Sabtu, 30 Mei 2020

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Saya tidak pasti dengan orang lain tapi pada saya Hari Raya Aidil Fitri tahun ini yang diraikan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana penularan wabak Covid 19, yang sangat seronok dan membahagiakan. 

Saya tidak perlu memikirkan juadah dan lauk pauk untuk tetamu tetapi hanya juadah untuk dimakan suami dan anak menantu sahaja. Lebih relax dan lebih santai. Lepas makan, boleh berehat rehat sambil tengok televisyen. 

Tak perlu nak rushing untuk balik kampung dsb. Saya boleh beraya dengan tenang. Maklumlah selepas sebulan berpuasa, tiba masa untuk kita berehat sambil menikmati juadah raya. Kalau biasa, masak banyak banyak dan selepas solat raya bergegas nak balik kampung. Tinggalkan semua makanan yang dimasak di rumah sehingga malam.  

Saya dan famili juga tidak membuat baju baru pun. Semua dipakai apa yang ada. Buka wardrobe dan cari apa apa yang matching. Nasib baik ada tudung, handbag dan kasut yang matching. Suami dan anak anak pun pakai baju yang sedia ada juga.

Kuih muih raya juga yang simple simple yang mengikut selera anak anak. Semuanya berasaskan cornflakes dan rice puff sahaja. Tak perlu banyak banyak kuih. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi biskut raya yang disediakan anak anak iaitu chocolate rice puff.  

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Biskut raya ini sangat mudah. Sekadar bancuh dan kacau rata. Masukkan dalam paper cup dan siap. Mudah. Bahan mudah, menyediakannya juga sangat cepat dan yang paling penting sedap dan memenuhi citarasa anak anak. 

Jom layan resepi dan penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Chocolate Rice Puff
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram rice puff/coco puff
450 gram dark chocolate memasak
125 gram almond nibs 

Cara cara:
Cairkan chocolate memasak dengan kaedah double boiler. Setelah chocolate cair, disejukkan seketika. 

Setelah sejuk, masukkan almond nibs yang telah digoreng tanpa minyak dan gaul rata supaya bergaul rata dengan chocolate. 

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Akhir sekali, masukkan rice puff dan gaul rata. Sudukan ke dalam bekas cawan dan sejukkan di dalam peti sejuk. 

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Chocolate Rice Puff Yang Sedap

Chocolate Rice Puff Yang Sedap


1 ulasan

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Add your comment