Jumaat, 22 November 2019

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Kalau di Kelantan, kuih ini lebih dikenali sebagai Kuih Pulut Sekaya, merupakan antara kuih muih Kelantan kegemaran saya. Kalau di bulan Ramadhan, memang kuih ini akan dicari. Disimpan dalam peti ais dan dimakan sejuk sejuk selepas balik dari solat Terawih. Memang sangat sedap. Kuih pulut sekaya yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI. Bezanya dalam lapisan atas, saya tak guna santan. 

Saya sangat terharu kerana begitu ramai follower saya di Instagram, facebook dan blog yang telah memberi pelbagai petua untuk mengatasi masalah batu karang yang saya alami ketika ini. Bila telah sakit, baru saya merasakan bahawa nikmat kesihatan sangat bernilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sakitnya tidak boleh dihurai dengan kata kata. Sakit sehingga urat urat jari tangan dan kaki. Semoga saya terus dapat bersabar dan redha kerana Allah menjanjikan penghapusan dosa dosa kecil hatta kaki terpijak duri sekali pun. Mudah mudahan.

Saya kongsikan di sini antara pemakanan semulajadi yang boleh diambil untuk masalah UTI dan batu karang ialah air rebusan barli, air rendaman halba, jus cranberries, jus tembikai, air rebusan lobak putih dan banyak lagi. Jadi anda boleh mencuba mana mana satu yang sesuai. 

Kini saya sangat percaya bahawa herba dan tumbuhan semulajadi yang diciptakan sebagai penawar segala penyakit, cukup banyak di sekeliling kita. Hanya perlukan kita menerokainya. Antaranya juga ialah air rebusan akar pokok semalu. OK sekarang kita masuk semula bab resepi hari ini.


Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Untuk kuih Sekaya ini ada dua jenis, ada yang tidak menggunakan pulut. Hanya lapisan telur sahaja. Ada yang dilapisi dengan pulut di lapisan bawah. Kalau yang tiada pulut, biasanya saya panggil kuih sekaya telur. 

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Untuk hari ini, saya buat separuh dari adunan sahaja. Saya guna loyang saiz 7”x7”x3".  Maklum kat rumah ni, tak ramai dan anak anak pun tak suka makan kuih tradisional ni. Saya kukus menggunakan pengukus Trio. Kalau untuk permukaan atas yang lebih cantik, selalu buka penutup pengukus supaya air tidak menitis. 

Kuih ini memang sangat sedap pada saya. Cukup sahaja kemanisannya. Kalau anda belum pernah merasai keenakan kuih pulut sekaya ini, saya sangat syorkan anda mencubanya sendiri di rumah. Buat separuh adunan pun dah cukup. Boleh simpan dalam peti dan dipotong bila telah sejuk, barulah kuih jadi lebih cantik.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Talam Pulut Sekaya

Lapisan bawah:
500 gram beras pulut - rendam semalaman
300 ml santan pekat
300ml air
2 sudu kecil garam

Lapisan atas:
10 biji telur - pukul sebati
400 ml santan pekat
250 gm gula melaka - hiris racik
2 helai daun pandan - carik & simpul
¼ sudu kecil garam

Cara cara:
Tos beras pulut dan dicampur dengan santan, air dan garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit. 

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Masukkan pulut yang dikukus dalam loyang yang telah disapu minyak dan lapik plastik. Tekan pulut agar padat. Tabur sikit tepung gandum di permukaan atas. 

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Lapisan atas, kisar santan dan gula melaka sehingga sebati dan gula melaka larut. Tuang ke dalam adunan telur. Masukkan garam. Kacau rata. 

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Tapis dan tuang atas pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. 


Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Nota:
Untuk 1/2 adunan, guna loyang 7" x 7". 

Add your comment
EmoticonEmoticon