Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Kari Kapitan Sedap Macam Restoran



Assalamualaikum semua. Beberapa hari ini, saya membuat muhasabah diri apabila blog saya semakin sendu. Kadang kadang bila saya pos di Instagram minta pembaca yang singgah di blog untuk klik di blog juga, tidak memberi banyak impak. Mulanya saya juga rasa putus asa. Tapi akhirnya saya sedar, saya harus melakukannya kerana Allah.

Jadi saya akan terus ber blogging sementara saya masih ada kekuatan dan semangat. Terima kasih kepada semua follower setia saya yang masih sudi membaca coretan saya di sini.

Jom saya kongsikan sedikit petikan dari kuliah zoom malam tadi berkenaan dengan nasihat kematian. Hidup kita sementara jadi gunakan apa sahaja aktiviti harian kita menjadi satu ibadah yang memberi pahala. Di samping mencari resipi, kita juga dapat ilmu dan kebaikan di akhirat.

Bab nasihat kematian di mana kita dinasihatkan supaya jangan berputus asa dan minta mati. Orang koma sekali pun jika akal masih ada, masih diberi peluang untuk bertaubat. Maka bertaubatlah sebelum nyawa belum sampai di kerongkong, masih ada peluang.

Jangan minta mati kerana kata Rasulullah, kalau dia orang baik, boleh tambah lagi kebaikan. Kalau dia seorang yang melakukan banyak dosa, mudah mudahan masih sempat bertaubat pada Allah. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.

Kepada sesiapa yang mencapai usia 40 tahun, dah mula kena sedar diri. Kena kenal ibadah, kenal jalan ke masjid. Kalau masih lagi tak tahu, pergi pada dia dan takbir sebanyak 4 kali. Kenapa 4 kali? Itu adalah takbir solat jenazah.

Pada usia 40 tahun, adalah usia kematangan dan seseorang boleh berfikir apa yang baik dan buruk. Allah datangkan beberapa tanda, Allah ajar apa yang perlu diminta dan doanya juga Allah ajar. 

Jangan bila kita mati, kita baru nak yakin apa yang dulu pernah kita dengar semasa hidup di dunia. Apa doanya? Doa agar diberi kebaikan hidup dan selalu bersyukur serta banyak bertaubat atas dosa dosa lalu. Doanya ialah:

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku temasuk orang-orang yang berserah diri." (QS: Al Ahqaf: 15)


OK sekarang kita masuk sedikit bab masakan. Masakan Nyonya adalah salah satu kategori masakan yang sangat ingin saya pelajari. Keunikan masakan mereka menyebabkan saya dari dulu menyimpan hasrat untuk mencuba resipi resipi masyarakat Baba Nyonya yang bukan sahaja di Melaka tapi juga di Penang. 

Alhamdulillah resipi hari ini sangat mudah disediakan dan pastinya satu resipi yang anda semua wajib mencubanya. Seorang wanita hebat mesti pandai memasak dalam semua kategori masakan. 

Sebelum mengundur diri hari ini, saya ingin menjemput anda untuk singgah dan subscribe Azie Kitchen Youtube Channel saya di bawah ini.


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow blog saya ya. Selamat mencuba.... 



Ayam Kari Kapitan


Bahan bahan:

1 ekor ayam - potong 12 

2 batang serai -  ketuk

3-4 helai daun limau purut 

1 keping asam keping

Garam 

Gula 

¼ cawan santan 

½ cawan minyak 


Bahan kisar:

4 biji cili merah 

10 biji cili kering - rebus 

15 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai 

1 inci halia 

1 inci lengkuas

2 inci kunyit hidup

2 biji buah keras

1 inci belacan


Cara cara:

Lumur garam dan serbuk kunyit pada ayam dan digoreng 90% masak. Angkat dan ketepikan. 

Keluarkan minyak berlebihan dan tinggalkan dalam ½ cawan minyak menggoreng ayam di dalam kuali.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut. 

Masukkan cili kering kisar. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga terbit minyak. 

Masukkan ayam kacau rata. Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan gula secukup rasa. 

Akhir sekali, masukkan santan dan masak sehingga pekat dan kering yang disukai. 


Nota:
Sedap dimakan selepas 4-5 jam dimasak.




1 ulasan for "Ayam Kari Kapitan Sedap Macam Restoran "