Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Bakar Bersambal Asam Pencicah



Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan di blog dan juga klik follow blog ya. Terima kasih atas kerjasasama semua. Semoga saya kekal bermotivasi untuk terus update blog yang dah semakin tak ramai sekarang ini.

Saya kongsikan sedikit petikan dari kuliah Ustaz Ahmad Dasuki berkenaan kegembiraan sebenar ialah bila kita berjaya melalui saat sarakatul maut penuh dengan ketenangan dan kelapangan.

Roh seorang mukmin bila melalui saat sakaratul maut ialah bila keluar peluh di dahinya. Sebaliknya orang tak beriman, rohnya berbunyi macam keldai. Setiap Manusia akan buat kesilapan. Bila Allah nak balas supaya kita mengadap Allah dalam keadaan bersih dengan saat sakaratul maut.

Ada yang sukar melalui sakarat kerana Allah jadikan kaffarah. Dan Allah tebus semua salah dia dengan kesukaran sakarat. Allah sedang hapuskan dosa dia semasa hidup. Aku bila sayang pada seseorang hamba aku tak akan keluarkan dia dari dunia dengan dosanya. Aku akan buang dosa dia sampai bersih sehingga dia mengadap Allah dengan tiada lagi dosa yang melekat.

Sampai dosa yang ada hanya sebesar zarah sahaja. Jika masih lagi tersisa kesalahannya, aku akan jadikan kesukaran dalam kematiannya. Seolah dia bernafas melalui lubang jarum. Allah semputkan nafasnya. Bila dia mengadap aku seolah baru lahir dari perut ibu dia.

Ada orang soleh sudah saat nak mati. Dia sebenarnya ada keburukan yang dia pernah buat, Allah balas sehingga bila dia mengadap depan Allah, tak ada lagi dosa dia.

Orang mukmin akan diberi ganjaran atas setiap amalan yang dibuat. Kemuncak di mana Allah balas ialah saat menghadapi Allah dengan sebersihnya. Orang Islam akan ditebus kesalahan semasa sakarat. Bila dah mati, tak ada lagi dosa bila mengadap Allah.

Orang mukmin meninggal dengan berpeluh di atas dahi. Perhatikan seorang bila hadapi mati tengok akan ada 3 tanda iaitu dahi berkeringat, mata mengalirkan airmata dan hidungnya kembang kempis. Demikian menunjukkan rahnat Allah sedang turun bersamanya. Kasih sayang Allah. 

Dengkur macam bunyi anak unta yang sesak muka pucat lesi dan berbuih pada tepi mulut yang demikian menunjukkan azabnya Allah. Samada dia ahli syurga atau ahli neraka. Berpeluh kerana kita rasa malu dan segan dan Allah pula hapus dosa. Cukup setakat ini dahulu. 


Semasa di Pulau Pinang tempoh hari saya makan ikan bakar bersambal yang sangat sedap rasanya. Biasanya saya tak suka ikan bakar bersambal apa lagi yang sambal yang berkuah kuah sehingga tak lagi rasa seperti ikan bakar tapi rasa seperti ikan bersambal sahaja.

Bila menggunakan ikan siakap yang isinya memang lembut, lagi lah sedap. Sumbatkan sekali sambal ke dalam perut ikan atau jika ikan dibelah dua, lagi sedap. 

Ikan dibakar pula dengan arang, memang terasa harumannya. Sebab ada juga ikan yang dibakar atas kuali macam roti canai tu. Itu dah macam ala ala goreng menggunakan minyak. Saya tak berapa suka yang itu.  

Sambal ini ada macam macam, ada yang ditumis dulu sambal sehingga masak dan dilumur pada ikan. Saya ikut rasa jer. Ada masa saya tumis dulu dan ada masa saya letak terus sambal mentah seperti hari ini. Semuanya ikut gerak hati sahaja. Dua dua pun sedap dan punya rasa tersendiri.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Ikan Bakar Bersambal

Bahan A:
3 ekor ikan selar
Sedikit minyak masak
Daun pisang

Bahan B - dikisar
5 tangkai cili kering - 1 sudu besar cili kisar
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Bersih dan kelarkan ikan. Kemudian basuh dan toskan. Lumur bahan kisar pada ikan termasuk dalam bahagian perut dan perapkan selama 20 minit.



Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan. Letakkan ikan pada pemanggang. 


Bakar sehingga ikan masak sambil titiskan minyak pada ikan. Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam.



Air asam pencicah

4 ulas bawang putih - bakar
6 biji bawang nerah - bakar
1 ½ inci belacan - bakar
5-6 cili padi
2 biji limau nipis
¾ sudu makan gula
¾ sudu kecil garam
½ cawan air masak

Cara cara:
Kupas bawang bakar dan tumbuk dengan cili padi hingga lumat. 

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Perah limau nipis atas penapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.

Akhir sekali masukkan air masak sedikit demi sedikit. Gaul rata.


1 ulasan for "Ikan Bakar Bersambal Asam Pencicah"