Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Udang Sedap

Kari Udang

Semasa Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja, ada dikemukakan soalan bagaimana seorang yang bekerja ingin memaksimumkan ibadah di bulan Ramadhan. 

Jawapan yang diberi oleh mufti adalah waktu kerja, mesti diutamakan. Kena bekerja dengan betul dan niatkan ianya sebagai ibadah. Kerja adalah sejuzuk dari ibadah. Ada orang yang kerjanya hanya mengikut masa di punch card. Yang penting, mereka punch in dan punch out lepas tu balik. Ada pula yang kerja ikut penyelesaian atau settled sesuatu kerja. Kata Mufti kerja beliau adalah mengikut selesai satu satu kerja tanpa mengira masa.  

Bila ada masa selain dari waktu bekerja itu, baru kita guna untuk amal ibadah. Banyak jabatan yang mengamalkan waktu kerja anjal di bulan Ramadhan, sebagai contoh jika masuk pukul 7.30 pagi, boleh balik 4.30 petang. Ianya adalah bagi membolehkan pekerja menyesuaikan masa di bulan Ramadhan bagi membolehkan mereka merebut peluang menambah amalan di bulan yang amalannya digandakan. 

Kita patut mengambil masa yang ada dengan melakukan amalan yang mudah mudah seperti solat di surau atau masjid. Seorang yang bijak menguruskan masa yang ada, akan pergi ke surau atau masjid lebih awal. Bukan pergi ketika hampir masuk waktu solat. Jadi jika awal, seorang boleh membaca Al Quran sementara menunggu waktu solat. Orang normal memerlukan 25-30 minit untuk selesai membaca satu juzuk Al Quran. Jadi jika ianya dilakukan secara konsisten, bermakna 30 hari dah boleh menghabis bacaan 30 juzuk. Hari minggu pula adalah hari bonus. 

Selain itu, seseorang boleh mendapat pahala dengan membuat kebaikan. Contoh berbuat baik pada anak isteri dengan menyantuni mereka. Membeli apa yang mereka suka makan ketika berbuka. Perbuatan ini adalah juga perkara baik. Islam adalah agama yang mudah, agama yang penuh dengan toleransi dan menyeronokkan. 

Untuk menambah pahala, para suami boleh mengajak anak isteri sekali pergi ke masjid. Bukan hanya mereka sahaja ke masjid sedang anak anak hanya melepak depan TV. Beri anak anak duit untuk disedekah ke tabung masjid. 

Pengertian ibadah dalam Islam adalah luas dan besar. Bukan hanya dengan memegang tasbih dan beribadah di tikar sembahyang sahaja. Jadi walaupun seorang yang bekerja, mereka masih boleh mendapat pahala dengan membuat amalan dan kebaikan. OK nanti di entri akan datang, saya akan sambung persoalan lain yang dijawab oleh mufti. Semoga bermanafaat. 

Kari Udang

Saya melihat Nana mengulang ngulang menceduk kuah ke dalam pinggan dan dicicah dengan murtabak. Nelly pula menanyakan mama masak apa udang ni, sedap sangat kuahnya. Hahaha apa apa pun jika masak kari udang atau ketam, kuahnya memang sedap dicicah dengan roti atau roti canai. 

Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di SINIJom layan resepi mudah yang saya gunakan hari ini. Sangat sedap dimakan ketika berbuka atau bersahur. Tak perlu lauk banyak banyak. Gaul kuahnya dengan nasi putih panas panas. Memang sedap. Selamat mencuba... 

Kari Udang

Kari Udang

Bahan bahan:
1/2 kg udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil cili kering kisar
1 pek 24 gram rempah Kari Udang 
400 ml santan segar
1/2 sudu kecil pes asam jawa 
1/2 sudu besar garam 

Cara cara:
Kisar kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga wangi. 

Masukkan rempah kari udang dan kacau rata dengan laju. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pecah minyak. Jika suka, masukkan air lagi sekali dan masak hingga pecah minyak sekali lagi. Biar dua kali pecah minyak. 

Kari Udang

Setelah pecah minyak, masukkan udang dan kacau rata dengan api yang besar. 

Kari Udang

Masukkan air dan pes asam jawa secukupnya. Kacau rata. Masukkan santan. 

Kecilkan api dan biarkan merenih sehingga kuah terbit minyak. Akhir sekali masukkan garam. Sesuaikan rasa. 

Kari Udang

Bolehlah diangkat kerana udang tidak sedap dimasak terlalu lama. 

Kari Udang



Catat Ulasan for "Kari Udang Sedap"