Percutian Indonesia Yang Tidak Dapat Dilupakan
Hmmm saja lah nak mengimbau kembali kenangan lampau yang tidak berapa manis. Sebenarnya setiap kali ada urusan ke luar negara, saya akan cuba mengajak hubby bersama. Lagi pulak, saya memang penakut tidur sorang sorang di bilik hotel. Jadi bila saya menghadiri seminar dan sebagainya, hubby puaslah bercuti dan meronda ke sana sini. Kalau ke mana mana dengan rakan sekerja, saya akan menumpang bilik mereka di waktu malam. Entah kenapa saya ni sangat sangat penakut, takut hantu. Isshh ni lah budak kampung yang asyik pasang telinga bila orang tua bercerita hal pelik pelik, maklumlah kampungkan banyak hutan dan pada masa tu, tak ada pun kemudahan elektrik. Bayangkan cerita hantu yang diceritakan oleh kakak saya, hingga sekarang pun saya masih ingat lagi.
Saya semasa kecil, kalau tak silap dalam darjah tiga nyaris terbakar apabila tilam yang saya tidur dimamah api tanpa saya sedari gara gara meletak pelita minyak tanah di atas tilam. Betullah budak budak ni akal pendek. Saya mula mula letak pelita di bawah katil sebelum dipindah atas tilam kerana takut sebab masih gelap. Kakak pulak masih nak study dan belum mahu tidur. Tapi itulah, arwah ayah sedikit pun tak marahkan saya walaupun rumah kami hampir terbakar gara gara saya. Bayangkan masa tu, arwah dan bonda saya mengangkat tempayan berisi air ke bilik saya untuk dipadamkan api. Berapa banyak sangat lah air yang ada dalam tempayan. Kerana panik, arwah ayah telah membuang pelita dan terkena pulak langsir pintu bilik. Masa tu, abang saya juga ada di rumah dan tolong sama memadamkan api. Saya pulak seperti budak mamai, macam tak tahu apa yang berlaku. Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur saya dengan tiada apa apa malapetaka menimpa. Eh eh meleret ke sini lak, yang sebenarnya nak diceritakan adalah saya ni penakut jer. Maaf ya, melalut pula, saya ni bila menulis, transfer terus dari kepala ke jari. Hahahaha. Jom sambung citer pasal percutian yang tidak dapat dilupakan.

Yang ini sebenarnya percutian yang saya sertai bersama satu syarikat jualan langsung. Semuanya ditanggung oleh syarikat, cuma perlu di bawa duit poket sahaja. Trip yang pertama adalah ke Bandung dan Jakarta dalam bulan Mac 2011 yang turut disertai oleh anak saya, Nellisa. Lawatan ke Bandung itu adalah lawatan yang kedua buat kami. Bila bercuti dalam kumpulan ni, memang seronoklah. Cuma saya kena banyak menunggu geng geng yang suka bershopping. Sedang saya pula memang tak minat dengan shopping barang barang begitu. Akhirnya saya dan Nelly akan menunggu sambil minum minum di kedai kopi. Satu malam, saya tak dapat tidur kerana perut kembung dan keesokannya kami bertolak ke Jakarta dengan bas. Bayangkan sepanjang perjalanan, saya hanya menjadi penunggu tandas. Ubat cirit birit yang dibawa tidak memberi apa apa kesan. Setiap kali singgah di mana mana gedung atau kedai atau kedai makan, saya akan duduk berhampiran tandas.
Selepas check in di hotel di Jakarta, saya memang sudah letih lesu. Keesokannya pagi pagi lagi Nelly menghubungi pihak hotel untuk membawa saya ke hospital bersama Kak Norehan yang juga senasib dengan saya. Sesampai di hospital, saya terus ditahan dan dimasukkan beberapa botol air. Nasib baik juga Nelly tidak kisah tidak dapat mengikuti rombongan berjalan jalan pada hari itu. Selepas balik dari hospital, kami tidur dan bangun sebelah petang, baru kami keluar untuk mencari makan. Kami mengambil teksi dan menuju ke Sendayan Mall. Semasa di sana sempatlah juga bershopping di Butik Zara dan makan Fatburger yang sangat sedap. Itu pun, masih berulang alik ke toilet. Tapi nasib baik sebab toiletnya sangat sangat bersih. Setiap kali selepas digunakan, akan dibersih sebelum diguna oleh orang yang berikut. Leka melihat anak anak gadis yang cantik cantik di mall yang terkenal untuk golongan kaya kaya itu. Cirit birit saya berterusan sehingga balik ke Malaysia. Sebaik tiba di rumah, saya terus di bawa ke Kota Damansara kerana hubby telah pindah semasa saya dan Nelly di Jakarta.
Memang tidak dapat dinafikan yang agak sukar mengikuti rombongan dengan orang yang tidak sama dengan kita terutama Nelly yang masih muda terpaksa mengikut rentak mak cik mak cik. Apa apa pun, yang saya nak ceritakan di sini ialah selepas balik dari Surabaya, saya mulai pening dan bersin bersin. Saya dibawa ke hospital dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Masya Allah tak pernah pulak terfikir yang satu hari, saya terkena jangkitan H1N1 yang menyebabkan saya ditahan di ward dengan tidak dibenarkan sebarang pelawat. Paling rimas bila terpaksa memakai mask sepanjang masa termasuklah waktu tidur. Anak anak yang datang melawat juga terpaksa memakai mask sehingga Aween dah gave up. Saya juga mudah sensitif bila melihat doktor dan nurse yang masuk ke bilik saya dengan memakai mask. Itulah kisahnya bila kedua dua lawatan yang tidak disertai hubby telah ditimpa dengan bermacam macam masalah. Yang seronoknya di Surabaya kerana pertama kali dapat ke ladang epal dan memetik sendiri buah buah epal. Hmm OK lah walaupun tak seperti epal di negara omputih.
Pendek kata saya kadang kadang merasa agak serik untuk bercuti ke Indonesia lagi. Lebih lebih lagi jika tanpa hubby di sisi. Lagi pulak anak anakpun sudah tidak mahu bercuti ke Indonesia.
Tiap kali bercuti keluar negara saya sangat risau dengan toiletnya... Seboleh2 saya tak ank pg toilet kecuali balik hotel... Tapi aklau dah sehari suntuk... Mesti kena pergi juga kan.... Dari indonesia juga saya kena jangkitan kulat.. Maybe dari mangkuk tandas kata dr.. Next percutian saya beli kertas untuk alas mangkuk tandas tiap kali saya ke toilet... Ellakan makan yg pelik seba kita tak tahu perut kita waktu tu...
BalasPadamCirit birit memang melemaskan.. Saya pernah kena tahun 2009 3 hari 67x sampai lembek tapi tetap xnak ke hospital.. Susah nak lari ke toilet dengan drip bagai.... He..he...
sy pegi bandung, dlm flight balik muntah yg x blh control.tp sy tetap suka nak ke sn lg. tp kena lbh berhati2
PadamVisit medan-North sumatera ya puan
BalasPadamKlik www.medanadventures.blogspot.com
Thank you for visit indonesia
BalasPadamsalam tuan dan puan
BalasPadamkami mohon maaf dan minta izin promotion
kami salah satuagency yang ada di padang bukittinggi west sumatera
yang memiliki legalitas yang sah
dengan ini kami menawarkan belbagai macam pakej percutian untuk information lebih lanjut sila hubungi di talian phone atau whatsapp +6282169960060 (edward ardy)atau sila tengok blog kami di www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
wassalam
terima kasih
(edward ardy)