Selasa, 6 Oktober 2020

Pisang Goreng Rangup Krup Krap



Dua minggu lepas saya mengikut Nana ke Port Dickson di mana kami tinggal di Villa Tasik yang saya sangat suka. Kenapa saya suka? Pertama kerana villanya sangat ringkas dengan peralatan dan perabut yang simple sahaja. Di bahagian bawah cuma ada set kerusi di ruang tamu dan kabinet kecil untuk memanaskan makanan. Sebelah belakang, ada pintu kaca besar yang kelihatan swimming pool kecil. Jadi rasa sangat tenang dan merehatkan.

Oleh kerana jauh dengan pantai, kami telah ke Pantai Cahaya Negeri di mana Nana ingin membawa Ammar mandi laut. Sementara menunggu mereka bermain air laut, kami duduk di atas pantai yang dibentangkan tikar getah.

Hubby memberitahu ada macam kutu terbang yang menggigit. Bila saya perasan dan memukulnya, kelihatan ada kesan darah. Maknanya benda terbang tadi menghisap darah. Jadi saya terus bangun dan berjalan ke tempat parking kereta. 

Sebaik tiba di rumah keesokannya, sungguh terkejut bila melihat betis hunby yang penuh dengan merah merah yang bengkak dan gatal. Ketika itu, baru saya perasan ada beberapa kesan gigitan di kedua dua tangan saya juga kesan dari gigitan kutu di tepi pantai. 

Hubby terus ke klinik dan barulah kami tahu ianya adalah sand fleas. Syukur kerana Ammar tidak kena gigit kerana dia bermain laut dan sebaiak naik, terus di bawa bilas dan menyalin pakaian di tempat parking kereta. 

Aween yang ke pantai Port Dickson bersama kawan kawannya sehari selepas kami ke sana juga mendapat banyak kesan gigitan sand fleas di betis.

Saya seumur hidup tidak pernah tahu berkenaan sand fleas walaupun dari kecil selalu bermain di tepi pantai. Saya dulu selalu ke pantai menunggu nelayan naik dan kadang kadang saja duduk di atas pasir merenung lautan yang membiru. Tapi tak pernah tahu semua ini. 


Pesan saya, jangan bermain pasir pantai terutama di Port Dickson kerana bila kena ni sangat gatal dan meninggalkan kesan merah serta berparut yang agak lama untuk hilang. Ada yang menulis kesan gatal ada sehingga dua tahun. Masya Allah. Semoga saya dan suami serta mereka yang terkena gigitan sand fleas diberi kesembuhan yang cepat. Ok setakat ini dahulu semoga dapat disampaikan pesanan ini pada rakan rakan dan saudara mara.

Semasa bersarapan di Kg Sungai Pencala, saya beli sesikat pisang raja dan pisang berangan. Kalau pisang raja, yang pasti terlintas di kepala ialah untuk digoreng. Jadi saya pun goreng sesikat pisang ini. Makan panas panas dengan kopi O panas, memang sangat sedap. 

Secara jujur saya masih mencari resepi bancuhan pisang goreng yang kekal rangup dengan lama. Bancuhan yang saya gunakan ini juga sangat rangup tapi tidak lah kekal rangup lama. Jadi kalau ada yang tahu tips untuk ianya kekal rangup, bolehlah share dengan saya. Semoga sama sama mendapat manafaat.  

Jom layan resepi dan cara penyediaannya. Jangan lupa video penyediaannya juga di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Pisang Goreng Rangup

Bahan bahan:
1 ½ sikat pisang raja
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung beras pulut
1 biji telur
½ sudu kecil kunyit serbuk
Sedikit garam
150 ml air atau secukupnya – suka lebih serdak – cairkan adunan tepung

Cara cara:
Satukan semua bahan dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatan yang disukai. Jika suka serdak yang banyak, cairkan sedikit adunan. Begitu juga sebaliknya. 



Pisang dibelah dua atau tiga. Masukkan ke dalam adunan tadi. Salut rata.


Panaskan minyak dan digoreng sehingga garing dan keemasan, dibalikkan. Angkat dan tos.




2 ulasan

  1. Salam, Kak Azie..
    Boleh cuba tips 'gunakan air sejuk' untuk mendapatkan bancuhan tepung yang rangup. SY dah cuba, insyaAllah, jadi rangup bancuhan tepung tu. Air tu lagi sejuk lagi best rangupnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. air sejuk yang air ais atau air sejuk biasa. Boleh cuba. Ia rangup tapi tak tahan lama

      Padam

Add your comment