Khamis, 11 Jun 2020

Kerja Kerja Pengubahsuaian Di Villa Nur Qaseh


Kepada anda yang follow blog saya, pasti anda tahu yang saya ada berkongsi kisah pembinaan rumah kami dari awal sehingga siap. Ada juga entri suka duka dan wajah wajah di sebalik pembinaannya. Boleh klik di SINI. Untuk 10 siri catatan pembinaan rumah kami, boleh klik untuk Part X di SINI

Seperti yang anda tahu, saya adalah anak kampung yang datang ke bandar untuk menggenggam segulung ijazah. Di universiti, ketika menginap di kolej ketiga Universiti Malaya, saya bertemu dengan suami saya yang merupakan senior saya. 

Dengan 5 orang cahaya mata, hidup dengan makan gaji amat mencabar kerana dalam masa sama, saya mahu anak saya merasai seperti rakan rakan sebaya. Dapat bercuti dalam dan luar negara, memakai pakaian berjenama sesuai dengan usia mereka serta hidup yang selesa. 

Jadi cita cita untuk menduduki rumah banglo bertambah kuat bila melihat ketidakselesaan anak anak di rumah teres dua tingkat kami yang lama. Itulah antara faktor yang kuat mendorong pembinaan rumah ini walaupun di saat mula membina, saya tidak menpunyai cash yang cukup di tangan. 

Ketika mengerjakan Haji, saya menangis dan memohon pertolongan Allah untuk membantu saya menyiapkan rumah ini. Itulah dengan rasa kerdilnya, saya merasakan rumah ini terbina dengan pertolongan Allah semata. Keajaiban yang berlaku setiap kali kami kebuntuan wang dan ditimpa masalah. Setiap kali ditunjukkan juga jalan penyelesaiannya. 

Sebenarnya jika diberi peluang kedua, banyak pengajaran yang saya pelajari dan boleh diperbaiki. Termasuk mengelak penipuan. Secara ringkas rekabentuk bumbung, bilangan pintu dan tingkap serta bilangan bilik air. Selain itu teknik dalam pembinaan seperti pembinaan kolam dll. Saya akan menyentuh bab pengajaran ini dalam entri akan datang, jika saya berkelapangan, Insya Allah. 

Hari ini saya ingin kongsikan bab renovation yang kami lakukan hari ini. Setelah hampir 10 tahun berpindah masuk, inilah kerja pengubahsuaian paling besar yang telah kami lakukan di dalam rumah. Saya telah beberapa kali membuat repair pada kolam ikan yang bocor tapi ianya kerja di luar rumah. Jadi tidaklah sangat mengganggu kehidupan seharian. 

Tapi masih memeningkan kerana kolam saya pun masih bocor sehingga kini. Saya telah menghabiskan berpuluh ribu atas jaminan mereka akan membuatnya sehingga tiada lagi masalah kebocoran. Tapi tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Masalah lantai rumah kami bermula sewaktu masih dalam pembinaan bila render dan tile ditipu oleh kontraktor Indonesia yang saya upah untuk memasang tiles. Mereka ingin mencepatkan kerja, mereka hanya meletakkan pasir yang digaul dengan simen tanpa dibancuh dengan air. 


Selepas meratakannya, mereka akan merenjis membasahkan dengan air dan meratakan permukaan atas dengan air simen. Saya pun tidak menyangka budak budak ini akan menipu saya kerana saya melihat cara mereka membuat render lantai rumah jiran sebelum kami enggaged mereka. Mereka orang Islam tapi sanggup menipu tanpa memikirkan kesan penganiayaan pada saya.

Rahsia penipuan terbongkar apabila seorang pekerja mereka berhenti. Nasib baik saya ada meminta nombor handpphone beliau. Saya menelefon untuk mengetahui kenapa dia berhenti kerja. Saya melihat hasil kerja pemasangan tile beliau cantik. Itu sebab saya telefon. 

Ketika menelefon baru saya dapat tahu cerita sebenar yang beliau tidak sanggup bersubahat dengan penipuan. Katanya di bahagian dapur kering rumah saya, dia bertegas untuk melakukan dengan sepatutnya sehingga dimarahi oleh kepala kontraktor. Dia memberitahu saya dalam masa enam bulan, tiles di lantai rumah saya akan timbul. 

Waktu rehat tengahari, saya terus mengajak suami menjemput saya dari pejabat ke sini. Tak sanggup untuk menunggu selepas waktu pejabat. Bila saya mengetuk lantai yang ketika itu telah dipasang tile dengan menggunakan kayu, Masya Allah berbunyi seolah lantai kosong. Kontraktor untuk lantai tersebut telah lari. Saya terpaksa mengupah pekerja lain untuk memecah dan mengetuk lantai di semua tingkat atas dan bawah. Kos untuk memecahkan lantai sangat mahal kerana susah dan lama. Memang sangat memenatkan. Macam kerja buruh kasar. Saya pula membayar gaji pekerja secara harian. 

Jadi saya mengagak masalah tiles saya hari ini ada hubung kait dengan masalah render yang lama. Tak sampai 2 tahun selepas berpindah masuk, lantai tiles kami mulai timbul dan pecah. Pernah cuba baiki tanpa perlu menukar keseluruhan lantai. Tapi tidak berhasil. Maklum lah design tiles yang sama tidak ada lagi. Boleh klik di SINI

Saya sangat sedih dan kecewa. Untuk membaiki lantai, bukan sahaja menelan belanja yang banyak tapi juga sangat remeh kerana habuk dan terpaksa memindahkan perabut. 

Lama bertangguh tangguh kerana memikirkan masalah ini semua. Kerja menukar lantai ini dibuat selepas Hubby memanggil kontraktor untuk melihat masalah dinding yang menggerutu seolah lembap. Pernah kontraktor Melayu cuba repair tapi tak menjadi. Bila melantik kontraktor Cina ini, dia sendiri yang melakukannya dengan bersungguh sungguh mencari punca dengan menebuk dinding dan lantai.

 Akhirnya masalah dinding menggerutu di ruang tamu ditemui dan diselesaikan. Hubby dan anak anak juga bersetuju untuk memasang diamond mirror di dinding yang ditebuk. 


Jadi saya menyuarakan, kenapa tidak sekali dibuat penukaran tiles. Hubby terus memanggil beberapa kontraktor untuk membuat sebut harga. Bila akhirnya suami dapat mencari kontraktor untuk menukar lantai, tanpa mahu menangguh lagi, kami reda untuk mengharungi detik rumah berhabuk. Tanpa berfikir panjang, kami mengemas dan kerja menukar lantai dimulakan. 

Masya Allah sangat berhabuk walaupun laluan ke ruang tamu, dapur dan bilik ditutup sepenuhnya dengan plastik. Untuk ke dapur, kami terpaksa keluar rumah dan masuk ikut sliding door di dapur kering. 


Walaupun ditutup, habuk masih terbang ke atas dan turun melalui tangga untuk ke ruang tamu. Pendek kata habuk tak dapat dielakkan. Habuk masuk sehingga ke bilik tidur saya dan anak anak di tingkat atas.  



Jadi sesiapa yang ingin membina rumah sendiri, kena lah tahu sedikit sebanyak bab lantai dan cara pembinaan yang sepatutnya. Jika menggunakan khidmat kontraktor, jangan diserahkan pada mereka semata mata. Kelak kita akan ditipu. 

Malahan semasa pembinaan konkrit untuk lantai juga, harus dipastikan pemasangan plastik untuk mengelakkan wap dan kelembapan pada permukaan lantai. Bawah tanah juga ada tekanan angin. Boleh baca di SINI.

Alhamdulillah tak sampai seminggu, kerja kerja penukaran lantai telah dapat disiapkan. Hasil kerja yang cantik dan bersih. Selepas kerja mereka akan menyapu dan mengelap.  Semuanya ikut tokey. Ikut pengalaman lepas, ada pekerja Indon yang lalu lalang atas karpet Persian saya tanpa ada rasa nak tarik atau lipat sehinggalah saya terpaksa menegur.  



Rasa sangat lega dan bersyukur kerana sekurangnya tiada lagi masalah lantai timbul dan pecah. Yang akhirnya ialah bermula lah kerja lap mengelap yang sangat memenatkan. Saya terpaksa ikut sama bantu mengelap habuk yang melekat di celah celah pagar di tingkat atas dan tangga. 


3 ulasan

  1. bertuah Azie dapat rumah besar....suka tengok

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah puan Azie..keperitan dan kegembiraan puan dapat saya rasa bila baca dr 1st ep bina rumah puan.. Tgerak hati nk komen sebab sy hanya tinggal di rumah teres tp sy melalui proses pengubahsuaian rumah kami yg mana suami..Sy dan anak2 kami usahakan sendiri.. Buat bajet..beli kayu di sawmill.. Bancuh simen dengan batu pasir.. Sakit badan sampai sminggu.. Pasang tiles.. Pasang bumbung.. Mgecat..mcm2 proses etc.. Penat.. Masha allah.. Subhanallah.. Allahuakbar.. Semua kami rasa dr pecah rumah.. Bhabuk.. Sebab skali nk upah org..kos yahudi.. Sy juga dr kelantan yg smangat n jiwa tu lebih dr kudrat sbenarnya.. Skali lg syabas n tahniah drp saya..

    BalasPadam
  3. Salaam
    Dipermukaan tanah sblm letak screed letak plastic plastic .base brick wall diletak dpc same level with floor so dampness tak masuk Dalam rumah.
    notably contractor UK msia world wide..penipu..

    BalasPadam

Add your comment