Jumaat, 20 Ogos 2021

Kari Udang Yang Mudah Dan Sedap



Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Ustaz Kamal Ashaari dengan topik Muharram-  Kenapa Masih Lalai. Haa jangan lupa untuk klik sekali iklan yang keluar di blog dan juga klik follow blog untuk mendapat notifikasi setiap entri baru. Terima kasih.

Sebelum itu, ustaz kongsikan hadis berkenaan kelebihan berada di dalam majlis ilmu di mana pahala berada dalam majlis ilmu terus sampai pada mak dan ayah samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. 

Kalau amalan lain seperti sedekah, kita kena terlebih menyebut nama dan niat untuk mereka. Tapi untuk berada dalam majlis ilmu, walaupun tanpa diniat untuk mereka, Insya Allah pahala Allah akan hantar terus pada ibubapa di dalam kubur nereka. Jadi sama sama kita perbanyakkan berada dalam majlis ilmu yang merupakan taman syurga di dunia.

Sekarang kita sedang berada dalam bulan Muharram. Telah ditentukan Allah ada 12 bulan sejak dari Allah mencipta langit dan bumi lagi. Dari 12 bulan itu, ada 4 bulan bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.  

Awal zaman Jahiliah, ianya dipanggil bulan Safar. Bila datang Islam ditukar pada Muharram. Muharram dipanggil al Muharram adalah bulan suci. Tidak berperang pada 4 bulan ini. Kedua, Allah menamakan Muharram sebagai Shahrullah Al Muharram. Se afdhal puasa selepas puasa dalam bulan Ramadhan ialah Muharram. Menunjukkan bahawa Muharram sebagai bulan Allah. Betapa hebatnya Al Muharram. Ketiga, dalam bulan Muharram ini dijadikan sebagai awal bulan dalam kalendar Qamariah. 

Peristiwa hijrah Rasul. Selamat tahun baru hijriah. Di sana ramai umat Islam sedar atau tidak terlepas pandang matlamat utama dari peristiwa Hijrah ini ialah untuk membina kerajaan Islam di Madinah. 

Kita sunat untuk melakukan ibadah khususnya puasa dalam bulan Muharram. Di dalam bulan Muharram ada satu hari yang mana hari itu disebut secara jelas iaitu hari ke10 bulan Muharram. Hari Assyura di mana Nabi Muhammad SAW berpuasa. Sehingga Nabi dapati orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram kerana merai kemenangan Nabi Musa dari musuh. Yahudi mengejek kerana berpuasa sama seperti orang Yahudi.

Maka Nabi mengatakan bahawa kalaulah aku hidup tahun depan, aku akan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Tapi Nabi tidak sempat. Bila ibadah puasa disebut secara jelas oleh Nabi, maka kita patut rasa seronok hendak sambut puasa pada 9 dan 10 Muharram. Sebaik baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Muharram. Allah muliakan bulan Muharram dengan ibadah puasa. 

Sebelum Ramadhan, kita disunat berpuasa dalam bulan Syaaban kerana seronok nak menyambut Ramadhan. Begitu juga puasa yang Nabi suruh buat secara konsisten pada setiap hari Isnin dan Khamis. Selain itu, puasa pada hari putih iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan. Kecintaan pada Nabi perlu dilahir dengan amalan yang Nabi suka dan Nabi galakkan untuk kita melakukannya. Puasa adalah benteng dari api neraka. Orang yang berpuasa, setiap amalannya akan dilipatgandakan. Dan doanya tidak ditolak. 

Muharram, kelalaian yang macam mana yang dimaksudkan dalam topik ini? Pertama, kelalaian dalam memahami peristiwa hijrah dan peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Muharram. Peristiwa hijrah adalah signifikan. kerana ianya demi memastikan umat Islam ada negara Islam. Yang dilaksanakan hukum yang diperintah Allah. 

Kedua, membiarkan bulan Muharram berlalu tanpa memperbanykkan beristighar. Doa Nabi Yunus bila saat berada di dalam perut ikan Paus yang diabadikan dalam Al Quran surah al-Anbiyaa ayat ke-87: “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” bermaksud "Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." 

Dengan memperbanyakkan istighfar, mudah mudahan bulan Muharram ini dapat menghapus dosa dosa kita. Selain istighfar dalam bulan Muharram, amalan lain yang sunat ialah membaca Al Quran, solat sunat, sedekah, zikir. Orang sedang berpuasa ni segala denyut nadi dikira ibadah. Doa orang berpuasa tidak ditolak oleh Allah sehingga dia berbuka puasa.

Bulan Muharram adalah selepas bulan Zulhijjah iaitu selepas orang balik dari mengerjakan ibadah Haji. Jadi bulan Muharram adalah untuk kita muhasabah diri, adakah ibadah Haji diterima dengan berlakunya perubahan sikap. Bulan Muharram juga untuk merancang seperti mana merancang satu perjalanan. Kena tanam azam agar Muharram, kita dapat melaksana apa yang disyariat Allah. 

Selain itu, Allah suruh kita ambil cakna tentang anak yatim terutamanya di dalam bulan Muharram ini. Jika berkesempatan, gosok dan usap kepala anak yatim. Begitu lah serba sedikit yang sempat saya salin dan pelajari dari kuliah zoom yang dihoskan oleh sahabat saya, Datin Norlella dengan jemputan ustaz yang hebat dengan tajuk tajuk yang sangat menarik dan ditunggu tunggu.


Menu saya hari ini adalah kari udang. Menu mudah yang saya kira ramai yang tahu menyediakannya. Namun bagi mereka yang baru berjinak jinak di dapur atau anak anak yang berada di luar negara, boleh belajar cara saya menyediakan kari udang yang sangat sedap ini.  

Saya suka kari udang kerana bukan sahaja udang tapi kuahnya juga menjadi sangat sedap dan boleh dicicah dengan roti canai atau roti putih biasa juga. Rasa manis udang ada di dalam kuah kari yang menjadikan ianya sangat sedap digaul dengan nasi putih panas. 

Jom layan resipi yang saya gunakan di bawah ini. Saya juga ada sediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Kari Udang 

Bahan bahan:
½ kg udang
1 pek kecil serbuk kari udang
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 kotak santan kotak
1 sudu besar halba campur
1 pelepah daun kari
Garam
Secubit gula
2 keping asam keping
1 sudu besar cili kasar
½ cawan minyak
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur, bahan hiris dan daun kari sehingga wangi dan sedikit kekuningan.

Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan santan.

Masukkan asam keping, garam dan gula. Biarkan sehingga kuah terbit minyak.

Setelah terbit minyak, masukkan udang. Kacau rata. Agak agak udang masak, tutup api.




Nota:
Lagi cantik jika menggunakan santan segar yang diperah.




1 ulasan

  1. Uih, tak pernah makan kari udang ,tapi tengok ni yaAllah kempunan pula

    BalasPadam

Add your comment