Sabtu, 8 September 2012

Part X: Laman Kesayangan Villa Nur Qaseh



Hmm bila dikenangkan kembali ketika kami mula menanam pokok pokok di laman ini, terasa seperti tidak percaya yang ianya telah menghijau umpama taman yang disaksikan di dalam majalah dan TV. Haaa perasaan. Nanti dulu, nanti dulu... baca dan ikut gambar gambar yang akan saya paparkan di bawah ini. 

Memang umpama mimpi dalam mimpi lah. Tengok gambar Hubby sedang menanam anak pokok frangipani  yang dibeli dengan harga RM50 sepokok. Itu pun selepas survey merata tempat dan membaca di merata majalah untuk mencari warna frangipani yang cantik mewangi yang saya akan sentiasa tersenyum gembira setiap kali memandangnya. 

Teringat saat saya menghadiri conference di Bali. Pokok frangipani adalah pokok utama yang ditanam di sekeliling laman hotel. Wangi dan terasa seolah seperti seorang puteri yang sedang bermain main di laman dek semerbak kewangiannya...




Berbalik pada pokok frangipani kami, kalau dibeli pokok yang sudah besar, tentu harganya mahal dan ada yang mencecah sehingga RM6000 terutama pokok yang mempunyai batang besar dan berbentuk unik. 

Walau bagaimana kaya sekali pun, hahaha jika kaya lah, saya tak mungkin membeli pokok sebegitu harganya. Tiada kepuasan dan tak  thrill langsung lah. Jadi saya beli benih yang anak sahaja. Itu sebab saya perlu tanam awal supaya bila kami berpindah masuk, pokok frangipani ini sudah besar merendang. Alhamdulillah, ternyata keputusan saya tepat sekali.





Sebelum ditanam rumput, diletakkan selapis tanah pasir untuk meratakan permukaannya. Jangan lupa di bawahnya diletakkan juga batang paip untuk mengalirkan air keluar bagi mengelakkan air bertakung terlalu lama sehingga merosakkan rumput. Kiranya seperti water outlet. 






Dah tanam rumput, ada yang memberi quotation sehingga RM16K sebagai yang paling murah, Usahkan sebanyak itu, kalau RM1600 pun saya tak mahu kerana bukan cara saya untuk mendapat sebuah taman idaman dengan hanya menunjuk seperti membeli lauk di bazar ramadhan. Itu bukan saya. Bukan Che Mek Kelantan lah kalau gitu. 

Akhirnya saya dapat rumput ini secara percuma sahaja menggunakan rumput lebihan projek perumahan berhadapan rumah kami. Rezeki namanya tu. Cuma saya membayar gaji harian pekerja untuk menanamnya. 

Hati sungguh puas walau ada yang mengatakan apalah rumah banglo besar hanya tanam cow grass. Ini adalah rumput pilihan saya bukan kerana ianya free. Saya mahukan rumput yang saya tak akan merasa sakit hati, membuat saya tenang. Rumput yang low maintenance.

Merata tempat saya berjalan dan pusing pusing serta membuat research termasuk menulis meminta nasihat dalam majalah LAMAN sebelum membuat keputusan. Saya seorang yang sangat praktikal, beli rumput carpet, rumput mutiara atau rumput philipphine yang hanya cantik selepas beberapa bulan ditanam tapi selepas itu, oooh sakit mata dan sakit hati. Ohhh tidak tidak tidak ...meroyan saya nanti. Kalau rumput cowgrass ini, saya masih boleh berkompromi kerana tidak meletakkan high expectation padanya....





Setelah hampir setahun, inilah hasilnya. Tanpa khidmat tukang kebun, semua dilakukan sendiri. Jadi kami gembira kerana ianya adalah setimpal dengan usaha dan kos yang kami belanjakan untuk taman ini.





Haaa ini lah laman kami yang terkini yang turut dimuatkan di dalam beberapa majalah. Hmmm bukan sebab cantik tapi sebab keunikan usaha dan penghasilannya kot... Agaknya lah.. 




Di hari minggu, anak bongsu saya akan mengajak saya bersiar siar di laman sambil bertukar tukar fikiran, apa lagi yang perlu dilakukan. Jika saya rajin, saya akan membawa bersama gunting untuk trim mana mana yang patut. Bersiar siar di laman yang mewangi umpama taman tempat puteri raja dalam filem melayu dulu bermain main bersama dayang dayang... Ambooi...





Semuanya terhasil dengan usaha dan titik peluh sendiri. Alhamdulillah bersyukur kerana telah berhasil walapun melalui pelbagai kepayahan. Boleh rujuk catatan Part IX sebelum ini di SINI... 

Juga jangan lupa untuk entri wajah wajah cinta semasa pembinaan yang saya abadikan di SINI. Wajah wajah yang menjadikan impian sebelumnya sebagai satu realiti.

Dengan ini juga berakhirlah siri catatan pembinaan istana cinta kami, Villa Nur Qaseh. Ianya adalah catatan kenangan suka duka, juga untuk rujukan di masa akan datang. Semoga bermanafaat. Update: Boleh rujuk entri pengubahsuaian yang dilakukan selepas 10 tahun di SINI.


13 ulasan

  1. Azie,

    Cantik sangat. Patutnya Azie duk sebelah tu !Nampak kemas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Ju, saya ada dlm gambar tu. invisible

      Padam
  2. salam kakazie..mmg seronokkkan dapat laman luas cenggini..kalu saya mmg langsung x tau nk bercucuktanam..mau penuh ngan lalang la pulak..hahaha!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina, laman kami ada juga tumbuh rumput asing tu sebab kita bukan ada gardener. Ada pulak 6 bahagian laman yang terpisah.

      Padam
  3. cantiknya halaman rumah kak azie... FnF pun ada beli tanah untuk bina rumah dekat dgn tmpt kerja di Pekan tapi x tahu la mampu ke nk buat halaman secantik ni... tgn kami dua2 panas...tanam pokok x mo hidup...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa, sama jer. Prinsip saya, jgn putus asa. Kalau mati, tanam lagi.

      Padam
  4. Betul kak zie,hasil tangan sendiri lg puas hati kan...suka tgk laman akak.Relaxing n cool sahaja..Tanah keliling rumah saya pun luas,open concept gitu..hubby tanam pokok cempaka,letih pulak menyapu daun kering hari2.Saya pun ade terbaca kisah akak di majalah nona...cantik rumah dan perhiasan dalaman akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noraini, kita anggap menyapu daun gugur dan trim pokok pokok sebagai exercise utk mengeluarkan peluh jer. Lebih puashati jika dpt dilakukan sendiri wp tak secantik jika mendapat sentuhan pakar landskap.

      Oh ada baca dalam NONA ya. Terima kasih

      Padam
  5. slm....
    cntiknya halaman rumah hihi~ nk bersantai sesama family pon tenang jer kan

    BalasPadam
  6. cantiknya rumah akak..=)

    BalasPadam
  7. Cantik dan kemas, pada saya tiada istilah rumput mana lagi elok dan rumput mana yang tak elok. Cow grass pun sakit kepala kalau tak dijaga. tiap2 jenis rumput ada kelebihan tersendiri. Dari segi kualiti rumput saya lagi prefer rumput mutiara . Cow grass cepat tumbuh , kalau tak takder la namanya rumput lembu. Kalau tak dijaga , rumah puan akan menjadi padang ragut. mungkin lepas ni boleh buat kandang lembu kat belakang (hehehe saja melawak). Kalau ada tukang kebun (sila abaikan kenyataan saya)

    BalasPadam
  8. tenang dan damainya ada laman macam ni..
    ni salah satu my wishlist... nk ada laman yang cantik.. tp baru start nk buat edible kitchen.. kecik sgt lamannya.. tp i got some ideas from this.. tq..tq..

    BalasPadam

Add your comment