Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Kerapu Masak Kicap

Ikan Kerapu Masak Kicap

Hari ini 1 April 2020 ialah hari pertama fasa kedua negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Saya puji dan sokong dengan ketegasan pihak polis dalam mengawal pergerakan. Orang kita ni ada kurang dengar nasihat sikit. Jalanraya masih banyak kenderaan. 

Yang bukan essential service pun, sibuk nak ke pejabat. Masa ni lah nak tunjuk rajin. Yang kurang penting pun, sibuk nak keluar rumah. Sekadar nak beli barang, beli di kedai yang dekat dengan rumah. Beli barang sekadar boleh makan. Bukan hidup untuk makan pun. 

Geram juga rasanya. Kerana dengan adanya orang yang tak dengar cakap, akan melambatkan putusnya rangkaian virus covid 19. Maka akan lagi lama kita berada dalam PKP. Kita dah nak Ramadhan tidak lama lagi. Pasti akan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seperti Ramadhan tahun tahun lalu.

Semalam adalah hari yang sangat saya tunggu tunggu kerana ia merupakan hari yang kami telah melepasi 14 hari selepas balik dari program jalan jalan cari makan Pantai Timur dari 13 hingga 16 Mac 2020. 

Walaupun kami berhati hati dan mengambil langkah perlu untuk mengelakkan jangkitan, tapi tetap rasa bimbang. Kami tidak bersalaman antara satu sama lain, mengelap kerusi dengan dettol, sentiasa mencuci tangan dengan hand sanitizer sebelum naik dan turun bas  serta memakai mask di kawasan sesak. 

Hanya setelah melepasi tempoh 14 hari tersebut baru lah kami semua lega dan mengucapkan syukur. Kami sama sama update dalam group WhatsApp akan keadaan kesihatan masing masing. Alhamdulillah, semua sihat. Semasa kami ke sana, belum ada larangan pun. Malahan belum ada kes kematian pun dicatatkan di negara ini. 

Ikan Kerapu Masak Kicap

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang mudah iaitu ikan masak kicap. Boleh guna ikan apa apa pun. Saya guna ikan kerapu. Masa PKP seperti ini, kita belajar masak simple simple jer. Kita masih lagi menpunyai 2 minggu untuk melalui PKP. 

Sepanjang tempoh PKP, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan kita supaya menjaga kesihatan dan pemakanan. Mereka yang berisiko tinggi ialah yang menpunyai masalah darah tinggi, kencing manis dan jantung. Jadi beliau menasihatkan supaya melebihkan pengambilan sayur sayuran dan buah buahan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, manis dan masin. Jadi masak kicap ikan ini sangat sesuai kerana tiada penggunaan santan, kurang lemak.  

Tak lama lagi Ramadhan akan tiba, kalau keadaan masih belum pulih sepenuhnya, kita bolehlah memasak sendiri juadah untuk berbuka dan bersahur dengan lauk pauk simple seperti ini. Kalau pun bazar Ramadhan ada, kena berhati hati kerana virus covid 19 juga berjangkit melalui sentuhan. Bayangkan keadaan di bazar yang ramai orang. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Ikan Kerapu Masak Kicap

Ikan Kerapu Masak Kicap

Bahan bahan:
1 ekor ikan kerapu
½ biji bawang besar Holland
½ tangkai cili merah - hiris
1 batang daun ketumbar/daun sup
Kicap lemak manis secukupnya
Garam - jika perlu

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ tangkai cili merah

Cara cara:
Ikan dilumur garam dan serbuk kunyit dan digoreng. Angkat dan ketepikan.

Ikan Kerapu Masak Kicap

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan kicap dan garam secukupnya. 

Masukkan bawang besar dan cili merah yang dihiris. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan tabur dengan daun sup/ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.


Catat Ulasan for "Ikan Kerapu Masak Kicap"