Khamis, 17 Oktober 2019

Nasi Goreng Telur Yang Simple

Nasi Goreng Telur Yang Simple

Alhamdulillah setiap hari hidup kita semuanya di bawah perlindungan Allah jua. Setiap masalah yang kita hadapi, akhirnya ada penyelesaian yang positif. Setuju tak? Semasa kita sedang mengalaminya, kita akan rasa sangat berat untuk ditanggung tapi akhirnya berjaya di atasi. Itulah sebab dalam Al Quran disebutkan bahawa Allah tidak akan sekali kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Kena yakin dan yakin dengan janji ini.

Setiap manusia pasti diuji. Tipu sekali jika kita tidak diuji. Kita dipesan supaya redha, bersabar dengan segala ujian yang pasti menpunyai Hikmah yang hanya Allah sahaja yang Mengetahui. 

Saya sangat bersyukur kerana setiap kali menghadapi masalah, akhirnya Allah memberikan jalan keluar dan memudahkan segala urusan saya dan anak anak. Sebagai ibu, tiada batasan masa bila tiba bab urusan anak anak. Walaupun anak yang dah berkahwin pun, saya masih mengambil berat dan turut risau dengan apa yang mereka hadapi. Entah lah sepatutnya saya kena belajar untuk lebih relax dan biarkan mereka menanganinya sendiri. 

Nasi Goreng Telur Yang Simple

Sekarang masuk bab resepi pula. Hajat hati sebenarnya nak buat nasi goreng telur kosong atau nasi goreng bodo yang garing garing meletup gitu. Tapi dah ada pula sayur bok choy dalam peti, saya masukkanlah sekali. 

Jadi  kalau ada sayur, tak cantik nak masak nasi goreng garing macam ala hangus hangus tu. Jadi terhasil lah nasi goreng telur macam ini sahaja. Tapi sedap tetap sedap. Cuma lain rasa sahaja. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Kepada yang belum subscribe, boleh lah subscribe ya. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Telur Yang Simple

Nasi Goreng Telur

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
4-5 sayur baby sawi
2 biji telur
Garam
Gula

Bahan tumbuk kasar:
10 tangkai cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Masukkan garam dan telur. Kacau rata. 

Nasi Goreng Telur Yang Simple

Masukkan nasi. Goreng sampai nasi terlompat lompat, jika suka nasi goreng yang kering dengan menggunakan api yang besar. Saya biarkan sedikit lembab kerana mahu mengekalkan kesegaran sayuran.

Nasi Goreng Telur Yang Simple


1 ulasan:

  1. musim nasi goreng ya Azie. memang benar walaupun anak dah berkahwin, kita maseh tetap mengambil berat masalah mereka. Ibu mana yg sampai hatinya biarkan anak2 susah kan.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon