Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari 1: Bangkok Kami Datang



Selepas balik dari program JJCM Utara dengan geng Alumni ETHICA di SINI, kami merancang untuk percutian ke Bangkok. Alhamdulillah dipermudahkan kerana Datin Setia Nursinah telah volunteer untuk membelikan tiket untuk semua. Jadi bila urusan pembelian tiket, boleh dikira semua urusan seolah selesai. 

Semua urusan ground diuruskan oleh sahabat kami Finar yang seterusnya mengaturkan tour guide sepanjang di sana. Tour guide kami bernama Anas memang sangat cekap dan effisien dalam menjalankan tugas beliau. Jika berhajat untuk ke Bangkok, boleh hubungi beliau di +66988966938. 

Seramai 9 pasangan ikut serta kecuali kami yang membawa Aween bersama. Dia baru habis exam dan tahun depan, beliau tidak dapat ikut kami bercuti. Jadi kali ini, saya terpaksa membawa dia sekali sebab telah lama dia tidak bercuti luar negara. Keseronokan bercuti bersama kawan kawan yang dikenali sejak zaman muda remaja memang tidak dapat digambarkan. 

Kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 8.00 pagi. Kami terus ke Old Town Coffee untuk bersarapan bersama Medina yang ikut menghantar kami. 

Selepas sarapan kami berjalan untuk check in. Proses check in agak lancar dengan tidak perlu beratur panjang. Selepas melepasi pemeriksaan bag, kami berjalan masuk dengan berhenti di beberapa tempat sambil menunggu kawan kawan singgah untuk minum atau ke bilik air. Kami kemudian duduk di tempat menunggu di hadapan pintu pelepasan Q15. 


Kami mengambil penerbangan Air Asia FD312 ke Don Muang Bangkok International Airport. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam. Kami dijemput dengan bas 2 tingkat yang sangat selesa dengan bahagian bawah yang luas dan menpunyai 2 meja.




Kami kemudian di bawa ke Nouvo City Hotel untuk makan tengahari di Canal Restaurant yang merupakan antara restoran halal di Bangkok. Makanan di sini sangat sedap. Kebetulan, saya belum betul betul sihat jadi selera makan juga belum sepenuhnya baik. Jadi saya hanya banyak makan dessert. 




Yang paling saya suka ialah agar agar dalam bentuk bunga yang sangat cantik. Ala ala bunga matahari pun ada. Sebab sangat kena dengan selera, saya siap merisik risik resepi. Nasib baik ada yang pandai berbahasa Melayu. Katanya agar agar tersebut dibuat dari telur dan air kelapa. Insya Allah boleh cuba nanti. 

Selepas makan, kami bergambar di depan hotel sementara menunggu bas datang. OK kita sambung untuk aktiviti pertama iaitu river cruise di entri akan datang.




Catat Ulasan for "Hari 1: Bangkok Kami Datang"