Selasa, 20 Ogos 2019

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Saya percaya Allah menduga sesuatu yang boleh kita tanggung. Ujian satu per satu yang mendatang adalah kerana Allah kasih dan Allah mahu kita mengingati dan sentiasa memohon rahmatNya. Saya merasakan diri diuji supaya saya tidak lupa diri dan leka dengan kesenangan. Apa apa pun syukur kerana jika saya rasa diuji, ada orang yang lebih lagi berat ujiannya. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Saya suka masak gulai seperti ini kerana ianya adalah 2 dalam 1. Ada lauk, ada sayur dan ada juga kuah. Sangat menyenangkan kerja terutama wanita berkerjaya seperti yang sentiasa mencari ruang untuk ke dapur. Kadang kadang bila tiba di rumah, telah kepenatan. Hajat hendak memasak ditangguhkan. 

Sejak lepas hari raya yang lalu, memang saya terasa seperti sangat kesempitan masa. Ini pun, lagi 3 hujung minggu saya pun telah penuh dengan aktiviti yang dirancang. Telah lama mencari masa untuk melawat kebun kami pun, hanya baru semalam dapat direalisasikan. Aduhaai terasa sangat sibuk.  

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Berbalik pada gulai ini, memang sangat sedap gulai ikan kering ini. Saya memang suka rasa kuah yang masin masin ikan kering. Kalau makan gulai seperti ini, kuah digaul banyak banyak ke dalam nasi. Wallaa sedap. Boleh klik di SINI untuk resepi yang sama menggunakan Udang dengan Nenas.  

Jom layan resepi di bawah ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..


Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Bahan bahan:
1 mangkuk isi ikan kurau
1/2 kg santan 
1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
1 keping asam keping
Sayuran - terung dan nenas
Garam
Gula

Bahan Tumis:
1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
4 tangkai cili kering

Cara cara:
Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.  Nota: ikan kering direndam seketika dengan sedikit air garam. 

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Setelah mendidih, masukkan terung dan kacau seketika sebelum dimasukkan santan. Masak sehingga mendidih sekali lagi. 

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 

Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan halba campur serta cili kering hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas panas semua sekali  dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api. 

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata.  

Gulai Ikan Kering Tumis Darat

Nota:
Jika kuah pekat, boleh tambah air panas. Bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. 



2 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon