Jumaat, 1 November 2019

Ayam Masak Thai


Saya sebenarnya amat terkejut dengan berita perceraian yang saya dengar. Seorang yang sangat saya adore kerana penampilan beliau yang sangat berketerampilan sejak dari puluhan tahun dahulu. Dengan berbekal wajah yang cantik, berkulit putih gebu, sentiasa membimbit handbag berjenama, beliau adalah seorang wanita yang sangat sempurna di mata saya. 

Suaminya juga sangat hensem dan berasal dari latarbelakang golongan bangsawan pula. Pada saya, mereka adalah loving couple yang pastinya dicemburui ramai. Ya lah manusia hanya merancang. Allah jua yang menentukan jodoh pertemuan, ajal dan maut. Jadi tiada yang mustahil, segalanya mungkin berlaku. Cuma sedikit terkesan sahaja, bagaimana semua ini tidak mampu melawan kehendak takdir.

Di usia pertengahan 50an, mungkin sukar untuk membuat keputusan untuk berpisah bagi seorang wanita. Melainkan kerana wujudnya pihak ketiga. Sesuatu yang tidak boleh diterima oleh seorang wanita apalagi yang menpunyai kerjaya hebat. Bersendiri mungkin lebih baik dari hidup dalam kesakitan. Itu adalah prinsip hidup saya yang mungkin juga prinsip ramai wanita lain. 


Berbalik pada resepi pula, lauk ini sangat sedap. Bukan sahaja sedap tapi mudah dan cepat disediakan. Nelly memberi feedback sedap lah lauk ni. Nelly memang makan lauk yang tak berapa pedas. Jadi lauk ini memang sesuai untuk anak anak yang tak boleh makan lauk yang pedas. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...




Ayam Masak Thai

Bahan A
1 ekor ayam 
1 biji bawang besar Holland -potong bulat 
2 batang serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
Garam secukupnya
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
2 biji cili api

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 



Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing. 



Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air. 

Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa. 


Add your comment
EmoticonEmoticon