Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Shrimp and Mushroom Alfredo Juita Amanda



Hari hari di dapur memang saya pening memikirkan menu apa yang nak dimasak. Memang tugas sebagai seorang suri rumah tidak mudah sebenarnya. Saya masa bekerja dulu, lebih rela ke pejabat dari duduk di rumah. 

Tapi bila dah bersara, tiada apa pilihan yang ada melainkan tinggal di rumah. Itu pun, saya tidak banyak membuat kerja rumah seperti mengemas dan membasuh. Saya hanya memasak sahaja. Ada masa, Hubby akan tolong mengemas juga di dapur sebelum dia naik tidur. 


Hari ini kami bersarapan lewat tengahari atau dipanggil sebagai brunch breakfast sekali dengan lunch dengan pasta yang disediakan oleh Juita. Tak lalu dah hari hari makan nasi lemak, nasi goreng, mee goreng. Sejak PKP, inilah menu sarapan saya. Aduhaaai. Nak keluar sarapan, tak boleh. Terpaksa lah redha. 

Menu western begini memang sedap dimakan sekali sekala jer. Jika selalu pun, boleh jadi muak. Inilah gara gara menonton drama Korea Pasta, jadi teringin nak makan pasta. 


Serious sedap. Kalau makan di restoran, rasanya RM30-50 sepinggan, memang tak lari. Nak lagi nampak sedap, hias lah ala ala restoran. Letak fresh parsley. Saya tak letak kerana saya memasak untuk makan sendiri sahaja. Bukan untuk blog. Beza tu. Yang mana saya masak, yang tu saya share di blog. Matlamat utama untuk hidangan keluarga. Bila sedap, saya kongsikan pula pada follower saya. 

Jom layan resepi yang saya guna hari ini. Video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba...



Shrimp and Mushroom Alfredo Juita Amanda

Bahan bahan:
300 gram pasta linguine
30 gram mentega
15 ekor udang - buang kulit
1 paket cendawan shimeji
½ biji bawang besar kuning - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1/3 cawan susu segar
2 cawan whipping cream
1/3 cawan parmesan cheese
Garam
2-3 sudu besar minyak masak
Serbuk lada hitam
Paprika
Parsley

Cara cara:
Panaskan air secukupnya. Masukkan 1 sudu besar garam dan sedikit minyak. Bila mendidih, masukkan pasta. Masak selama 10 minit atau mengikut masa yang ditetapkan di pek pembungkusan. 


Udang digaul dengan ¼ sudu kecil garam, sedikit serbuk lada hitam dan paprika. 

Panaskan dua sudu besar minyak dan masukkan udang. Balikkan dan angkat. Masukkan pula cendawan dan kacau seketika. Angkat dan ketepikan. 



Buang minyak tadi dan masukkan mentega dalam kuali yang sama, setelah mentega cair, masukkan bawang besar. Kacau rata. 

Masukkan pula bawang putih dan tumis lagi sehingga naik bau. 

Masukkan susu segar dan kacau rata sehingga sedikit pekat. Masukkan whipping cream. Kacau sehingga hampir mendidih sahaja, terus masukkan pasta. Kacau rata. 

Masukkan udang dan cendawan yang telah digoreng. Kacau rata. 


Masukkan juga ½ sudu kecil garam, serbuk lada hitam dan tabur dengan parsley. Siap untuk dihidangkan.



Catat Ulasan for "Shrimp and Mushroom Alfredo Juita Amanda"