Isnin, 26 November 2018

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Entah kenapa malam tadi, saya tidak dapat tidur. Rasanya pukul 4.00 pagi, saya masih terkebil kebil. Pinggang saya sakit tak tahu sebab apa. Pagi pagi lagi saya ke klinik dan doktor yang merawat saya menasihatkan saya supaya banyak berehat. Hatta jika ingin menonton TV sekali pun, minta orang lain tolong on kan. Hmm tapi saya tidak menpunyai pembantu rumah. Mana mungkin ada orang yang boleh melayan saya seperti ini. 

Doktor juga memberitahu pinggang saya sakit mungkin kerana jangkitan pundi kencing kerana kurang minum air atau salah teknik penggunaan tongkat sebagai walking aids. Dia menasihatkan saya menggunakan tongkat yang diletak di bawah ketiak. 

Fikiran saya bercelaru antara mahu memendekkan cuti sakit dan ke pejabat atau terus bercuti sakit seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Saya memang tidak sabar untuk ke pejabat tapi bayangkan bagaimana untuk ke pejabat dengan kaki yang masih tidak dapat berpijak sendiri lagi. Akibatnya saya tidak dapat bercuti sakit dengan rehat fizikal dan minda yang secukupnya.

Kata doktor, kaki adalah bahagian yang paling lambat penyembuhannya kerana ia berada di bawah sekali yang banyak digunakan dan terpaksa menampung berat badan seseorang. Tidak seperti tangan atau bahagian lain. Paling minimun adalah 8 minggu. Ianya adalah fakta yang diketahui oleh semua orang yang tidak perlu dipertikaikan. Saya dipesan supaya menjaga kesihatan diri terutama di usia ini yang mungkin menyebabkan penyembuhan lebih memakan masa. 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Hari ini saya ingin kongsikan resepi tradisional iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang digandingkan dengan Pucuk Ubi. Saya mendapat bekalan daging salai dari Daging Salai Cik Yah dari Instagram @dagingsalaicikyah yang diusahakan oleh Wani dan suaminya. Nama daging salai Cik Yah diambil sempena nama Bonda Mertua yang berasal dari Nogori. Mereka mengusahakan daging salai original yang menggunakan kaedah menyalai secara tradisional. Tag line mereka ialah real smoke, real flavour. 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Saya bukan asal orang Nogori tapi sebab saya suka masakan Nogori, saya belajar, saya google, saya menanya di sana sini. Haa dari situ, saya dapat tahu yang masak lemak cili api daging salai sedap digandingkan dengan rebung, pucuk ubi, terung pipit atau terung telunjuk. 

Kalau ayam kampung atau burung puyuh sedap digandingkan dengan pucuk pegaga. Kalau itik salai, sedap dimasak rendang yang digandingkan dengan daun puding dan daun maman. Tapi jenuh mencari maman atau daun puding belacan tapi tak menemuinya. Itu yang hari ini cuma menggunakan pucuk ubi yang dipetik dari pokok di taman belakang dapur.


Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Bahan bahan:
300 gram daging salai
2 ikat pucuk ubi - celur
1 batang serai - ketuk
1 biji kelapa - santan
Garam kasar

Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
20-25 tangkai cili api - ikut suka pedas

Cara cara:
Masukkan daging salai bersama bahan yang telah dikisar lumat berserta serai yang telah dititik ke dalam kuali. Masak dengan sedikit air sehingga daging empuk. 


Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Setelah daging lembut, baru dimasukkan santan. Sentiasa dikacau sehingga ia mendidih.

Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur serta garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih. 


Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak naik minyak sehingga mendidih dan tiada lagi kelihatan buih buih kecil. Setelah kuah kelihatan cantik, bolehlah ditutup api. Terus kacau beberapa minit selepas ditutup api bagi mengelakkan kuah berketul.

Nota:
Daging salai sedap digandingkan dengan rebung, pucuk ubi, terung pipit atau terung telunjuk.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Azie,
    sedapnya daging salai masak lemak cili api tu... terliur!
    Bawa-bawa berehatlah ye, ikut nasihat doktor. Moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. Wah...Azie dah mahir masak style Nogori ya. Lauk ni memang kegemaran suami saya kalau balik Melaka. Mak mertua akan masak sendiri utk anak lelaki dia.Anyway, banyakkan berehat supaya cepat sembuh.
    apa yg bff Azie cakap tu betul. Azie dah mewah dgn duit, aset dan keluarga bahgia...usah difikir pasal bonus2 tu.kalau ada rezeki, Azie tetap dapat bonus yg banyak sebab performance diukur sepanjang tahun bukan pada hujung tahun sahaja. Saya doakan dari jauh Azie sehat dan tetap dapat bonus yg bagus.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon