang tidak menentu, bila ada ikan baru ada keropok beliau. 

Kalau pengusaha keropok lekor lain, mereka dapat supply isi ikan terus. Bila ikan diproses sendiri, ianya lebih bersih dan tidak dikisar tulang tulang. Itu yang diceritakan oleh sahabat saya dan diberitahu juga oleh owner keropok Zaki. 


Selepas mengambil keropok lekor, kami kemudian ke Pantai Teluk Ketapang untuk makan ikan celup tepung.


Selepas itu, kami terus memulakan perjalanan balik melalui jalan pantai. Kami singgah di Pantai Abang selepas melihat batu cantik untuk bergambar.  

Tapi serious air pantai yang sejuk sangat menggamit untuk kita mencelup kaki di dalamnya. Atau kalau boleh duduk berendam di celah celah batu. Walaupun kawasannya tak besar tapi terasa sangat mendamaikam dan fefeeling romantis gitu. 


Kami bergambar di celah celah batu yang sangat cantik. Ada lah minta mereka yang berada di situ untuk tolong ambil gambar kami berdua.  

Masya Allah cantik sungguh gandingan warna bukit baru dengan air laut dan pasir pantai.  Selama ini tak pernah terlintas untuk singgah sebab dari jalanraya, nampak seperti biasa biasa sahaja. 

Masih terbawa bawa sehingga balik saya mencari kisah dongeng yang dikaitkan dengan batu di Pantai Abang yang dikatakan batu berupa seekor penyu kerana melanggar sumpahan. Hahaha maknanya keindahannya melekat di hati. 

Dari situ, kami masuk highway untuk meneruskan perjalanan balik. Singgah di perhentian untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. 

Dengan ini, selesailah catatan perjalanan kami ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu melalui jalanraya. Sekali sekala membuat perjalanan berdua seperti ini adalah sesuatu yang sangat indah dan menyeronokkan.  



Catat Ulasan for "JJCM Kuala Terengganu dan Kota Bharu Part Akhir"