Nasi Mandy Menggamit Rindu Pada Jibal Ridan
Saya mula mengenali Nasi Mandy sewaktu mengerjakan fardhu Haji KT70 dari 17 Disember 2006 hingga 28 Januari 2007. Hotel kami, Hotel Marwah sangat dekat dengan pintu Masjidil Haram melalui Bukit Marwah. Hanya berbelas belas langkah sahaja.
Saya mengiranya kerana Ustaz memberitahu kedudukan hotel yang sangat berdekatan dengan masjid. Bila hari hari rasa jemu makan tengahari di hotel, saya dan hubby akan ke Sofitel Hotel yang bersebelahan untuk menikmati nasi mandy. Sedap nasi mandy dan besar portionnya. Setakat itu sahaja.
Walau bagaimanapun segalanya berubah apabila kami berangkat ke Madinah dan dijemput oleh Hosam, pekerja haji berbangsa Arab untuk makan malam di rumah beliau. Kami dijemput dengan kereta dan juga sebuah teksi.
Itu lah kali pertama kami menjejak kaki di rumah orang Arab yang dari luar nampak bangunan simple dan bersegi sahaja tetapi dekorasi di dalamnya sangat mewah dan moden. Kami dihidangkan dengan Nasi Mandy Kambing dari Jibal Ridan yang teramatlah sedapnya.
Seekor kambing terhidang di atas nasi dengan lidahnya masih melekat di situ. Hahaha saya ingat sangat kerana saya menarik lidah tersebut yang sedap sekali. Heeee best. Sayang sekali kerana saya sekarang lost contact dengan Hosam kerana email yang diberi tidak dapat lagi digunakan. Ya lah, masa tu tak ada lagi facebook dsb.
Dari situ, kami menggunakan plastic bag Jibal Ridan untuk ditunjukkan pada pemandu teksi yang kebanyakannya tidak tahu berbahasa Inggeris atau kami bawa ustaz sebagai jurubahasa. Nasi mandy juga mengingatkan pada insiden di mana my hubby kehilangan dompet yang kejadiannya amat menghairankan. Masa itu, hubby sedang membeli ayam untuk dijadikan lauk tambahan untuk dimakan dengan nasi mandy untuk jamuan ustaz ustaz dan kawan kawan rapat di bilik hotel kami.
Mandy Rice Jibal Ridan |
Mandy Rice |
Bersama pekerja di Jibal Ridan |
Mandy Rice di Jibal Ridan |
Berbalik pada resepi nasi mandy ini, saya memang tidak terfikir pun untuk cuba memasak nasi mandy sendiri walaupun tengok banyak blog yang memaparkan nasi mandy yang mereka sediakan. Sehinggalah saya terlihat sahabat saya Rozilah berkongsi nasi mandy yang beliau masak kali kedua, baru terbuka hati untuk mencuba sendiri. Jom lah layan resepi Rozilah yang telah saya ubahsuai sedikit sebanyak...
Nasi Mandy Ayam
4 cawan beras Basmathi - rendam & tos
½ cawan minyak zaitun (boleh jer guna minyak masak biasa)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
½ cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai bay leave
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning
Bahan Ayam
Garam
Pewarna kuning
Bahan Ayam
1 ekor ayam di potong 4
½ cm halia - tumbuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji lemon - hiris bulat
Cara cara
Cara cara
Kesemua bahan bahan Ayam disatukan kecuali bawang besar dan lemon dan dilumur pada ayam. Perap selama 15 minit.
Balutkan dulang pembakar dengan aluminium foil dan susun bawang besar dan lemon. Letak ayam di atas bawang besar dan lemon. Tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.
Pada 10 minit terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Keluarkan air ayam dan ketepikan air ayam tersebut. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan olive oil. Bakar lagi ayam selama 10 minit dengan foil dibuka.
Balutkan dulang pembakar dengan aluminium foil dan susun bawang besar dan lemon. Letak ayam di atas bawang besar dan lemon. Tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.
Pada 10 minit terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Keluarkan air ayam dan ketepikan air ayam tersebut. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan olive oil. Bakar lagi ayam selama 10 minit dengan foil dibuka.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan utk nasi sehingga bawang layu.
Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering.
Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.
SALSA
Bahan bahan
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
Cara cara
Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Boleh juga jika mahu dikisar tapi sekejap sahaja, jangan sampai hancur.
Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Enjoy ....
terbaaikk
BalasPadamSedapppp nyerrr...nak try lahhh
BalasPadamsgt sedap dan sng nk buat.. sy dah try 3-4 kali. tkasih puan Azie!
BalasPadamTerima kasih sudi share ye...
BalasPadamterima kasih...nak balik try buat utk juadah berbuka
BalasPadamhttp://www.metrobestmom.blogspot.com
Salam Puan Azie,
BalasPadamTq utk resepi yang sedap nih. Saya dah dua kali buat, family memang suka sgt.
Saya baru nak try sebab tengok resipi sedap siap dgn gambar yg memudahkan. Pn Azie memang banyak berkongsi manfaat. Bless you Ma'am!
BalasPadamAlhamdulillah...sgt2 sedap resipi ni...syukron..hilang rindu mkn d haramain
BalasPadamBaru masak guna resepi ni semalam semasa keluarga besan dari Bangi dtg berkunjung..mereka memang penggemar nasi arab.. dah pergi mcm2 kedai utk menikmati nasi tu. Alhamdulillah x habis2 memuji keenakan nasi mandy yg sy sediakan..ayam yg juicy di dlm dan nasi yg lembut penuh rasa. Setelah 1 jam dipanggang sy buka all foil tu. Air ayam diambil utk nasi. Ayam disapu dgn myk zaitun d madu sblm dimasukkan ke dlm ovenkembali. 15 min kemudian ayam disapu lagi dgn myk zaitun d madu..nampak menyelerakan..terima kasih sekali lagi. Sy doakan Allah swt mempermudahkan segala urusan azie ��
BalasPadamSy baru cuba smlm.memg terbaik lh resepi nasi ni...betul sedap...sedap hingga menjilat jari.resepi azie kitchen memg terbaik...tq
BalasPadamSyukran! Resipi yang dikongsi terbaik! Mudah dan pertama kali terus menjadi.
BalasPadamNampak sedap. Nak try sekali resepi ni
BalasPadamKalau saya nak tukar ayam kepada kambing apakah perubahan tatacara masakan yg akan berubah? Contohnya masa memasak kambing dlm oven?
BalasPadamResepi mandy kambing ada tak?
BalasPadamSlm, nk tanya kak zie pakai gas oven yea..? Aluminium foil klu electric oven x bule kan..?
BalasPadamYang tak boleh kalau mircowave oven
PadamOven letrik biasa boleh
Kak azie blh tak nk share kat fb ni
BalasPadamboleh
PadamDah buat byk kali gak guna ayam atau kambing. Terbaik. Selain drp nasi mandy sy turut share resepi2 lain dari aziekitchen.Terima kasih. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah SWT.
BalasPadamMudah dan sedap! Tidak gunakan arang pun rasanya ok sangat. Terbaik.
BalasPadamTQ K.AZIE..SYA NK CUBA RAYA HAJI NI...
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA....MAAF ZAHIR BATIN, SEMOGA HALALKAN SEMUA RESEPI K.AZIE YE....SYA SELALU SKODENG RESEPI K.AZIE SETELAH DIPERKENALKAN KAWAN2, KATANYA RESEPI K.AZIE TERBAIK
BalasPadam