Rabu, 8 Mei 2019

Kari Kampung Ayam

Kari Kampung Ayam

Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Johari Abdul Wahab bila mengerjakan solat terawih dalam bulan Ramadhan. Untuk mendapat ganjaran bila berterawih secara menyeluruh ialah dengan solat bersama iman sehingga selesai, maka akan ditulis ganjaran seolah ganjaran solat sepanjang malam. Hatta Nabi juga berehat iaitu tidak secara berterusan solat sepanjang malam. Ada 2 solat sunat yang Nabi cukup jaga iaitu solat sunat sebelum subuh dan solat witir. 

Yang perlu diperhatikan ialah, pertama solat Isyak dikerjakan secara berjemaah. Kedua, solat terawih sehingga selesai solat witir bersama iman. Maka seseorang mendapat ganjaran seolah beribadah separuh malam. Bila kita solat Subuh secara berjemaah, maka akan ditulis ganjaran seolah beribadah sepanjang malam. Jadi walaupun ketika kita tidur, ganjaran pahala berjalan seolah kita melakukan ibadah.

Dengan kata lain, amat rugi jika masjid membuat solat terawih 20 rakaat dan kita hanya melakukan 8 rakaat dan terus balik. Orang seperti ini tidak akan mendapat ganjaran pahala seolah beribadah separuh malam kerana tidak menamatkan solat witir bersama iman. OK sekarang kita pindah masuk bab masakan pula.

Kari Kampung Ayam

Nama masakan saya hari ini ialah Kari Ayam kampung. Hmm saya nak tulis tajuk pun agak was was takut terkeliru dengan kari ayam kampung. Bukan ayam kampung tapi kari kampung yang menggunakan serbuk kari kampung. 

Serbuk kari ini sangat tersohor di kampung saya di Bachok. Kalau ada majlis kenduri, biasanya tuan rumah atau tukang masak akan menggunakan serbuk kari ini. Serbuk kari Cik Jah di Perupok, Bachok.

Saya menyediakan kari ayam ini untuk dimakan ketika sahur. Jadi selepas masak, saya ceduk dan masukkan ke dalam 3 bekas. Simpan dalam peti beku dan bila hendak dimakan, cuma keluarkan lebih awal. Biarkan ianya defrost sebelum dipanaskan.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINISelamat mencuba...

Kari Kampung Ayam

Kari Kampung Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg santan segar
3 sudu besar rempah kari kampung
4-5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi. 

Kari Kampung Ayam

Masukkan rempah kari dan kacau rata rata sehingga naik bau. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak. 

Kari Kampung Ayam

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga agak agak air ayam kering dan ayam kecut. Masukkan ubi kentang. 

Kari Kampung Ayam

Masukkan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih. 

Kari Kampung Ayam

Masukkan asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Masak sehingga kuah sebati dan terbit minyak. 

Kari Kampung Ayam

Kari Kampung Ayam



2 ulasan:

  1. Sis,Rempah kari kampung ni sama tak dgn rempah gulai kawah? saya sempat membeli rempah gulai kawah semasa ke kelantan bulan lepas.belum sempat guna lagi.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon