Sabtu, 12 Oktober 2019

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Rasanya inilah kali pertama saya membeli ikan pari yang dipotong dari seekor ikan di depan saya. Selama ini beli yang dah siap dipotong. Bila dipotong di depan kita, memang dapat tengok kesegarannya. Isi ikannya kelihatan merah lagi. Rupanya susah juga nak menyiang dan memotong ikan pari ini.  

Ramai yang bertanya di mana saya beli ikan pari segar ini. Saya membelinya di Denai Alam yang dijual sebelah Mc Donald setiap hari khamis mulai pukul 2.00 petang.

Balik jer ke rumah, saya terus menyediakan asam pedas yang memang sangat serasi dengan ikan pari. Seorang follower saya menulis yang asam pedas Johor biasanya menggunakan ikan mayong, ikan pari dan ikan parang. Oleh kerana tak ada ikan mayong, itu yang saya beli ikan pari.  

Asam pedas ikan pari ini menambah cantik bila dihidangkan dalam periuk Le Creuset yang cantik dengan pebagai warna yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing. Jika ada yang berminat, boleh sapatkan dari trusted personal shopper dari UK iaitu @l_orchardsuk. Pasti anda akan berpuas hati dengan khidmat beliau. Harga pun berpatutan. 

Asam Pedas Ikan Pari

Saya berbalik pada asam pedas saya hari ini, serius sangat sedap. Isinya yang segar dan manis dimakan pula dengan kuah asam pedas yang ada rasa pedas dan masam bergaul dalam pinggan nasi. Haa sedap kan. Saya juga penggemar kacang bendi. Kacang bendi yang dimasak dengan asam pedas, memang sangat sedap rasanya di tekak saya. Saya boleh makan meratah ratah begitu sahaja.  

Apa apa pun, jom cari ikan pari dan kita sama sama cuba memasak asam pedas ikan pari. Selebihnya saya bakar dan dicicah dengan air asam pencicah. Wallaaa memang sedap terutama ketika dimakan panas panas. Terasa lemak lemak pada isinya yang putih dan lembut.  

Jom layan resepi yang telah saya gunakan hari ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan bahan:
1 kg ikan pari
4 sudu besar cili kering kisar 
1 1/2 cawan minyak - agak bahan tumis tenggelam 
1- 1 1/2 sudu kecil pes asam jawa 
1- 1 1/2 sudu kecil garam kasar 
1/4 sudu kecil gula 
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 batang serai
1 ikat daun kesum
900 ml air 

Bahan kisar:
6 biji bawang merah 
1 bawang besar
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci kunyit
Secubit belacan bakar

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tumisan betul betul garing cantik. Nota: ada yang masak sehingga 3-4 kali pecah minyak. 

Asam Pedas Ikan Pari

Masukkan air secukupnya. Masukkan asam jawa, garam dan gula. 

Telah mendidih baru masukkan ikan supaya ikan tidak hancur. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. 

Asam Pedas Ikan Pari

Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari


2 ulasan:

  1. Salam kak azie,

    Arwah mak ada Alah gatal gatal..silap makan gatal satu badan. Bila DIA pergi ubat kat sinseh ..DIA pesan jangan makan ikan pari.
    Ayam pun dia Ada allergy reaction ..
    Tapi ikan pari memang DIA Kata tak boleh tidur Malam effect dia.
    Dia makan ikan parang, ikan ISI putih.. sotong dgn udang jamah Aja. Ikan Keli terus tak makan langsung
    ...selepas kena alaham teruk. Jadinya Kata sinseh Tu ikan YG nature Ada bisa..avoid.
    DIA amalkan camtu..so kurang makan ubat.

    Sekadar berkongsi..

    Rgds

    BalasPadam
  2. Assalam Kak Azie, memang betul2 Asam Pedas Johor ni, kecur saya melihatnya, kalau ada di situ mau bertambah nasi dua tiga senduk, hihi. Sy juga suka meratah bendi dalam asam pedas dan bendi memang sesuai dimasak asam pedas bersama ikan.

    Errr.. comel plak periuk tu siap ada handle macam sirip ikan, hehehe

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon