Jumaat, 3 Mei 2019

Percutian di Interlaken Hari: 6 Part 1


Hari ini saya mahu menyambung catatan perjalanan kami di Switzerland. Boleh klik di SINI dan di SINI untuk catatan di Rheinfall dan Mount Titlis. Kami berada di Switzerland selama 4 malam dengan menginap di 2 hotel. 2 malam di Lucerne dan 2 malam lagi di Kandersteg. 

Hari ini iaitu hari ke6 kami bertolak ke Kandersteg dengan persinggahan di beberapa tempat menarik iaitu di Interlaken dan Lauterbrunnen. 

Saya bangun pagi pagi, menyediakan sarapan nasi goreng. Selepas sarapan, kami check out dari apartment. Pukul 9.00 pagi sedia untuk berangkat ke destinasi seterusnya.  


Destinasi pertama kami ialah Interlaken. Tapi sayang kerana tempat yang ingin dikunjungi masih ditutup sehingga pertengahan April. Jadi dalam kesejukan, kami turun untuk bergambar di tepi sungai yang terletak di tengah tengah bandar Interlaken yang sangat cantik. 

Terdapat itik itik yang berenang keriangan. Kadang terfikir macam mana itik ini boleh tahan berenang di dalam air yang sejuk umpama air ais. 




Semasa di situ, ternampak restoran makanan halal. Sebetulnya masih kenyang tapi alang alang dah ternampak makanan halal, kami masuk untuk beli bungkus dan makan di dalam kereta sahaja. 



Tapi bila dah masuk, kami menukar fikiran. Lebih selesa makan di restoran. Boleh pekena kopi panas sekali. Saya pun tak sedar rupanya Hubby telah mengalih kereta dari tempat parking percuma untuk selama 15 minit ke tempat lain yang berdekatan dengan restoran. 

Hmm kerana tak membayar parking, kami telah disaman sebanyak CHF40 bersamaan dengan RM220 atau £30. Dah tak ada rezeki, namanya. 




Kami terus mencari tempat untuk membayar saman sebelum meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen. Walaupun tidak sempat untuk menerokai Interlaken, tetapi cukup untuk saya katakan bandar ini sangat cantik dan harus dikunjungi.

Add your comment
EmoticonEmoticon