Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Milo Yang Sedap

Agar Agar Milo Yang Sedap

Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Suasana beraya yang sangat berbeza pada tahun ini kerana kita masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat. Aktiviti dalam sektor ekonomi telah dibuka. Tetapi kita semua masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid 19.

Hmm tapi sedih juga bila mendengar berapa ratus kereta telah ditahan dan diarah berpatah balik kerana cubaan untuk melakukan rentas negeri. Mungkin berhajat untuk balik kampung. 

Sedih kerana ada yang masih engkar pada arahan yang tidak membenarkan perjalanan rentas negeri. Jika benar benar menpunyai keperluan penting, boleh memohon kelulusan dari pihak polis tapi kalau sekadar untuk balik kampung, memang tidak wajar sekali. 

Begitu juga dengan hari raya ini, sehingga kan polis akan melakukan pemeriksaan di kawasan perumahan. Kenapa perlunya polis berbuat demikian? Jawapannya tidak lain ialah kerana orang kita memang suka melanggar arahan. 

Bukan tidak dibenarkan langsung untuk berziarah tapi ada SOP yang perlu diperhatikan terutama bilangan orang dalam rumah pada satu satu masa yang tidak melebihi 20 orang. Virus covid 19 ini sangat bahaya dan boleh membawa kematian. Malahan sehingga sekarang belum ada penawarnya. 

Jadi fikirkan bagaimana sedihnya cara pengendalian jenazah pesakit covid 19. Pasti kita tidak mahu ini berlaku dalam keluarga dan sahabat sahabat kita. Jadi sama sama kita menghentikan penularan virus ini. Kita tidak ada pilihan melainkan kita mesti menang. OK sekarang kita masuk pula bab resepi masakan.

Agar Agar Milo Yang Sedap

Sebenarnya memasak agar agar ini yang paling susah adalah untuk menganggar kan sukatan air atau cecair. Ada agar agar yang diberikan sukatan air di paket pembungkusannya.  Tapi agar agar yang saya gunakan hari ini, tiada maklumat tersebut. 

Banyak resepi dalam internet atau Instagram, hanya menyebut sepaket agar agar tali. Sedangkan agar agar tali menpunyai timbangan yang berbeza. Yang biasa kita temui ialah 18 gram, 20 gram dan 25 gram. 

Jadi hari ini saya mengagaklah sukatan air dan bahan bahan yang digunakan. Ianya juga berbeza mengikut brand agar agar. Agar agar saya hari ini lembut sehingga perlu dipegang dengan berhati hati, ia akan patah. 

Tapi saya suka kerana ianya lembut dan sedap dimakan. Laju jer lepas satu satu masuk mulut. Tapi jika kita sukakan agar agar yang kenyal, boleh dikurangkan air kepada 1200-1250 ml air. 

Manakala kemanisannya pun secukupnya buat saya. Jika suka manis, boleh tambah samada susu atau gula. Nama lagi kuih muih kan, kalau tak terasa manis tak sedap. Jom cuba untuk hidangan berbuka puasa. Menyediakannya pun sangat cepat. Yang penting, sedap.

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...


Agar Agar Milo Yang Sedap

Agar Agar Milo

Bahan bahan:
18 gram agar agar tali
4 mug air - 1400 ml
Sebesar ibu jari gula batu
¼ cawan gula
200 ml susu pekat manis
½ cawan milo
Sedikit garam

Cara cara:
Masak agar agar dengan air, gula batu dan sedikit garam. Bila agar agar hancur, masukkan gula dan kacau rata. Masak sehingga mendidih dan gula hancur.

Setelah mendidih, masukkan milo yang telah dibancuh dengan sedikit air panas dan susu pekat. Kacau rata sehingga mendidih. 

Agar Agar Milo Yang Sedap

Bolehlah diangkat dan ditapis ke dalam acuan yang disukai. Saya menggunakan loyang saiz 10''x7''. Sudukan keluar buih buih yang kelihatan di permukaan agar agar. Sejukkan. 

Agar Agar Milo Yang Sedap

Setelah sedikit mengeras, baru dipindahkan ke dalam peti sejuk. 

Nota:
Jika sukakan agar agar yang lebih keras dan kenyal, boleh dikurangkan air kepada 1200-1250 ml air.



3 ulasan for "Agar Agar Milo Yang Sedap"

  1. Kalau susu pekat tu tukar susu cair lain ke rasanya nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susu pekat rasa manis..susu cair lemak.je...😁

      Padam
  2. Kalau susu pekat tu tukar susu cair lain ke rasanya nanti?

    BalasPadam