Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Telur Dadar Rangup Yang Sangat Sedap



Sebelum kita masuk bab resipi, jom kita baca dulu sambungan bab munajat oleh Tokku Pasir Gudang, Ustaz Mat Esa Deraman yang sangat mengesankan. Semoga ianya memberi manafaat pada kita semua. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan dan klik follow blog saya. Terima kasih.  

Kebaikan atau kekayaan yang kita buat, tak akan menambah kekayaan kerajaan Allah. Kita sebenarnya tak ada nilai apa apa. Apakah kerana aku kaya, maka kerajaan Allah jadi kaya?. Tidak sesekali kerana kerajaan Allah memang telah sedia kaya. Kalau kita miskin, apa kah berkurang kekayaan kerajaan Allah?. Jawabnya tidak, kerana kerajaan Allah sedia kaya. 

Kita tak ada nilai sebenarnya. Saya kalau tak ada, mungkin isteri saya susah. Kalau dalam institusi keluarga, kita mungkin ada nilai. Tapi kalau dalam alam ini, kita tak ada nilai. Kita mati, Allah akan cipta makhluk lain. Apakah nilai kita atas dunia ni. Kalau kita ada nilai, tak kan lah kita dikambus dan ditanam dalam tanah selepas kita mati? Orang pun lupa nama kita. Akhirnya hanya disebut arwah, jenazah dan si mati. Tak lagi dipanggil dengan nama Tengku, Dato, Datin atau ustaz. 

Bukan kah kamu mengetahui kamu tak ada apa apa. Nama pun tak ada. Bila mati apakah kita ada nama. Nama apakah kita akan dipanggil. Apa lah sangat nilai kita yang nak disombong dan dibangga. Bila mati seorang Pengarah, akan diganti dengan pengarah lain. Perdana Menteri mati, diganti dengan PM lain. Tinggal sejarah yang orang tak teruja pun dengan seharah itu.

Kita boleh merancang tapi semua dalam rahsia allah. Berjaya gagal. Sesiapa yang mengambil pengajaran adalah orang yang berakal. Orang yang ada mata hati. Setiap kesilapan kita buat, ada pengajaran yang kita belajar. 

Bila kita sakit, ada pengajaran. Bila senangm ada pengajaran. Orang hidup yang sentiasa belajar, akan dekat dengan Allah. Orang tak belajar, hidup macam binatang tak ambil pengajaran. Kami penuhi neraka jahanam dengan manusia dan jin yang ada akal tak nak fikir. Mereka orang yang lalai. 

Bila mak ayah meninggal ada pengajaran kita dapat. Jangan jadi macam unta yang ditambat. Tak tahu kenapa ditambat dan tak tahu kenapa dilepaskan. Orang beriman dia tahu kenapa dan sebab sebabnya. 

Bila covid melanda dunia, kita dapat pengajaran. Bila Alah tak izin kita ke masjid. Allah izinkan kita dapat kebaikan. Allah pilih kita untuk buat baik. Kita tak penrah fikir masjid akan ditutup. Menangis bila masjid dintutup. Bila kita lapang waktu, ibadat adalah anugerah. Sementara kita boleh baca Al Quran, baca lah. Jangan sampai suara dah diambil. Sementara ada telinga boleh dengar, dengar lah ceramah. Bila dah pekak tak boleh dengar lagi. Mata tak boleh lagi tengok mushaf. Allah bagi mata telinga, guna elok elok. Kaki ada, guna untuk ke masjid. Jangan sampai dah kena gout tak boleh berjalan, baru nak ke masjid. 

Kita miskin iaitu orang yang mengharap dan bergantung. Tidak ada manusia layak dikatakan kaya. Kamu semua fakir. Allah yang Maha Kaya Maha Terpuji. Kat mana kayanya kita? Kekayaan kamu tak akan beri faedah. Tak boleh tolak penyakit tak boleh tolak malaikat maut. Bukan kah harta untuk tolak satu mudarat. Saya ada harta beli insurans, bayar guard untuk protect bahaya. Sampai masa akan datang walaupun harta banyak. Ada orang belanja 95 juta untuk rawatan. Akhirnya dia mati. Dia sepatutnya boleh bina beberapa banyak masjid dengan duit sebanyak itu. 

Detik paling miskin ialah hari aku diletak dalam kubur. Kita cuma ada kain kafan. Jam dan cincin mahal, semua tak boleh pakai. Kita dipisahkan dari orang yang kita sayang walaupun kita bergelar Raja, Tan Sri, akhirnya bila mati kubur kecil sahaja. 

Kita kena mengaku kita orang miskin yang mengharap pada mu. Ya Allah, tolong aku untuk menyebut nama Mu. Apa kah kita boleh buat amalan secara berterusan? Ramai orang suka sesuatu tapi satu masa akan ditinggalkan. Suka kuliah akhirnya, ditinggalkan. Dulu duduk depan sekali. 

Ibadah itu anugerah Allah. Bukan tulang empat kerat kita. Bukan kita yang tentukan nak pergi atau tidak tapi Allah yang pilih. Pada siapa yang dikehendaki. Termasuk Allah pilih, siapa yang mentaati Allah. Syukur pada Allah jika kita dipilih dan diberi ketaatan pada Allah.

Sesungguhnya hati kita dalam ketentuan Allah untuk diubah ubah. Wahai Tuhan yang membolak balik kan hati. Tetapkan hati ku dalam agama Mu dan dalam ketaatan kepada Mu. Bantu aku untuk terus mentaati mu. Aku mengharapkan mu. Jangan mudah putus asa. Setiap benda Allah ambil, Allah bagi. Setiap benda ada ajalnya. Pemberian Allah di dunia supaya kita pohon keberkatannya.

Andai kata datang kematian ketahuilah aku tak kuat untuk atasi hawa nafsu ku. Sentiasa aku mengulanginya. Kita terjebak dan ulang benda sama. Azam nak bangun qiyam tapi tak terjaga. Azam nak puasa sunat setiap hari isnin dan khamis tapi tak mampu. Kita mengadu pada Allah nafsu jahat yang tak mampu kita lawan.

Ulamak melihat amalan mereka seumpama kayu buruk. Macam kita, rasa cepat cukup dengan kebaikan. Kalau aku tahu satu amalan yang Allah terima aku akan berhenti tapi aku tak tahu kalau amalan ku diterima. Sebab itu, kita tak boleh merasa cukup.

Jangan pilih kebaikan, jangan perkecil kebaikan, jangan lambat buat kebaikan, jangan cukup dengan apa kebaikan yang kita buat. Orang beriman tidak pernah kenyang buat baik sehingga ke syurga. Jangan merajuk dengan buat baik. Baik merajuk buat benda jahat. Buang lah merajuk yang merugikan akhirat kita.


Maaf kerana terpanjang lebar perkongsian saya di atas yang saya rasa sangat mengesankan. Sekarang kita masuk pula bab resipi hari ini iaitu telur dadar rangup. Bila saya share dalam Instagaram @aziekitchen ramai yang komen bahawa. gerun lah takut lah melihat telur ini digoreng dalam minyak yang banyak.

Memang kalau nak menyediakan telur dadar rangup kena minyak banyak dan betul betul panas. Barulah menjadi. Barulah telurnya akan terapung dalam minyak. Kemudian bolehlah ditos dan kemudian diletak atas tisu dapur.

Atau kalau tak suka minyak banyak, buat jer telur dadar biasa. Itu pun kalau guna minyak sikit tapi lepas diangkat telur, minyak pun kering. Maknanya minyak menyerap dalam telur dadar.

Telur dadar rangup ini memang sangat rangup dan sedap. Tapi kalau boleh, jangan lah berlebihan. Makan apa pun, tak boleh berlebihan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba... 


Telur Dadar Rangup 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
4 biji telur
2 sudu besar tepung beras
¼ cawan air
1 sudu kecil garam atau secukupnya 
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sehingga benar benar panas dan kelihatan berasap.

Satukan telur dengan semua bahan kecuali minyak dan kacau sehingga kembang dan berbuih.



Tuang ke dalam minyak panas seperti membuat teh tarik, dari bawah tarik ke atas. Goreng sehingga garing dan diterbalikkan ke permukaan sebelah atas.


Setelah garing yang disukai, bolehlah angkat dan tos di atas kertas tisu dapur.



Catat Ulasan for "Telur Dadar Rangup Yang Sangat Sedap"