Jumaat, 29 Mac 2019

Produk Jenama Azie Kitchen dan Masak Lemak Daging Salai

Tart Nenas Premium Azie Kitchen

Saya telah memperkenalkan beberapa produk keluaran By Azie Kitchen dalam Instgaram saya. Motivasi utama saya mengeluarkan produk makanan berskala kecil ini ialah memperkenalkan jenama Azie Kitchen untuk produk makanan yang exclusive dan homemade.  

Produk tersebut adalah bawang goreng premium yang memang dibuat 100% buatan tangan dengan begitu teliti. Setiap bawang diperiksa, kulit nipis dibuang, ubi dibuang, bahagian yang keras dibuang. Bawang selepas dikupas akan hilang dalam 500 gram. Bawang kemudian dihiris dengan pisau, tidak disagat. Jadi harganya agak mahal tetapi berbaloi dengan hasilnya. 

Produk kedua yang saya akan perkenalkan ialah Tart Nenas Premium yang mana tempahan telah dibuka kerana saya akan bercuti hujung minggu hadapan. Jadi saya akan mula menyediakannya selepas saya balik dari bercuti. Ianya juga dibuat dalam kuantiti yang terhad, kiranya first come first serve sahaja. Jadi cepat cepat buat tempahan sekarang. 

Saya juga merancang 2 lagi produk yang akan saya umumkan apabila tiba masa nya kelak. Jika ada sambutan, saya akan teruskan. Hahaha jika tiada sambutan, saya akan mengundurkan diri. Berehat di rumah diam diam sebelum memulakan projek lain.  

Apa apa pun saya dah tak sabar untuk bercuti ke UK dan beberapa negara di Eropah bersama anak anak dan suami. Cuma sedih kerana ada anak anak yang tidak dapat ikut serta atas sebab sebab tertentu.


Hari ini saya ingin kongsikan antara lauk kegemaran saya iaitu daging salai masak lemak cili api dengan daun asam gelugor. Inilah kali pertama saya menggunakan daun asam gelugor dalam masakan. Itu pun Syanid, yang dah macam adik angkat kami membawanya ke rumah untuk saya gunakan dalam masakan. Sedaplah kerana adanya rasa masam masam dalam masakan yang berlemak tersebut. 


Siapa yang belum pernah rasa, bolehlah cuba mencari ketika balik kampung pucuk asam gelugor ni. Daging pula, saya menggunakan daging salai Cik Yah yang sangat beraroma kerana menyalai menggunakan ranting kayu rambutan dsb. Boleh lihat di IG mereka untuk melihat bagaimana daging salai ini disediakan. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...



Daging Salai Masak Lemak Cili Api Daun Asam Gelugor


Bahan bahan:
300 gram daging salai
Daun Asam Gelugor
1 biji kelapa - santan
Garam kasar

Bahan kisar:
2 inci kunyit hidup
20-25 tangkai cili api - ikut suka pedas

Cara cara:
Masukkan daging salai bersama bahan yang telah dikisar lumat ke dalam kuali. Masak dengan sedikit air sehingga daging empuk. 


Setelah daging lembut, baru dimasukkan santan. Sentiasa dikacau sehingga ia mendidih.

Masukkan daun asam gelugor yang telah dihiris serta garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih. 



Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak naik minyak sehingga mendidih dan tiada lagi kelihatan buih buih kecil. Setelah kuah kelihatan cantik, bolehlah ditutup api. 

Terus kacau beberapa minit selepas ditutup api bagi mengelakkan kuah berketul.


3 ulasan:

  1. Wah Kak Azie. bagus2....gembira mendengar aktiviti utk lepas bersara nanti. Semoga berjaya. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan dan galakan. Terharu

      Padam
  2. wah, sedapnya kak Azie. lama Qekra tak masak gulai daging salai ni.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon