Jumaat, 30 Ogos 2019

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 62 esok iaitu pada 31 Ogos 2019. Malam ini, saya akan bertolak ke Pulau Tioman sekali lagi bersama rakan rakan sekerja untuk program teambuilding. Berat hati juga untuk meninggalkan famili kerana hari cuti dan kelepasan yang panjang seperti ini, biasanya saya habiskan dengan aktiviti keluarga. Samada memasak untuk mereka di rumah atau keluar makan makan bersama di luar. 

Telah berminggu juga tidak berjumpa dengan Medina. Hari hari berjumpa Ammar sahaja kerana kami membawa Ammar ke play school. Sementara menunggu waktu Ammar boleh dihantar, kami membawa dia bersarapan dan menghantar saya ke tempat kerja.

Bila disebut teambuilding, pasti anda tahu apa, bagaimana serta matlamat program. Saya tidak mahu komen banyak di sini kerana risau kot ada yang sentap dengan tulisan saya. Secara teorinya program ini menpunyai matlamat yang sangat baik kerana kejayaan tidak boleh dicapai secara bersendirian. Seorang CEO atau Ketua di sesebuah organisasi, tidak akan boleh melakukan semuanya seorang diri. Mereka memerlukan orang bawahan untuk menyokong antara satu sama lain. Jadi bila di atas jangan lupa untuk memahami bahawa sesuatu menpunyai hubungan dan kesalingbergantungan. 

Jadi apa yang tak bagusnya? Yang tak bagusnya bukan program tapi pemainnya, yang bila balik ke pejabat tidak membawa semangat kerja berpasukan. Bukanlah semua, adalah segelintir dua sahaja. Tapi segelintir ini yang menjadi virus pada persekitaran kerja yang harmoni.   

Kerabu Pucuk Paku

Saya memang suka makan kerabu. Apa apa jenis kerabu terutama kerabu Kelantan seperti kerabu timun, kerabu Beko, kerabu terung dan banyak lagi. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan meratah ratah begitu sahaja. Antara banyak banyak sayuran, saya suka pucuk paku kerana ianya adalah sayuran hutan yang enak. 

Allah menjadikan tumbuhan liar, pokok buah buahan dan haiwan sebagai sumber makanan untuk manusia dan haiwan. Subhanallaah, syukur kerana sumber makanan semulajadi tersedia hanya di sekeliling kita.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Resepi yang saya belajar dari kakak ipar sendiri yang memang handal dalam bab masakan. Selamat mencuba...

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku 

Bahan bahan:
300 gram pucuk paku – dicelur
4 ekor sotong – celur seketika
1 biji limau nipis – perahan jus
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula

Bahan hiris:
5 biji bawang merah
1 tangkai cili merah
7 tangkai cili api
3 batang serai
½ kuntum bunga kantan

Cara cara:
Celur pucuk paku sehingga lembut. Semua bahan disatukan dan gaul sehingga rata. 

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku

Kerabu Pucuk Paku

Akhir sekali, masukkan masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dinikmati.


Add your comment
EmoticonEmoticon