Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap


Sup Ikan Merah Sedap

Sup ikan. Siapa suka makan sup ikan? Hmm ramai nyer yang suka sup ikan, hmm nyum nyum nyum lebih lebih lagi sup ikan merah. Masakan saya hari ini sesuai dan boleh dihidangkan sebagai lauk dalam pantang bagi wanita yang berpantang selepas bersalin atau selepas mengalami keguguran. Sebetulnya semasa zaman saya di kampung, saya tak ingat kalau pernah makan sup ikan. Makan ikan biasa biasa yang murah murah jer. Ikan kecik kecik macam ikan kembung, ikan tambang, ikan duri, selar kuning jer. Tapi sebelum masuk bab sup ikan atau sup kepala ikan, saya nak menulis sedikit tentang penyebaran maklumat. Zaman sekarang orang berlumba lumba membuat viral sesuatu maklumat. 

Saya nak kongsi intipati kuliah Ustaz Syed Norhisyam di surau tempat saya bekerja. Ianya berkenaan penyebaran maklumat di hujung jari tentang gossip, politik, lain lain cerita dan sebagainya. ada hadis zaman Nabi yang sangat sesuai dengan senario yang terjadi di zaman sekarang di mana maklumat tersebar hanya di hujung jari.

Maksud hadis adalah seperti cukuplah seseorang itu dianggap sebagai penipu apabila ianya bersifat mencerita semua perkara yang dia dengar. Dalam konteks ini, ianya termasuk dalam penyebaran cerita melalui group WhatsApp, facebook atau blog. Maksudnya apa yang didengar akan dicerita atau disebar balik pada orang lain. Tidak termasuk penyebaran cerita dari majlis ilmu atau penyebaran resepi yang merupakan ilmu masakan. 

Kenapa dianggap sebagai penipu? Sebabnya dalam semua perkara yang kita dengar, kita tak pasti samada semua yang didengar adalah maklumat yang sahih. Kita kalau nak menceritakan balik atau menyebarkan maklumat tersebut, kena lakukan dua perkara terlebih dahulu. Jangan berebut rebut mahu menjadi orang pertama yang menyebar maklumat yang diterima tanpa periksa ketepatannya. Inilah cara Islam manage informasi yang diterima sebelum kita ingin menyebarkannya supaya kita tidak mendapat dosa. Takut kita menjadi penyambung lidah fitnah atau lidah pengumpat. Maknanya kalau kita nak ceritakan balik, kita kena lakukan 2 langkah iaitu:

1. Tabayyun. Maksudnya ialah clarification. Memastikan kesahihan maklumat yang diterima dengan orang yang menpunyai authority. Ianya adalah berdasarkan Al Quran surah Al Hujurat ayat 6. 

2. Jika didapati maklumat yang diterima adalah sahih, maka langkah kedua ialah fikir samada wajar atau tidak untuk disebarkan maklumat tersebut. Kalau orang yang ceritanya disebar tak suka bila dia tahu apa yang kita sebar, maka ianya jatuh pada kategori mengumpat. 

Sekarang masuk balik bab resepi sup ikan. Resepi ini saya belajar ketika mengunjungi rumah sahabat kami di Segamat. Ikan yang sedap digunakan untuk membuat Sup ikan adalah ikan merah atau ikan jenahak. Yang lain saya tak pernah cuba. Kalau cari ikan merah, pastikan cari yang jenis lembut. Bukan yang bila dimasak akan menggeleding keras.


supikan.jpg


Saya memang kalau nak makan sup ikan akan memasak sendiri kerana menyediakannya sangat mudah dan ringkas tapi rasanya wallaaa sedaaap. Lebih lagi, sebab kita yang masak, pastinya terjamin kebersihannya. Lagi lah laju untuk kita ngap kan.

Jom layan resepi mudah tetapi sangat sedap tetapi sangat sedap. Jangan lupa singgah Instagram Azie Kitchen untuk melihat video. 


supikanmerah.jpg


Sup Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor Ikan Merah 
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji ubi kentang - jika suka 
1 batang karot - hiris nipis
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.




Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut. 

Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.





Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng. 


supikan.jpg

Selamat mencuba...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Sup Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap"