Khamis, 12 September 2019

Kari Ketam

Kari Ketam

Bila ada kesempatan saya akan menghantar cucunda saya Ammar Yahya ke sekolah. Setiap pagi, beliau akan menangis ketika di hantar walaupun dengan terpaksa dan reda, dia akan menghulur tangan untuk diambil oleh teacher. Kalau tidak, rutin hari hari biasa ialah setiap pagi Ammar akan menemani saya bersarapan sebelum menghantar saya ke tempat kerja terlebih duhulu. Selepas itu, baru Hubby akan menghantar dia ke sekolah. 

Sebaik saya keluar dari kereta, dia akan menangis mahu mengikut saya. Bila Hubby menegur pun, beliau akan memalingkan muka ke arah lain sebagai tanda merajuk kerana menghantar beliau ke sekolah. Sangat berbeza dengan saat balik dari sekolah, nampak Ammar sangat gembira sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah. 

Teringat di minggu pertama ketika saya baru mendaftar darjah satu, kami diletakkan dalam satu kelas secara beramai ramai sebelum dibuat pembahagian kelas. Guru guru agak sibuk ketika itu dengan pelbagai urusan pendaftaran. Murid murid masing masing bermain dan berbuat bising. Jadi guru masuk ke kelas dan menulis di papan hitam, kalau tak silap saya sama ada ABC atau 123. Kemudian, cikgu memberitahu supaya tulis ini dan beliau terus keluar dari bilik darjah. 

Sebaik cikgu keluar dari kelas, kami semua menerpa ke papan hitam dan berebut rebut kapur untuk menulis di papan hitam sehingga ada yang jatuh luka dan menangis. Kami semua tidak mahu kalah, masing masing mahu menulis walaupun terpaksa berasak asak.  

Tiba tiba cikgu muncul dan menjerit meminta kami semua duduk. Hahaha rupanya cikgu mahu kami menulis dalam buku tulis kami bukan menulis di papan hitam. Itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu minggu minggu pertama pendaftaran darjah satu. 


Memang macam macam perangai. Ada yang memasukkan buah guli ke dalam lubang hidung sehingga cikgu terpaksa datang membantu mengeluarkan guli tersebut. Ok kita tinggalkan dulu kisah saya di zaman persekolahan rendah. 

Kari Ketam

Ketam yang saya guna untuk memasak kari ini dibeli dari pasar besar Kota Kinabalu. Saya tidak mahu menuduh tapi ingin berpesan supaya berhati hati jika membeli dan meminta penjual menghantar untuk dibekukan. Ketika dipilih rasanya udang dan ketam bersaiz besar dan segar tapi bila sampai di rumah, lain pula kelihatannya. 

Yang sebaiknya kita beli dan hantar sendiri untuk dibekukan. Saya tidak berpuashati dan menelefon mereka dan mereka memberi alasan kononnya mungkin tertukar. Mana mungkin tertukar kerana ikan yang dibeli dari gerai lain memang tidak tertukar pula. 

Selain kari, ketam sedap juga dimasak masak lemak. Tapi saya memilih untuk memasak kari kerana bercadang mahu mencicah kuahnya dengan roti. Kuah ketam memang sedap digaul dengan nasi putih atau dicicah dengan roti. Saya tidak makan ketam kerana risau akan timbul gatal gatal di badan, 

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan kari ketam. Selamat mencuba....


Kari Ketam

Kari Ketam

Bahan-bahan :
6 ekor ketam 
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil halba campur 
3 pek rempah kari ketam 
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
1 pelepah daun kari
1-2 keping asam keping
Garam

Cara-cara:
Ketam disiang dan dibelah dua. Basuh dan tos. 

Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia. 

Kari Ketam

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar, halba campur sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari dan daun kari. Kacau dengan cepat sehingga naik bau dan tuangkan sedikit air. Kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.

Kari Ketam

Masukkan ketam dan air. Gaul rata lagi. Kecilkan api kepada sederhana dan tutup periuk. Biar mereneh selama 5-7 minit agar ketam masak sepenuhnya.

Buka tudung periuk dan masukkan santan, asam keping serta garam. Sesuaikan rasa. 

Kari Ketam



Add your comment
EmoticonEmoticon