Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ujian Allah





Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian. Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. Ujian juga diberi kerana Allah sayangkan kita. Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan bentuk bentuk ujian Allah yang saya pelajari dari kuliah zohor oleh Ustaz Dr Ahmad Kamal Mohamed. Seperti sabda Rasulullah SAW "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat". Hadis oleh Bukhari. Allah mendatangkan ujian seperti berikut:


1. Kifarah. Ujian yang didatangkan untuk membersihkan dosa. 
Allah sentiasa melihat secara halus apa yg terjadi pada seluruh umat manusia. Kenapa kaum mukmin diberi sakit sebelum mati ialah supaya dosanya dapat dibersihkan sebelum bertemu dengan Allah. Sakit sebelum hendak mati adalah ujian untuk orang baik, sebagai peringatan kerana Allah tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja.

2. Bala. Ada ujian yang ditimpakan sebagai bala atau balasan. Ada orang jahat yang sentiasa melakukan kejahatan. Allah tak akan membiarkan mereka dengan kejahatan. Terdapat 2 jenis bala iaitu bala yang diturunkan secara umum di mana semua orang ditimpa bala termasuk orang yang baik. Manakala bala secara khusus pula, hanya untuk orang jahat. Sebagai contoh tempat kena tsunami, bangunan yang banyak kena ada tempat yang banyak dosa, rasuah, maksiat dan sebagainya. 

Contoh lain yang saya inginkan kongsikan di sini ialah berkenaan dengan kisah bekas Perdana Menteri Israel, iaitu Ariel sharon. Beliau adalah antara manusia yang sangat kejam dan banyak melakukan kejahatan dan pembunuhan. Ingat lagi tragedi pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 yang tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun ramai tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Antara kekejaman Ariel Sharon, ialah membunuh 2 kanak kanak warga Palestin dengan menembak dari jarak dekat (10 meter) di kem pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982. Ketika itu Sahron menjadi Menteri Pertahanan Israel. Perkara ini pernah dilihat oleh saksi, seorang pengarah filem dokumentari yang sedang membuat liputan dan pengambaran di sana.

Pada tahun 2006, beliau diserang angin ahmar dan koma sehingga kini. Namun begitu, Pakar perubatan mendapati otaknya masih menunjukkan banyak aktiviti dan masih mampu memproses maklumat. Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.

Selain Ariel Sharon, lihat juga apa yang terjadi kepada Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah dan Namrud yang dibunuh hanya oleh nyamuk. Dalam kes mereka, di dunia lagi telah ditunjukkan balasan, apalagi di akhirat. 

3. Iktidal. Ini pula adalah ujian Allah ke atas orang baik yang berbuat baik. Contohnya adalah para Nabi, para syuhada.  Jadi kepada orang orang beriman, ujian yang diterima bukan sesuatu yang negatif. Sebaliknya ujian yang diberi adalah kerana Allah sayangkan kita.

Semoga apa yang dikongsikan hari ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Ujian Allah"

  1. Thank you for sharing...Su pun dengar kalau ditimpa ujian redha dan banyakkan bersedekah lebih2 lagi bila ditimpa penyakit insya Allah akan dipermudahkan dan dihapuskan dosa2 kecil kita.

    BalasPadam
  2. salam kak Azie...ilmu berguna..tq share info, agar kita lebih tenang bila berhadapan dengan ujian..

    BalasPadam
  3. Hi Kak,

    Such a good article, I fully agree with it.

    Sally

    BalasPadam
  4. Salam. Sayangnya Allah pd hambaNya tapi kita ni kdg2 tak sedar semua dugaan yg diberi utk kita mendekatiNya selalu.
    Terima kasih kerana berkongsi ye Azie.

    BalasPadam
  5. Assalam Azie, tq ilmu yg berguna...semoga kite redha dn tenang menghadapi ujian dr Allah... zila66

    BalasPadam
  6. kisah sedih bumi Shatila dan Sabra pada tahun 1982 itu, hingga di abadikan dalam sebuah lagu
    sedih oleh kumpulan Harmoni (saudara Zubir Ali) sangat pilu sebab budak2 ....semoga kak Azie, terus dpt berkarya dgn pelbagai cerita untuk di kongsi...

    tks.
    lin, Johor Bahru

    BalasPadam