Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Udang Sedap Meletop



Saya masa kecil kecil dulu selalu makan udang galah yang dimasak gulai. Gulai tu macam masak lemak lah kalau di tempat lain. Udang galah yang ditangkap sendiri oleh arwah ayah di sungai belakang rumah kami. Tak pernah makan udang laut. Bila dah kawin, barulah merasa makan udang laut. 

Kalau udang, saya lebih suka masak lemak atau goreng goreng garam kunyit sahaja. Tapi sekali sekala, saya masak kari. Untuk menukar rasa, lagi pula masak kari ini versatile, sesuai untuk semua jenis bahan masakan ikan daging ayam makanan laut. 

Terpulang kepada citarasa masing masing, saya suka kari yang sedikit masam. Ala ala kari restoran nasi kandar. Jadi lebihkan asam keping atau pes asam jawa.


Saya tak pasti dengan orang lain, tapi tekak saya memang tak suka bau dan rasa hanyir. Walaupun udang laut, kadang kadang saya boleh rasa hanyir. Jadi jika suka, saya goreng seketika udang, angkat dan ketepikan. Jadi bila dengan kita goreng, udang juga tak kecut kerana kita masukkan dalam kari sejurus sebelum ditutup api. 

Nak bagi lagi cantik, minyak lebihan menggoreng udang, dituang ke dalam kuah kari. Bab ini adalah opsyenal. Memasak ini seperti berkarya di dapur, jadi gunalah kreativiti masing masing mengikut kesukaaan dan tekak sendiri.  

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 



Kari Udang

Bahan bahan:
330 gram udang
1 pek rempah kari udang
¾ kotak santan kotak
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 pelepah daun kari
7-8 biji kacang bendi
½ biji bawang besar - hiris
Garam
½ cawan minyak masak

Bahan hiris:
4 biji bawang merah - saiz besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur dan masukkan bahan bahan hiris. Tumis sehingga wangi.

Masukkan cili kisar dan kacau sehingga masak sedikit. Masukkan serbuk kari dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan sedikit air supaya tidak hangit. Masukkan daun kari. Kacau sehingga terbit minyak.

Masukkan air lagi dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan rempah benar benar masak.

Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan santan dan setelah mendidih, masukkan udang.

Kacau rata sehingga kuah hampir terbit minyak, masukkan kacang bendi dan garam secukupnya. Bolehlah tutup api.


Nota:
Udang boleh juga digoreng seketika. Angkat. Untuk kuah yang cantik, boleh tuangkan sedikit minyak menggoreng udang ke dalam kari yang telah siap dimasak.


1 ulasan for "Kari Udang Sedap Meletop"