Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Saya memang peminat no 1 karipap sardin, malahan apa apa kuih muih atau masakan yang berasaskan sardin lah sebenarnya. Jadi sebab sangat menggemarinya, saya belajar dan belajar, praktis dan praktis sehingga dapat menghasilkan karipap yang menepati selera saya termasuklah karipap inti ayam atau daging dengan kentang biasa. 

Kemudian saya mengajar bekas pembantu rumah sehingga dia juga berjaya membuat karipap yang sedap. Bukan apa, agak leceh menyediakan karipap ni. Sebab itu juga lah, dah bertahun tahun saya tidak membuatnya sendiri. 


Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Teringat masa mula mula belajar buat karipap, masa tu kami baru kawin dan tinggal di Wangsa Maju. Saya memang tak reti nak mengelim karipap tu, jadi tanya hubby kalau dia tahu. Apa jawabnya, hahaha dia tahu. Jadi selepas siap, minta dia buat kelim, ternyata dia tak pandai pun, jadi hubby minta talian hayat dengan call kakaknya. 

Dalam dok terkial kial tu, entah macam mana terjadinya kelim tu dengan sendiri di tangan saya. Apalagi, saya lah akhirnya yang membuat karipap tu, bukan my laling hubby. Punyalah gitu sekali keinginan nak mencuba dan belajar. 


Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Entah kenapa hari ini, tiba tiba terasa ingin memakan karipap sardin. Terpaksa lah membuatnya sendiri kerana usaha untuk membeli karipap sardin tidak berhasil. Tanya di sana sini, tak ada yang membuat karipap sardin yang sedap. 

Banyak yang dijual, nama jer karipap sardin tapi di dalamnya hanya ada bawang besar atau ubi kentang dengan kuah sardin sahaja. Tak jumpa pun isi ikan di dalamnya. Frust sangat sangat kerana mereka tidak jujur dalam berjualan.


Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Saya terus menghantar mesej kat Juita minta dikeluarkan bahan bahan yang diperlukan supaya boleh terus membuatnya sebaik sampai di rumah. Lagipun hari ini saya dan Juita berpuasa. Saya menyiapkan satu pinggan untuk berbuka puasa dan selebihnya disambung selepas berbuka dan siap semuanya pukul 9.30 malam. 

Hmm sangat rangup pastri karipap ini dan tidak berjerawat. Terlerai keinginan nak memakan karipap sardin yang sekian lama. Sedap mengikut selera kita, bila disediakan sendiri. Tapi biasalah dah penat kan, kejadian saiz dan kelimnya cukup untuk dimakan sendiri lah. 


Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Karipap Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kulit:
½ kg tepung gandum
½ cawan majerin yang dicairkan
225 ml air  dari peti ais
Garam

Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas yang besar. Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung. 

Panaskan majerin atas api yang kecil hingga mendidih. Tuangkan majerin yang dah dicairkan tadi. Gaulkan dengan sudu sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.

Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.

Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap. Sebelum menyediakan doh, saya menyediakan inti dulu bagi membolehkan inti sejuk.


Bahan Inti Sardin:
1 tin sardin cap Ayam Brand
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji ubi kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
Sedikit cili kisar (ikut pedas disukai)  
Daun sup/daun bawang
Garam secukupnya

Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.

Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.


Cara cara menyediakan karipap:
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum. Tekap dengan acuan atau dengan gelas.

Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Masukkan inti sardin yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.

Karipap Sardin Yang Diidam idamkan

Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.


Petua petua:
Cara menggoreng untuk mendapatkan karipap yang rangup dan tidak bergerutu. Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Lepas tu, baru dihidupkan semula api dapur yang kecil sahaja. Selalu dibalik balikkan dengan berhati hati dan goreng hingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang sama untuk kali kedua dengan tutup api dahulu.

Karipap yang lebih jika mahu disimpan adalah seperti berikut:
1. Dengan menyusun di dalam dulang beralaskan plastik dan simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Kemudian keluarkan dan susun dalam tupperware. Boleh simpan bertingkat tingkat dengan tak perlu meletakkan plastik pun kerana ianya tidak akan melekat sebab kulit karipap dah keras. Jika mahu letak plastik pun boleh juga. Yang penting karipap dikeluarkan dari bekas ketika beku agar tidak melekat satu sama lain.

2. Goreng karipap separa masak dan simpan dalam freezer. Lebih cepat dan mudah semasa menggoreng kali kedua.

3. Bakar karipap di dalam oven dalam 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas itu disimpan di dalam freezer. Insya Allah tak melekat semasa hendak digoreng







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

29 ulasan for "Karipap Sardin Yang Diidam idamkan"

  1. Teruja nk buat karipap mcm u buat ni...rupanya kena guna margerin cair ye??insyaallah akan dicuba masa cuti sekolah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam macam cara. Biasanya guna majerin biasa dan air ais jer. Ada juga resepi guna majerin cair dan minyak masak panas. Tapi resepi di atas pun rangup jika dimasak lama dengan api perlahan

      Padam
  2. suker sesangat ngan karipap, teringin nk buat but xpandai nk kelepet nyer..Penah belajar but bebal sgt kut xpandai2 sampai sekarang heheheh nnt nk cube buat lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. DZ, terima kasih kerana sudi singgah. Skrg ni zaman teknologi yang memudahkan semua urusan. Tak pandai kelim, beli jer acuan karipap. I pun nak gi cari acuan karipap, kalau ada nak cari doh yang ready made lagi. Ada ke? Sebab nak mencanai tu rasa bercinta sikit lah.

      Padam
    2. Terima kasih gak kat Azie sbb sudi singgah kat blog d5...Kalau xkelim sendiri xbest bg d5 ler ..hasil tangan sendirik ler katekan ekkeke xpe nnt kalau d5 buat nnt d5 cube postkan k ..Bab doh yg ready made tu d5 xtau lah pulak ade ke tak heheh ;D..

      Padam
    3. DZ, betul. Bila kelim sendiri tu yang bertambah kepuasan walaupun kurang cantik ke. Yang penting hasil tangan sendiri kan.

      Padam
  3. Sypun suka karipap sardin tp anak2 pula suka kentang. tp puas hatikan buat karipap sendiri...letak inti byk.kalau beli tu inti sikit..kdg2 kulit karipappun keras...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear mamasya, memang puashati. Kalau ikut hati, semalam habis semua tapi simpan sikit dalam freezer untuk digoreng hari ini atau esok esok. Tapi penat lah buat kerja sorang sorang. Goreng dengan api perlahan, masak garing rangup. Intinya ada isi ikan sardin. Wow, teringat kat karipap sardin ni, rasa dah tak sabar nak menggorengnya lagi

      Padam
  4. cara akk buat ni..same dgn mak saya..tp xsempat nk menuntut..ilmu lg..ehehe...mmg kalau ikut dia..dia gune ais tu..t sy nk try resipi akk ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. I belajar resepi ni lama dulu dengan my friend. Kalau ikut cara dulu, tak cairkan pun majerin tu. gaul majerin dengan tepung dan garam sehingga jadi crumble, kemudian tuang air ais. Yang majerin cair tu dah dibuat modifikasi.

      Padam
  5. Salam Puan Azie,

    Cantik karipap Puan Azie...mesti rasanye pon sedap sehebat rupanye...kena cuba ni...thanks for sharing the recipe...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Shima, cantik ke? saiz tak sama la sebab bekejar nak buka puasa. Jadi sebelum makan, snapped gambar dulu. Buat dalam keadaan tergesa gesa. Tapi bila buat sendiri, mestilah sedap kan, ikut citarasa sendiri. Rasa kurang pedas, tambah cili, kurang masin, tambah garam, kering tambah kuah sos. semua ikut selera sendiri kan? selamat mencuba

      Padam
    2. Puan Azie, Tersangat la cantik nye..jarang shima dapat jumpa currypuff yg secantik ini buatannye...:D..akan cuba buatnye this weekend...

      Padam
    3. Aduish, tinggi sangat pujian tu. Saya ni tidak berseni kerana bila buat kerja sentiasa dalam keadaan berkejar masa. Tak ada masa untuk membuatnya elok elok. Gitu juga ambil gambar. letak pinggan, letak pelapik, ambik kamera terus snap dan lepas tu makan. TEringin juga nak buat prop yang cantik cantik. Apa apa pun terima kasih ya Shima kerana sudi memeriahkan blog Azie. Caayaang Shima..

      Padam
  6. as-salam sis..
    wahhhh karipap sardin juga kegemaran i, lama x makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. JC, terima kasih kerana sudi singgah. Hari ini I memang dah keterlaluan, goreng sepinggan karipap yang disimpan dalam freezer malam tadi dan makan sorang sorang sampai hubby tegur, sebab tak offer pun kat dia. hehehe peminat karipap sardin ni ramai juga ya

      Padam
  7. as salam, cantik karipap buatan akak..saya pm nk cuba jgak lah nnti..hehehe

    BalasPadam
  8. slm kak azie.. trima kasih kat kak sbb sudi share resipi ni.. sy bab kuih2 ni fail memanjang.. tp lps sy msak karipap ni, famili sy tersangat suka.. mmg perfect karipap versi akak ni. lps ni cnfrm msak lg! tq :))

    BalasPadam
  9. Assalamua'laikum k.azie...nmpk menggiurkan jer karipap sardin akk...sy nie pon peminat tegar karipap sardin gitu!!! Nmpknya offday hr rabu nie ayna nk kene try lah buat...bytheway ayna selalu buka blog akk utk cari resipi2 sedap especially nasi ayam. ..mmg sodap n dh 2kali ayna buat. ..my bby boolaat berselera mkn nasi n ayam nie. ..tq for sharing resipi2 yg menepati selera ayna n family...

    BalasPadam
  10. Sedapnya...karipap sardin i like..

    BalasPadam
  11. salam akak , sy nk buat karipap tpi esok baru goreng smua. jdi sy ingt nk simpan dlm container n simpan dlm freezer je sbb klau nk goremg separa masam , sy tkde masa..jdi ingt nk letak dlm container n simpan dlm freezer , esok keluarkan baru goreng..boleh kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Buat dan susun atas plastik. Masuk dalam freezer hingga tak melekat. Buat lagi dan susun lagi. Lepas tu masukkan dlm bekas dan simpan dlm freezer. Barulah ia tidak melekat satu sama lain. Atau terus lapik dg plastik layer by layer

      Padam
  12. Assaam kak.. sy nak jual karipap frozen, agaknya berapa lama boleh tahan dalam freezer?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum sis. Nak tnye ye.. Knp bile sy buat doh tu, dh canai n terapkan, dia mengecut jd kecik balik?

    BalasPadam
  14. Salam a kak..tmak ksih kngsi resipi..ank2 ska mkn kripap sardine ni...

    BalasPadam
  15. semalam ist time buat karipap doh mcm lebik sikit ..saya guna air panas masa menguli .. byk tips drp blog puan .next nk cuba lagi .tq puan azie =)

    BalasPadam
  16. Terima kasih kerana sudi kongsi resepi. Byk mana minyak utk tumis inti?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum che nom.. Nak tny, resepi ni utk berapa biji karipap ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah orang ni. Ini bukan che nom. Berapa biji bergantung kepada saiz karipap yang idbuat

      Padam