Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Saya tidak pernah jemu dengan nasi goreng. Ada pelbagai cara, pelbagai rasa. Semuanya boleh dipelbagaikan supaya tidak lah kita hanya makan sejenis nasi goreng jer setiap hari. Kena kreatif dalam memasak supaya rasa dipelbagaikan. 

Cara dan teknik memasak nasi goreng juga akan menentukan jika nasi goreng kita lebih sedap. Minyak kena betul betul panas sehingga mungkin kelihatan berasap. Api kena besar barulah nasi akan garing, bau wangi dan kelihatan keluar asap. Telur kena betul betul masak supaya tiada bau hanyir. Semua ini hanya membezakan sahaja. Bukan bermakna kalau tak ikut macam ni, nasi goreng tak menjadi. 

Tunggu saya akan menyediakan nasi goreng yang diajar oleh Encik Aziz, owner gerai Pak Tehtuu. Beliau tidak lokek pun untuk mengajar saya bagaimana cara dia menyediakan nasi goreng. Sebenarnya tak perlu bimbang jika kita mengajar orang lain, rezeki akan berkurangan. 

Ini adalah kerana air tangan berbeza walaupun menggunakan resepi yang sama, hasilnya belum tentu lagi sama. Keduanya, walaupun dah tahu resepi tapi sekadar nak makan sepinggan jer, baik beli di kedai. Lebih lebih lagi kalau bahan bahan untuk memasak tak cukup di dalam peti ais. Setuju tak? Haa kalau setuju, tak perlu lah nak block orang itu ini takut tiru resepi kita. 

Apa yang ada di dunia ini tidak akan memberi manafaat melainkan kita menjadikan ianya bermanafaat di akhirat. Niatkan segala apa perbuatan kita di dunia untuk akhirat. Contoh, tak salah nak kejar populariti, nak cari follower. 

Semuanya boleh, jika kita memanafaatkan untuk akhirat seperti mahu membantu orang berniaga dsb, mahu berkongsi ilmu yang bermanafaat dsb. Yang perlu dijaga adalah sekeping hati. Hati mesti ikhlas, barulah apa yang dibuat memberi manafaat di akhirat kelak. OK cukup setakat ini dahulu, sekarang kita layan bab nasi goreng sardin pula. 

Nasi Goreng Sardin

Saya memang suka nasi goreng sardin. Lagi lagi kalau sardin tu ditumis garing supaya tidak terasa hanyirnya. Saya biasanya akan memasak nasi goreng jika terdapat lebihan nasi putih sebelah malamnya. Tapi dalam banyak banyak nasi goreng, saya lebih suka nasi goreng yang menggunakan bahan yang simple sahaja. Tak perlu daging, ayam atau udang bagai. Ada ikan sardin macam ni pun dah sedap. 

Jom layan resepi di bawah ini. Serta jangan lupa untuk subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk video penyediaan nasi goreng sardin di SINI. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Ikan Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih - 1 kg
1 tin sardin 
1/2 batang karot
1 mangkuk kubis - boleh guna kacang panjang 
3 biji telur
Garam

Bahan tumbuk kasar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar

Cara cara:
Gaul nasi putih dengan garam dan gula

Panaskan minyak dan 2 sudu besar minyak sapi. Tumis bahan tumbuk dan cili kering kisar sehingga terbit minyak. 

Masukkan isi ikan sardin. Kacau rata.

Nasi Goreng Sardin

Nasi Goreng Sardin

Masukkan karot dan kubis. Ketepikan, masukkan telur. 

Masukkan nasi putih. Kacau rata. Sesuaikan rasa garam. 

Nasi Goreng Sardin

Bolehlah angkat dan dihidangkan. 


1 ulasan for "Nasi Goreng Sardin"

  1. I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to understand. Unlike other blogs I have read which are really that good.Thanks alot! Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    BalasPadam