Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Sebelum masuk bab resepi Dendeng Daging Berlada, saya mahu kongsikan sedikit lagi intipati tazkirah Zohor oleh Ustazah Ros Izanuri berkenaan Hadis yang berkenaan barang siapa yang pernah melakukan kezaliman pada maruah atau harta saudaranya makan perlulah menunai hak dengan meminta maaf sebelum tiba hari kiamat. 

Jika tidak diselesaikan, pahala yang ada akan diambil dan diberi pada mereka yang kita berhutang atau melakukan dosa tadi. Jika tiada lagi pahala, maka akan diberikan dosa dia kepada kita. 

Jadi jika kita pernah buat salah maka minta maaf lah dengan saudara kita sebelum tibanya hari kematian kita. Selesaikan dengan berusaha mencari dan meminta maaf. Jangan ego dan jangan mati dalam keadaan tergantung atau berhutang. 

Sebelum Ramadhan dah siap minta maaf dan bersihkan diri dari sebarang dosa terutama yang melibatkan orang lain. Tak boleh tak bertegur atau berkecil hati. Bila masuk Ramadhan tinggal melakukan ibadah sahaja. Sebelum berlaku hari kiamat mesti selesai apa apa kezaliman dan kejahatan dengan tunaikan hak dengan meminta dan juga memberi maaf. 

Hari kiamat di mana ianya adalah hari yang tidak lagi diterima dinar atau dirham. Yang ada hanya pahala atau dosa sahaja. Jangan sampai pahala dari amal baik terpaksa diberi sebab ada hutang perasaan dengan dia. Jika tiada amal kebaikan, kita pula kena tanggung dosa dia. Jadi Ramadhan ni kena bermaaf maafan. 

Nasihat saya juga, jangan buat dosa yang tidak sepatutnya seperti meninggalkan komen yang mengguris hati orang yang tidak kita kenali pun di social media. Tulis komen pada orang lain sebagai bodoh, bisu, kedekut, lidah naik jerawat dsb. Ingatlah kerana semua perbuatan ini akan dicatat sebagai hutang perasaan dengan orang lain yang perlu diselesaikan sebelum mati. 
Daging Dendeng Berlada

Setiap kali ke restoran nasi Padang, saya pasti tidak lepas untuk memilih daging dendeng berlado sebagai salah satu lauk pilihan. Dagingnya digoreng garing dan rangup. Bila digigit krup krap krup krap. 

Yang saya buat hari ini, ialah daging yang tidak digoreng ranggup. Goreng hanya seketika atau sehingga keperangan sahaja. Saya ambil resepi di SINI. Yang mana penulis menulis yang beliau anak orang Minang. Di samping itu, saya juga membuat beberapa rujukan di blog dari Indonesia.

Hmm puas hati dapat menyediakannya sendiri. Saya makan nasi menambah nambah juga. Lebih lebih dimakan dengan kuah Gulai Udang Nenas Tumis Darat dan ikan kering gelama. Nantikan entri resepi ini di entri akan datang.   

Jom layan resepi yang saya olah semula di bawah ini. Jangan lupa untuk layan video penyediaannya dj Azie Kitchen youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Bahan perap:
1/2 kg daging
1 inci halia
3 ulas bawang putih 
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara cara:
Kisar halia dan bawang putih. Lumur bahan kisar pada daging yang dihiris bersama garam dan serbuk kunyit selama 15 minit. 

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Rebus daging sehingga empuk. Nota: Jika suka, masukkan sedikit cuka semasa memerap daging dengan bahan kisar. 

Daging Dendeng Berlada

Angkat dan tumbuk manja manja jer daging dengan batu lesung. 

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga keperangan sahaja. 

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Nota: Jika suka daging yang kering, boleh goreng sehingga daging garing. Angkat dan ketepikan. 


Bahan-Bahan Sambal: 
1 biji bawang besar 
1 biji buah tomato
7-10 tangkai cili merah  

Cara cara:
Kisar atau tumbuk kasar semua bahan di atas. Tumis dengan menggunakan minyak yang banyak lebihan menggoreng daging tadi. Nota: jika untuk memudahkan ditumbuk, boleh rebus cili seketika. 

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Tumis sehingga sambal terbit minyak. Masukkan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa.

Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Masukkan daging yang telah digoreng dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 


Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Nota;
Boleh diceduk keluar minyak yang berlebihan. Tapi jangan buang semua, kerana minyak menyerap pada daging akan menjadikannya lebih sedap.

Cili merah lagi banyak lagi sedap dan boleh dibuat sebagai sambal masak seperti sambal masakan nasi padang.



Catat Ulasan for "Daging Dendeng Berlada"