Selasa, 31 Disember 2019

Hari 1 Makan Malam Dengan Pulut Mangga Paling Sedap


Sekarang kita akan sambung catatan perjalanan Bangkok di SINI. Selepas check ini di bilik 1812, kami bersiap siap untuk keluar makan malam. Makan malam kami di Zayn Hotel Bangkok yang merupakan restoran halal yang terkenal dengan keenakan pulut mangganya yang disediakan dalam beberapa warna.



Melihat pulutnya sahaja membuatkan saya menelan nelan air liur. Boleh terasa keenakannya. Pulut yang tersedia malam itu adalah warna putih biasa dan satu lagi warna biru ungu nasi kerabu bunga telang. Pulutnya sangat menarik lembut dan berkilat. 



Buah mangganya pula memang sangat manis. Kami diberitahu bahawa buah mangga tersebut didatangkan dari satu tempat yang terletak sejauh 1 jam perjalanan dari Bangkok. Mangga air bunga atau di Thai dipanggil Mamuang Nam Dokmal memang sangat manis, juicy dan warna oren kekuningan yang sangat menarik. 

Pulut mangga dihidangkan bersama dengan kuah santan pekat, egg custard, caramelised shredded coconut dan mung bean.



Selain dari pulut mangga, banyak menu utama yang lain seperti nasi dengan pelbagai lauk masakan Thai, ada Pad Thai, Tom Yam. Dessert memang sangat sedap, antaranya pengat labu, ais krim, ABC. 



Tapi semuanya bukan selera saya. Saya hanya menjamah beberapa suap sahaja. Lepas tu, mengulang ulang makan pulut mangga. Sempat lagi saya menanya seorang pekerja di situ cara menyediakan pulut mangga yang nampak sangat lembut dan berkilat. 

Balik dari situ, kami di bawa ke pasar malam yang dikatakan antara yang tertua di Bangkok. Pastinya pasar malam bukan tempat untuk saya. Saya juga tidak akan membeli sebarang makanan di pasar malam. Tapi saya menghormati jadual yang diatur. 

Kami berjalan mencari tempat urutan kaki bagi mengisi masa selama 1 jam setengah sehingga bas datang mengambil kami. Bilik tempat urutan sangat kecil hanya menpunyai 3 kerusi yang cukup kami bertiga. Dato Alias dengan Datin Linda yang ingin melakukan urut kaki di tempat sama, tak dapat masuk.

Kami selesai mengurut kaki selama 1 jam dan setelah selesai, kami berjalan kaki ke tempat di mana semua berkumpul untuk bas datang mengambil kami. 





Add your comment
EmoticonEmoticon