Sabtu, 4 Mei 2019

Percutian di Lauterbrunnen Hari: 6 Part 2



Kali ini saya ingin menyambung dari catatan perjalanan sebelum ini di mana kami telah disaman kerana salah faham bab parking di Interlaken. Boleh klik di SINI. Selesai membayar saman, kami terus beredar ke destinasi seterusnya iaitu ke Lauterbrunnen. 

Negara Switzerland menpunyai landskap yang sangat indah dengan gunung ganang dan pelbagai tasik yang menakjubkan serta binaan rumah papan di lereng lereng bukit. Jadi sepanjang perjalanan, kita dihidangkan dengan keindahan ini yang memang tidak jemu mata memandang. 




Sebaik tiba di Lauterbrunnen, lagi sekali terpesona dengan keindahan semulajadi yang berbukit dan bergunung dengan air terjun. Sangat mengujakan. Tapi sayang tidak boleh naik ke bahagian atas air terjun. Terdapat notis yang ianya ditutup sehingga 13 April. 


Jadi kami hanya bergambar di bahagian bawah dengan berlatar belakangkan air terjun sahaja. Pemandangan sekeliling yang cantik menjadikan cuaca yang teramat sejuknya ketika itu, seolah tidak terasa.  



Sebetulnya dari Lauterbrunnen, telah dekat untuk ke Wengen yang terletak 1000 meter atas gunung dari Lauterbrunnen. Boleh menaiki keretapi berharga CHF13.40 pergi dan balik. Di sini adalah interchange untuk ke tempat Top of Europe menggunakan kereta kabel. Tetapi kali ini kami memang tidak bercadang untuk ke sana. Insya Allah di lain kali.



Dari Lauterbrunnen kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Tasik Oeschinensee sebuah tasik yang cantik di atas gunung. Airnya memang berwarna turqoise dan panorama yang indah di sekelilingnya. Untuk ke tasik kita perlu berjalan sejauh 1.4 kilometer. Tapi rupanya ada juga kemudahan kereta cable untuk ke sana yang kami tidak tahu. 

Tapi kerana hari hujan, kami terpaksa melupakan niat untuk ke sana. Jadi kami terus menuju ke hotel. Check in di hotel jenis chalet berkonsepkan homestay di Kandersteg yang menpunyai 3 bilik. Nantikan sambungan catatan ini di entri akan datang. 


Add your comment
EmoticonEmoticon