Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Putih Labu Yang Sangat Sedap


Melihat gaya netizen menulis komen di social media sangat menakutkan. Bukan takut hantu tapi takut melihatkan manusia tidak takut membuat dosa sesama manusia walaupun telah dipesan dosa sesama manusia mesti diselesaikan dengan manusia sebelum mati. Haa macam mana tu? Ada masa ke bila kita tak kenal pun depa apalagi nak pergi jumpa.

Memang ada posting yang kadang kadang tak boleh diterima, tapi kalau tak ada peluang untuk buat pahala, dok diam diam supaya jangan buat dosa. Bukan sahaja orang politik, selebriti dan ahli perniagaan, hatta orang biasa pun mendapat pelbagai komen yang tidak terfikir akan ditulis oleh orang beragama Islam. Kalau nampak gambar profile, macam orang Islam. 

Tadi pun, bila saya tulis di Instagram berkenaan mati akal dok di rumah musim perintah kawalan pergerakan, ada yang mula salah sangka dan berpersepsi negatif seolah saya memandang rendah orang duduk di rumah kecil.  

Saya membayangkan betapa sukarnya mereka jika kena berada dalam rumah yang kecil dan mungkin bersempit sempit jika menpunyai keluarga yang besar. Saya tak pernah ke rumah PPRT tapi sahabat saya yang pernah ke sana memberitahu ruang keluarga sangat kecil. Memang saya bersyukur kerana Allah memberi rezeki seperti yang saya ada hari ini. Tapi saya tidak pernah lupakan orang yang susah. 

Setelah berhari hari, pasti mati akal. Itu lah ada yang keluar  rumah kerana rimas. Kita kena membayangkan kesusahan jika kita berada di tempat mereka. Bayangkan bagaimana rasanya bila beras dan makanan hampir habis, bayangkan macam mana rasanya bila perut lapar. 

Itu yang saya maksudkan. Kalau kita membaca dari sudut positif, kita tidak akan cepat melenting dengan mengatakan OK jer dok rumah PPRT. Jadi sebelum mengundang banyak salah faham dan persepsi negatif, saya edit lah post di Instagram saya. OK, cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan pula.


Masak lemak macam ni, memang ngam digandingkan dengan ikan rebus goreng. Saya goreng 4 ekor ikan pelaling rebus. Makan sampai menambah berkali kali. Kalau ada sambal pun sedap dan juga telur masin. Ini semua gandingan serasi dengan masak lemak putih.


Bagi anda yang tidak pernah cuba masak lemak stail Kelantan ini, bolehlah cuba. Sangat sedap bila kuahnya sebati dengan isi ikan rebus yang ditumbuk halus bersama bawang merah dan lada hitam. 

Kali pertama saya rasa masak lemak labu ini tersangat sedap. Ada yang tidak habis, saya simpan dalam peti ais. Keesokannya, saya panaskan dan hidang untuk makan tengahari. 

Seriously masih sedap. Kalau nak lagi sedap, masukkan pucuk labu sekali tapi sebab musim PKP ni, mana nak cari pucuk labu. Jadi saya masukkan sedikit sayur sawi bagi menambah warna pada masak lemak ini.  

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Masak Lemak Labu

Bahan bahan:
3 ruas buah labu
1 cekak sayur sawi - pucuk labu, lagi sedap
1 tangkai cili merah
250 ml santan kotak
Garam
Sedikit gula

Bahan tumbuk:
1 ekor ikan rebus
2 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam

Cara cara:
Satukan bahan tumbuk dengan air dan sedikit santan untuk menjadikan santan cair. Masukkan buah labu yang dipotong dadu. Masak sehingga labu empuk.



Setelah labu empuk, masukkan air dan santan pekat secukupnya. Kacau rata rata. 

Kemudian masukkan pula batang sawi dan setelah batang sawi hampir lembut, masukkan pula daun sawi dan cili merah.


Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.


1 ulasan for "Masak Lemak Putih Labu Yang Sangat Sedap"

  1. Sedap sangat2 kak azie! First time masak labu guna ikan rebus. Neves jugak tadi bila masak. Alhamdulillah bertambah tambah makan๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam