Selasa, 27 Ogos 2019

Kari Daging

Kari Daging

Sebelum masuk bab masakan, meh kita sembang sembang dahulu. Dalam hidup, kita pasti tidak akan memperolehi apa yang kita kehendaki mengikut kemahuan kita. Cuma apabila kita tahu, sesuatu yang dilakukan tidak seperti yang seharusnya, kita akan rasa tidak adil dan teraniaya. 

Memang ramai manusia yang suka membuat peraturan sendiri. Merasa hanya dia yang bagus dan amanah. Selalu berprasangka buruk pada orang lain. Selalu berfikiran yang orang lain akan menipu, orang lain akan ambil kesempatan, orang lain tak betul itu dan ini. Sedang Allah berpesan supaya husnuzon iaitu berbaik sangka. 

Pada saya, mudah sahaja. Orang sebegini suka berprasangka buruk pada orang lain kerana dia sendiri pernah melakukan perkara yang sama. Mungkin pernah salah guna, pernah menipu agaknya. Jadi dia akan beranggapan orang lain sama seperti dia. Mungkin mereka ingat tiada orang yang tahu apa yang telah pernah dilakukan. Tapi percaya lah, tak akan ada orang suka dengan orang seperti ini.  

Kari Daging

Hari ini saya ingin kongsikan resepi biasa biasa sahaja iaitu Kari daging. Saya suka kari daging yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Yang sedang sedang sahaja. Kalau kari daging seperti ini, dimakan dengan nasi putih, gaul dengan sambal belacan. Ada pula ikan kering atau ikan goreng dan letak sehiris dua timun. Aduuh memang heaven. Ala ala nasi berlauk pun ya juga. Jika anda menpunyai periuk tekanan, memasak kari daging lagi cepat sebab proses untuk menjadikan daging empuk lebih cepat.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Walaupun resepi ini mudah tapi ada kala, kejadiannya tidak cantik dan menarik. Jadi memasak perlukan praktis dan praktis. Selamat mencuba...


Kari Daging

Kari Daging

Bahan bahan:
900 gram daging
50 gram rempah kari
1/2 kg santan segar
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil pes asam jawa 
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, bawang bawang dan halia sehingga kekuningan. 

Masukkan rempah kari dan kacau laju laju sebelum dimasukkan sedikit air. kacau lagi sehingga rempah masak dan wangi.

Kari Daging

Masukkan daging kacau rata dan biarkan daging sebati dengan rempah. Masukkan air dan tutup supaya daging masak dan empuk. Saya guna daging bahagian paha yang daging berselang dengan urat.

Kari Daging

Setelah pecah minyak dan daging empuk, masukkan santan. Kacau rata.

Kari Daging

Setelah mendidih, masukkan pes asam jawa, kerisik, gula dan garam. Setelah terbit minyak, bolehlah ditutup api. 


Add your comment
EmoticonEmoticon