Khamis, 7 November 2019

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Pucuk labu ini makanan orang kampung sahaja atau orang bandar yang asalnya dari kampung. Sekarang ini orang yang ada di bandar pun ramai yang berasal dari kampung. Semasa zaman persekolahan saya pernah menyemai benih biji labu dalam tanah di belakang tempat mandian kami. 

Zaman tu, kami berkongsi menggali telaga dengan 3 keluarga. Mandi pun tempat terbuka yang sama. Tempat menyidai pakaian pun sama. Tak jadi masalah pun. Masa tu mungkin ramai yang masih jahil. Tiada ilmu agama. Lebih lebih lagi kesusahan hidup, tak mampu nak bina telaga sendiri atau membina tempat mandi di dalam rumah masing masing. 

Saya masih sempat mandi telaga yang digali terbuka, maksudnya tidak menggunakan "kerek'' atau gelung simen. Bila banjir penuh air dalam tu. Bila semua mampu sikit, baru berkongsi menggali telaga yang menggunakan 18-20 gelung simen. Memang jenuh nak menaikkan sebaldi air. Cuma bila abang abang saya dah bekerja, mereka membelikan enjin untuk menaikkan air ke paip air dalam bilik air di luar rumah yang berdindingkan zink. 

Saya tidak pernah merasa kekurangan pada masa tu. Zaman di kampung adalah zaman yang sangat menyeronokkan. Kita tidak akan merasa kekurangan dengan apa yang tidak pernah kita miliki. Tidur nyenyak walaupun tiada kipas jauh sekali air cond. Bila panas sangat, buka jendela. Masa tu, tak takut orang jahat tapi takut hantu jer. Sekarang tidur dalam bilik dengan 2 aircond pun, tidur tetap tidak lena, tilam empuk tebal yang mahal tidak mampu memberi keselesaan dan tidur yang nyenyak.

Sejujurnya saya bangga dengan kehidupan saya di kampung. Ia memberi pengajaran yang sangat mahal dan membentuk diri saya pada hari ini. Pengalaman di sawah, di hutan, di sungai, di laut semuanya sekali. Apa yang saya ada hari ini adalah produk masa lalu. Apa pun yang lepas, tetap lepas. Yang penting sekarang dan pengakhiran kita kelak. Hidup kita selepas mati. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita, ibubapa kita serta nenek moyang kita dahulu.

Berbalik pada pokok labu yang saya tanam, sangat subur sehingga menjalar merata dan banyak sekali buahnya. Hahaha yang saya nak ceritakan di sini, seumur hidup ini tangan saya pernahlah menanam pokok labu. Ko haddoo? 

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Serious sedap masak lemak pucuk labu ni. Saya boleh makan meratah ratah gitu jer. Lebih lebih lagi jika kita guna isi ikan rebus bertambah lemak dan manis. Jika tiada ikan rebus, boleh juga guna ikan bilis tapi kuah tak lah pekat macam guna ikan rebus.

Gandingan serasi dengan masak lemak putih ialah ikan goreng garam kunyit, ikan kering, telur masin atau telur dadar. Waah sedap sedap, sedap giler tau. Kalau yang tak pernah cuba, cubalah sekali. Saya beli di pasar malam Kota Dame pada hari Jumaat, 3 ikat RM5.00 sahaja. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk video penyediaannya di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Masak Lemak Pucuk Labu

Bahan bahan:
3 ikat pucuk labu - ambil daun dan batang yang lembut sahaja
1 biji kelapa - santan
1 tangkai cili merah - hiris 
Garam 
2 ekor ikan kembung - rebus
4 biji bawang merah

Cara cara:
Asingkan daun dan batang pucuk labu. Buang kulit luar pada batangnya. Daun pula digentel dengan kedua tapak tangan supaya bulu-bulu halus akan gugur dan daunnya jadi lembut. Atau boleh juga diramas ramas dengan tangan sahaja.

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Tumbuk bawang merah sehingga lumat. Masukkan isi ikan rebus dan ditumbuk lagi sehingga bergaul rata. 

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk. Kacau rata. Nyalakan api dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan batang labu dan kacau. Kemudian baru dimasukkan daun pucuk labu. Masak sehingga batang dan pucuk labu lembut. 

Masak Lemak Putih Pucuk Labu

Akhir sekali, masukkan cili merah dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 


Masak Lemak Putih Pucuk Labu


1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon