Selasa, 5 November 2019

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Yang Sangat Sedap

Saya nak kongsikan sedikit petikan dar Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha, bab Petunjuk Jalan Akhirat oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Ma'sum bin Mas'ud. Ianya banyak menyentuh berkenaan adab adab seharian. Antaranya ialah bila kita bersyukur, ramai orang akan menyebut syukur ya Allah, terima kasih Ya Allah dsb. Tapi ada bacaan dan doa yang lebih afdhal iaitu menyebut Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin. 

Begitu juga bila bersin, kita kena mengucapkan doa yang sama iaitu Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin. Nescaya dia akan dijauhkan dari 70 penyakit. Adapun bagi kita yang mendengar orang mengucapkan do’a bersin), maka kita pun disyari’atkan untuk mendo’akan orang yang bersin tersebut dengan do’a yang mudah juga indah dan penuh berkah: Yarhamukallah yang bermaksud “Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu.” Rasulullah juga bersin tapi tidak menguap. Menguap tak disukai Allah. Tapi disukai oleh syaitan. Kalau menguap juga, kita bolehlah tutup muka. Setakat ini dahulu, semoga apa yang dikongsikan adalah memberi manafaat. 

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah yang diketahui oleh ramai orang lah, iaitu masak lemak cili api yang menggunakan daging salai. Daging salai ini saya dapat dari sahabat saya iaitu owner, Daging Salai Cik Yah. 

Saya selalu terfikir macam mana nak hasilkan kuah masak lemak yang sangat sedap. Setiap kali ada majlis, ofis akan order secara online nasi putih berlaukkan daging salai masak lemak. Rasanya sangat sedap. Berbaloi membayar harga RM10 satu set. Makan sehingga menjilat jari gitu.

Sebetulnya kalau mahu menyediakan masak lemak yang sedap, kita perlu menggunakan santan segar yang pekat. Barulah sedap, lemak dan kuahnya pun kelihatan pekat dan cantik. Memang betul betul puas hati. Selain santan, cili padi juga mainkan peranan. Mesti secukup rasa pedasnya. Satu lagi kalau saya, mesti ada daun kunyit. Saya suka rasa daun kunyit


Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Yang Sangat Sedap

Hari ini saya menggunakan santan segar kerana mahukan kuah lemak yang betul betul lemak dan sedap. Memang lama saya tak menggunakan santan segar dalam masakan. Selama ini hanya menggunakan santan kotak yang memang sentiasa tersedia di store dapur rumah kami. Hinggalah bila Ros menanyakan kenapa tak digunakan santan segar. Cepat sahaja menyediakannya. Hanya masukkan sedikit air panas dan kisar dengan blender sahaja. 

Saya makan menambah nambah dek penangan lauk daging salai masak lemak hari ini. Tapi satu cabaran besar untuk mengambil gambar yang cantik kerana bila kuah berwarna kuning, kamera saya tidak dapat capture gambar yang cantik. Warna kuning jadi pudar sahaja. Tapi yang penting, rasanya sangat sedap. 


Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Yang Sangat Sedap

Daging Salai Masak Lemak 

Bahan bahan:
Daging salai - hiris nipis
½ kg santan pekat segar
1 batang serai - ketuk
Garam
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit hiris halus - opsyenal

Bahan tumbuk:
8-12 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Rebus daging salai bersama bahan tumbuk sehingga agak agak daging empuk. Jika belum lembut, boleh tambah air dan rebus lagi. 

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Yang Sangat Sedap

Setelah daging empuk, masukkan serai dan santan secukupnya. Sentiasa dikacau supaya kuah cantik. Jangan sehingga kuah pecah minyak. 

Setelah mendidih, masukkan asam keping dan garam. Tutup api. 

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Yang Sangat Sedap

Nota;
Kuah mestilah sedikit pekat, baru sedap. 

Jika suka, boleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus setelah masak. 

2 ulasan:

  1. Selera kita sangatlah sama, suka ada daun kunyit dalam masak lemak, hihi, malah bab menambah2 tu pun sama sangat.

    Kalau Kak Azie dtg ke Jb, cuba cari peluang utk menikmati daging salai masak lemak cili api atau keli masak lemak cili api di Restoran Anjung Selatan. Masakannya bukan sahaja mnggunakan santan asli tapi juga menggunakan kunyit hidup sehingga aroma masakannya menjadi begitu luar biasa. Kalau Kak Azie sukakan Patin Tempoyak, Anjung Selatan menghidangkan gulai patin tenpoyak yang terbaik saya pernah rasa, memang termimpi2 dibuatnya.

    Eh, esok nak pergi makan sanalah, hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh dear, I pun dah tak sabar nak pergi Johor kalau macam ni. Boleh menelan nelan air liur bila baca apa yang ditulis.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon