Ahad, 26 Mei 2019

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat


Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk Maka Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan dari Surah Ar Rahman. Apa lagi yang tak cukup? Seolah itulah pertanyaannya. Allah mula dengan kalimah Ar Rahman yang bermaksud pengasih dan penyayang. 

Allah bersifat Pemurah Ar Rahman kasih sayang Allah pada semua makhluk termasuk orang kafir tapi Ar Rahim pula adalah kasih sayang Allah khusus pada yang Islam sahaja. 

Sepanjang dalam hidup kita, biar ada paling minimum, satu amalan yang kita amalkan sehingga akhir hayat secara istiqomah. 

Contoh dalam bulan Ramadhan, perbanyakkan solat sunat kerana solat sunat di upgrade sama pahala dengan solat fardhu. Solat fardhu pula ditingkat kepada 10 kali hingga 700 kali ganda. 

Jadi apa amalan amalan sunat yang boleh kita jadikan amalan sepanjang hayat. Antaranya ialah:
  • Siapa yang ambil wudhu dengan sempurna tak kira samada yang wajib sahaja atau termasuk yang sunat. Lepas ambil wudhu baca doa selepas wudhu. Amalkan membaca doa setiap kali selepas ambil atau perbaharui wudhu. Allah buka 8 pintu syurga. Boleh masuk mana pintu yang dia suka. Tak semesti sewaktu hendak solat. Sambil berjalan pun boleh baca doa ini. Amalan sunat juga boleh bawa kita ke syurga yang merupakan amalan bonus kita. 
  • Membaca doa selepas adzan. Siapa dengar azan dan baca doa, maka dia akan dapat syafaat Rasulullah. Syafaat ialah pertolongan. Apa asbab yang Rasulullah tolong kita. Amalan ini adalah lesen besar untuk dapat syafaat. 
  • Penghulu istighfar. Siapa yang baca penghulu istighfar pada waktu pagi (subuh) dan meninggal sebelum petang dia masuk syurga. Siapa yang membaca waktu petang (asar atau maghrib) dan meninggal sebelum pagi, dia akan masuk syurga. Amalan ini adalah satu jalan  pintas untuk masuk syurga Allah. Nikmat apa lagi yang kita dustakan. 
  • Hadis riwayat Bukhari Muslim, fadilat menyebut Aameen dalam solat berjemaah. Apabila iman sebut aameen hendaklah kamu ikut sebut aameen. Siapa yang sebut aamen serentak dengan aameen malaikat, akan diampunkan dosa dosa yang lepas. Mudah tak Allah untuk ampunkan dosa kita. Sangat mudah. Amalan sunat yang ganjaran sangat besar. Apa lagi nikmat Allah yang hendak kita dustakan. 
  • Fadhilat solat Subuh dan Isyak berjemaah samada di rumah atau di masjid. Solat Isyak berjemaah seolah olah beribadah separuh malam. Dari Maghrib hingga pukul 3 pagi. Solat Subuh berjemaah, seolah beribadah sepanjang malam dari Maghrib hingga azan Subuh. 

Allah dah bagi macam macam opsyen untuk kita masuk syurga Allah. Allah sebenarnya seboleh mungkin mahu kita ada harapan masuk syurga. Begitu lah Pengasihnya Allah. Insya Allah amalkan satu pun dah cukup, jika tak boleh amalkan kesemuanya. Amalkan dari sekarang sehingga akhir hayat. 

Siapa dapat satu ilmu dalam majlis ilmu, dapat pahala seperti solat sunat 100 rakaat. Balik amal dan ajar pula, kita akan dapat pula pahala lebih baik dari 1000 rakaat. Tugas kita hanya menyampaikan tak kira samada mereka amalkan atau tidak. Semoga bermanafaat. Jom share. 

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Hari ini saya ingin kongsikan resepi gulai kari ikan kering tumis darat bersama nenas dan terung. Saya memang suka makan ikan kering samada dimasak gulai lemak atau digoreng. Serious sedap lauk saya hari ini, memang makan menambah nambah gitu.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Bahan bahan:
Ikan kering
1/2 kg santan 
1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
1 keping asam keping
Sayuran - terung atau nenas
Garam
Gula

Bahan Tumis:
1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari

Cara cara:
Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.  Nota: ikan kering direndam seketika. 

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi. 

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 

Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.

Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas panas semua sekali  dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api. 

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata.  api. 

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Nota:
Jika kuah pekat, boleh tanbah air panas. Bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. 

Add your comment
EmoticonEmoticon