Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Sebelum kita masuk bab resepi ikan cencaru sumbat sambal, meh kita bercerita cerita dulu. Saya kalau stress sangat suka bershopping. Siapa yang ada perangai macam saya? Hahaha. Bahayanya jika stress jangan pergi window shopping. Sebabnya kita akan jadi terbeli. Tapi sekarang ini, tak perlu pergi shopping complex, semua ada dihujung jari. Berada seorang diri di bilik pun, saya boleh shopping.

Walaupun saya menpunyai duit sendiri, tapi saya sangat berhati hati dalam berbelanja terutama untuk diri sendiri. Saya akan sabar dan sanggup menunggu. Ada antaranya saya beli selepas dua atau tiga tahun berfikir samada hendak beli atau tidak. Ada ketika, saya terpaksa pejam mata untuk beli. Maklum duit sendiri hasil dari titik peluh sendiri. Saya tidak mahu membazir dan menyesal di kemudian hari.

Keadaan berbeza jika saya membeli untuk famili. Saya akan lebih mudah mengeluarkan duit asalkan mereka happy dan bahagia. Itulah yang saya katakan bahawa hidup saya umpama lilin. Saya ingin melihat mereka gembira.  

Ikan cencaru sumbat sambal adalah antara lauk kegemaran saya. Tak kiralah samada cencaru sumbat sambal atau cencaru sumbat kelapa. Boleh klik di SINI untuk ikan cencaru sumbat sambal kelapa. Kalau sekali sekala saya keluar makan tengahari di pejabat, saya akan memilih lauk ikan cencaru sumbat, pjaeri nenas dan telur masin. Ini lah lauknya yang tak bertukar tukar. Tapi saya sangat jarang keluar makan tengahari sepanjang saya bekerja walaupun pejabat saya berada di tengah tengah pusat bandar. 

Membuat sambal untuk disumbat ini umpama sambal belacan sahaja, cuma saya tak letak belacan kerana alahan dengan belacan. Jika suka, bolehlah diletak belacan. Jadi kalau sambal dalam perut ikan tu, tak perlulah masak sepenuhnya. Atau boleh juga sambal dimasak terlebih dahulu sebelum disumbat dalam ikan. Boleh klik di SINI.

Semuanya ikut citarasa masing masing. Saya tidak tetap dengan satu cara sahaja. Saya memasak ikut gerak hati, kalau rasa nak masak dulu sambal, saya masak dulu. Tapi saya suka jika sambal disumbat terus ke dalam ikan.  Boleh klik entri lepas di SINI.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Resepi mudah mudah dan diharapkan ianya dapat membantu adik adik dan anak anak yang baru berjinak jinak dengan dapur. Selamat mencuba...


Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan bahan:
1 ekor ikan cencaru - belah belakang
Serbuk kunyit - opsyenal
Garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang merah
Sedikit air asam jawa pekat
Garam 
Gula

Cara cara:
Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.

Kisar kasar bahan kisar tanpa air. Sesuaikan rasa, Sumbatkan sambal ke dalam perut ikan.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak di kedua dua permukaan ikan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Catat Ulasan for "Ikan Cencaru Sumbat Sambal"