Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang

Saya bukan sahaja mendoakan anak anak saya berjaya. Malahan kawan kawan anak saya juga, saya doakan sekali. Saya melihat semua mereka mengharapkan kejayaan yang sama seperti mana kita mengharapkan anak kita berjaya. Semoga mereka semua menjadi anak yang berjaya dan akan berbakti pada agama dan bangsa di masa depan. 

Seperti saya sendiri, sesungguhnya pelajaran telah mengubah hidup saya. Dengan segulung ijazah di tangan, saya telah mendapat pekerjaan dengan gaji dan kemudahan yang sangat baik. Sekali gus, mengubah saya kepada apa yang saya ada hari ini. Syukur sangat sangat kepada Illahi. Sekarang kita masuk pula bab resepi, iaitu sambal tumis udang. Nampak macam resepi biasa sahaja kan? 

Sesiapa pun boleh memasak sambal tumis udang. Cuma untuk memasak sambal tumis dengan sedap memerlukan praktis dan praktis. Bukan sahaja bahan bahan yang digunakan tetapi juga cara dan teknik penyediaannya. 

Bahan tumis terutamanya cili kering kisar, perlu ditumis dengan lama bagi memastikan cili dan bahan tumis benar benar masak dan garing. Barulah sambal akan menjadi sedap. Bab ini yang paling lama dalam menyediakan sambal tumis. Bahan tumis perlu ditumis dengan api perlahan sehingga terbit minyak.

Sambal Tumis Udang

Saya jarang menggunakan belacan dalam masakan kerana allergi dan tak sanggup melihat bengkak bengkak merah seluruh badan yang mengambil masa berbulan untuk hilang. Tapi kali ini, saya letakkan sedikit belacan. 

Selain itu, saya juga masukkan sedikit halia. Kalau biasanya, saya tak letak halia dalam sambal tumis. Hari ini, ingin mencari kelainan rasa. Barulah boleh dibuat perbandingan. Kalau memasak cara kita jer, macam mana nak tahu jika ada cara lain yang lebih sedap. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang 

Bahan bahan:
1 mangkuk udang putih
1 sudu besar asam jawa
Garam
Segenggam gula
1 biji bawang besar Holland - hiris
3 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumbuk
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Belacan bakar

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili masak. 

Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang

Masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. 

Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan udang. Kacau rata. Jangan dimasak udang terlalu lama. Tutup api. 

Sambal Tumis Udang


2 ulasan for "Sambal Tumis Udang"

  1. Salam

    Kalau allergi belacan pakai udang geragau Yang disangai kering atau dijemur kering bawah matahari. Kendian ditumbuk halus. Kalau tak de cari udang basah Segar Yang kelas kecik Dan halus. Basuh buang kepala celur Kan Dalam air didih Dalam forty seconds bolas air sejuk. kering kan bawah matahari. Kendian tumbuk powder sebagai gantian belacan.
    Rasanya akak no Ada histamine allergi. Cuba elak makan buah buahan Yang terlalu ranum YG over night jadi masam.
    Kalau akak Google je histamine allergy boleh tahu APA.
    Biasanya makanan Yang melalui proses pemeraman,penapaian ..
    Rajin rajin minum air peria blend atau green leaves juice termasuk air pengaga. Kasi cuci liver.. rajin rajin makan peria katak.. Katanya buat cuci darah.
    Wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Terima kasih atas nasihat yg sgt berguna. adui susah sgt nak minum peria jus.

      Padam